Selasa, 27 Mac 2012

Dewan Kegemilangan - 11


Terima kasih kepada editor majalah UMPAN yang diterbitan oleh Syarikat Karangkraf, En. Hazrizal kerana sudi menerbitkan beberapa artikal milik saya untuk Majalah UMPAN edisi bulan April 12. Apa yang membanggakan, saya telah terpilih menjadi front page untuk keluaran kali ini. Selain itu, 3 artikal hasil penulisan saya juga diterbitkan di dalam majalah ini. Ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan pada penulisan saya kali ini. Semoga dengan penulisan saya ini, Majalah UMPAN akan berkembang maju dan diminati oleh segenap pemancing di Malaysia. Bagi yang belum memilikinya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Ternyata majalah ini penuh dengan maklumat memancing serta memberi pelbagai info & tips-tips yang berguna kepada pemancing. Majalah yang wajib milik ini hanya berharga RM 8.00 senaskah. Ternyata majalah ini memberi banyak kelainan berbanding majalah lain yang terdapat di negara ini. Terima Kasih Sekali lagi dari saya.

Rabu, 14 Mac 2012

Dewan Kegemilangan - 10


Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada editor majalah PANCING, En. Faiz Karim kerana sudi mengeluarkan artikal saya di dalam Majalah Pancing bilangan 172 untuk bulan March 12.  Artikal ini menceritakan pengalaman saya ketika memancing di Bungsamran Fishing Pond di Bangkok Thailand.  Jangan ketinggalan untuk mendapatkan majalah PANCING keluaran March 12 dengan harga RM9.00 untuk semenanjung Malaysia. Pelbagai coretan dan kandungan menarik di dalam majalah ini.

Khamis, 8 Mac 2012

Kumpau Di Muara Kong-Kong


"Kumpau" ialah istilah tempatan oleh kaki pancing di Malaysia apabila gagal memperolehi ikan sasaran ataupun target yang telah ditetapkan sebelum pergi memancing. Perkara sedemikian merupakan perkara biasa dan sentiasa dialami oleh kaki pancing seperti saya. Perkara ini sememangnya menjadi adat memancing dan pemancing perlu menerima kekecewaan apabila gagal mencapai target ikan.

Walaupun segala persiapan kelengkapan memancing telah lengkap dan teknik yang digunakan betul, kadang kala nasib masih tidak menyebelahi diri kita. Itulah yang terjadi kepada diri saya dan kumpulan saya ketika berkunjung di sebuah muara yang terletak di Johor Bahru yang dikenali sebagai muara Kong-Kong. Tempat ini amat terkenal dengan lambakan ikan Siakap liar yang banyak serta habitatnya yang masih terpelihara.

Khamis, 1 Mac 2012

Ujian Lapangan Damai Fishing Village


Ini merupakan kunjungan pertama kali saya ke kolam Damai Fishing Village yang terletak di selatan tanahair. Damai Fishing Village terletak di Kg Sungai Danga Taman Perling, Johor Bahru merupakan salah satu destinasi wajib yang ,mesti disinggahi oleh kaki pemancing khususnya yang berada di selatan tanahair. Ini kerana kolam ini mampu menjanjikan satu kepuasan menarik ikan bersaiz gadang tanpa perlu turun kelaut dalam.  Damai Fishing Village mempunyai  4 buah kolam air masin dan 1 kolam air tawar . Kolam A & B menyediakan konsep tangkap & bawa pulang ikan yang dipancing dengan kos RM50 dan RM65 untuk 5 jam memancing manakala kolam C, D & E pula menyediakan konsep tangkap dan lepas dengan kos RM450 untuk 6 orang memancing selama 3 jam. Kolam tangkap dan lepas ini juga membenarkan pemancing mengunakan kaedah casting dan memancing menggunakan umpan isi ikan dasar atau kedua-duanya sekali.




Kerana faktor-faktor tersebutlah menyebabkan saya, Zaki, Saiful, Berg, Yuhimi dan Shafiq sanggup datang dari Shah Alam menuju ke kolam ini. Terlebih dahulu kami telah membuat tempahan untuk memancing pada awal pagi di kolam D. Kolam ini penuh dengan ikan yang bersaiz gadang seperti  Ikan GT, Siakap, Gerong Belang, Teliga Gajah, Jenahak, Siakap Merah, Talang dan Pecah Periuk. Setibanya mereka ke kolam Damai Fishing Village, mereka telah disambut mesra oleh Abg. Khairul yang akan bertugas sebagai pembantu ketika mereka memancing nanti. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...