Khamis, 29 Mei 2014

Rombongan Cik Kiah ke Taman Negara Pahang



Mulanya semasa trip ini dirancang, hanya 9 orang sahaja yang akan mengikuti trip jelalah Taman Negara,Pahang Malaysia selama 3 Hari 2 Malam. Tetapi entah bagaimana, rancangan kami untuk ke sana telah tersebar luas antara rakan-rakan kami yang lain. Kemudian saya selaku organizer menerima pelbagai panggilan dari rakan-rakan lain yang ingin turut serta menyertai trip ini.Untuk tidak mengecewakan mereka semua, saya membenarkan mereka menyertai trip ini. Dari 9 orang pada asalnya, kini trip ini memiliki seramai 36 peserta yang akan turut serta. Maka perancangan kami untuk memancing ikan Kelah (Mahseer) terpaksa dirombak secara mendadak memandangkan penyertaan ahli yang terlalu banyak seakan-akan rombongan  kanak-kanak sekolah sambil belajar di Zoo Negara. Bilangan bot juga terpaksa ditambah dari 3 buah bot hinggalah ke 12 buah bot. Lokasi yang sesuai bagi rombongan ini ialah Lata Syed di Sungai Keniam. Ini kerana lokasi tersebut amat luas hingga mampu memuatkan penggunjung yang seramai ini. Saya selaku organizer juga menjadi pening untuk menyediakan pelbagai kelengkapan dan makanan supaya trip ini sempurna.
 
Selepas hari yang dinantikan tiba, kami seramai 36 orang berkumpul di kuala tahan sebagai tempat perjumpaan. Apa yang merisaukan saya kali ini, 70% dari peserta trip ini ialah bukan pemancing dan pertama kali berkunjung ke Taman Negara Pahang. Dan ada juga kedengaran  tedapat peserta yang pertama kali berkhemah di dalam hutan.
 
Selepas selesai bersarapan, saya memberi taklimat kepada semua peserta supaya berhati-hati dan sentiasa bergerak secara berkumpulan apabila tiba di dalam hutan. Keselamatan menjadi kerisauan saya semasa trip ini berlangsung. Mujur First Aid Kit dan setellit Phone telah saya bawa bersama-sama sebagai persediaan jika terdapat sebarang kemalangan. Selepas memberi taklimat, kami pun bergerak menuju ke lokasi.
 
 
 
Acara memunggah barang
 
Sebelum menuju ke lokasi, semua peserta perlu membuat pendaftaran di pejabat Perhilitan Taman Negara.
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...