Rabu, 2 November 2016

Slow Pitch - Apek Port Dickson


Throwback - Port Dickson terkenal sebagai lokasi pelancongan. Selain itu Port Dickson juga merupakan lokasi yang sangat berpotensi untuk Slow Pitch jigging. Selepas demam slow pitch jigging melanda, Port Dickson sentiasa menerima kunjungan pemancing yang gilakan teknik jigging terutamanya Slow Pitch jigging. Bagi saya ianya memberi impak yang sihat kepada persekitaran Port Dickson dan secara tidak langsung menjana pendapatan kepada pengusaha bot memancing di sana. Boleh dikatakan perkembangan industri memancing di Port Dickson berkembang pesat dengan kunjungan pemancing dari pelusuk negeri terutamanya dari Kuala Lumpur. Dari Kota raya Kuala Lumpur hanya memakan masa selama 2 jam perjalanan dengan menggunakan lebuhraya. Kerana itulah di Port Dickson kini terdapat ramai tekong-tekong yang hebat dan berpengalaman terutamanya dalam bidang pancingan dasar dan teknik jigging. Kali ini kunjungan saya ke Port Dickson  ialah menggunakan khimat tekong terkenal di Port Dickson iaitu Apek. 

Walaupun pertama kali kami bertemu dengan Apek, beliau menyambut kami dengan senyuman mesra. Beliau bersiap sedia untuk melabuhkan bot dan kami mengambil kesempatan untuk menyediakan senjata kami.  Kelihatan Apek sangat mesra dan melayan pelanggannya dengan baik sekali. Sepanjang perjalanan menuju ke lubuk pertama, beliau sempat menerangkan potensi lubuk yang ditujui dan memberi tips bergunua kepada kami. 

Bot Berlabuh dari tepi pantai sahaja

Menuju ke lubuk pertama

Warna pink dikatakan warna killer di sini. Standby Pintail warna pink untuk tenggiri

Tidak sampai 1/2 jam kami tiba di lubuk pertama. Kami memulakan Slow pitch Jigging dengan penuh semangat. Arus kitika itu sederhana laju, jig seberat 100g-150g sudah memadai. Selain menggunakan jig berwarna Pink, kami juga mencuba-cuba warna lain untuk menguji selera ikan di dasar laut. Selepas sejam kami singgah di lubuk pertama, Tekong Apek mula bergegas ke lubuk berikutnya. Sikap tekong Apek yang gemar berpindah lubuk amat menyenangkan kami. Jika beliau mendapati lubuk yang disinggahnya pasif, dengan segera beliau berpindah ke lubuk lain. Seterusnya tekong membawa kami di perairan antarabangsa untuk mencuba nasib.


Lubuk yang sibuk dengan laluan kapal besar.