Misi pecah lemak!. Itulah yang berlaku pada saya ketika menyertai ekpedisi meredah hutan hujan Royal Belum anjuran Geng Tapah Sembat (GTS). Trips ini berlangsung selama 4 hari 3 malam menuju ke Base Camp Kajang yang terletak diperdalaman hutan Royal Belum. Base Camp Kajang terletak dipertengahan antara Sanghur dan Laho. Saya dan rakan-rakan dari D7L yang menerima jemputan khas dari GTS menuju ke pekan Grik, Perak untuk ke sana. Setelah semua ahli telah berkumpul, kami bergerak ke jeti Banding untuk menaiki bot. Selepas itu kami akan treaking di hutan rimba selama 5 jam menuju ke base camp