Pulau Midai, Indonesia..! Pasti ramai yang tidak pernah mengetahui tentang kewujudan pulau kerdil ini di negara Indonesia. Jangan kita yang berasal dari Malaysia, malah ramai penduduk dari Indonesia yang tidak mengetahui tentang pulau ini. Tetapi apabila menyebut tentang kepulauan Riau dan Pulau Natuta, pasti ramai yang terdetik kerana tahu tentang kedudukan Pulau ini.
Selepas explorasi ke Mapur, Merapas, Meraki, Pulau Malang Biru dan Pulau Anambas, Pulau Midai atau Mida yang terletak di Pulau Natuna, Kepulauan Riau Indonesia menjadi destinasi pilihan kami seterusnya. Selain itu, trip ke Pulau Midai ini menjadi penutup dan pengakhir trip saya ke kawasan Kepulauan Riau. Ini bermakna saya dan Team D7L telah menerokai segenap pelusuk spot memancing di sekitar Kepulauan Riau dari Pulau Bintan hinggalah ke Pulau Natuna.
Dari Pulau Bintan, bot akan melalui perjalanan sejauh 22 jam dengan kelajuan 12 knot. Syukur kerana Bot SeaStar yang kami naiki lengkap dengan kemudahan yang selesa untuk pemancing seperti television dan bilik tidur berhawa dingin. pastinya perjalanan selama 22 jam ini tidak terasa terlalu lama.
Selepas mengharungi 22 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Pulau Midai. Ketibaan kami disambut oleh penduduk tempatan yang kehairanan dengan kedatangan kami. Selepas bot berlabuh, kami bersalaman dengan penduduk tempatan serta menyampaikan hasrat kami di sini. Selepas sedia maklum, kami menuju ke pejabat pemerintah Pulau Midai untuk membuat permohonan memancing di sekitar pulau ini. Memandang proses permohonan mengambil masa beberapa jam, kami mengambil kesempatan bersiar-siar dan bertegur sapa dengan penduduk di sini.
Kami tiba di jeti selepas 22 jam menaiki bot.
Jeti pulau Midai
Cengkih merupakan pendapatan utama penduduk di sini.