Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012



Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pengunjung blog, rakan-rakan blog dan kepada semua pemancing di seluruh dunia yang bersama-sama menyambut hari mulia ini Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika pernah melakukan kesalahan tanpa saya sedari di dalam atau di luar blog ini.


Bagi yang pulang ke kampung halaman sempena perayaan ini, berhati-hatilah ketika memandu, ingatlah orang tersayang. Saya doakan semoga semua selamat pergi dan pulang.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ahad, 12 Ogos 2012

Singgah Sahur di Natural Exotic Fishing Pond


Inilah dia satu-satunya ikan yang berjaya saya perolehi di Natural Exotic Fishing Pond, Rawang.  Memandangkan bulan ramadan ini telah membataskan aktiviti memancing serta perjumpaan bersama-sama saya dan rakan-rakan yang lain maka satu perjumpaan untuk melepaskan gian memancing telah diatur oleh saya. Kunjungan singkat saya dan rakan-rakan dari D7L ini  telah berlangsung pada pukul 12.30 a.m di Natural Exotic Fishing Pond, Rawang sebelum kami pergi bersahur bersama-sama.

Walaupun hanya seekor Amazon Red Tail Catfish yang berjaya diperolehi saya. Itu sudah cukup untuk melepaskan gian saya selepas sebulan lebih tidak pergi  memancing. Boy Serdang yang pertama kali datang ke sini berjaya memperolehi tangkapan yang paling banyak.

Rakan-rakan lain yang turut serta

Jelawat dari Boy Serdang

Masa 3 jam memancing terasa seketika. Selepas kami selesai memancing, kami pun bersahur bersama-sama. Sedikit sebanyak aktiviti ini mengeratkan lagi silatulrahim antara kami. Yang penting sekali, dapat melepas gian memancing. Kita sambung memancing lagi selepas raya nanti.



Rabu, 1 Ogos 2012

Dewan Kegemilangan - 13



Alhamdulillah dan syukur. Sekali lagi artikal saya berjaya ditempatkan di majalah Umpan terbitan Karangkraf Volume 4 (July-Aug). Ucapan setinggi terima kasih kepada editor Majalah Umpan iaitu En. Hazrizal Mohd Hanapiah kerana sudi menempatkan penulisan saya di majalah ini.

Bagi pemancing yang belum memiliki majalah ini, bolehlah mendapatkannya di kedai buku dan majalah berhampiran. Dengan harga RM8.00 senaskah, pelbagai maklumat dan coretan berkaitan memancing yang dapat diperolehi di majalah ini seperti 25 ikatan perambut, tips umpan isi ikan, Trips di Kenyir dan banyak lagi.

Isnin, 9 Julai 2012

Memburu Ikan Kelah Taman Negara - Part II


Selepas melalui 2 hari di Taman Negara Pahang, kami meneruskan aktiviti kami pada hari ke 3 dan ke 4. Walaupun perlu melalui perjalanan yang sukar, kami tetap bertekad untuk memancing ikan Kelah yang dikatakan ikan paling sensitif sekali. Hari ke-3 kami meneruskan perjalanan kami ke lubuk yang lebih jauh dari semalam. Perjalanan nyata lebih sukar dan mencabar. Sebanyak 4 batang sungai terpaksa kami harungi untuk ke lubuk ini. Perjalanan trekking mengambil masa hampir 3 jam untuk ke sana.

Rabu, 4 Julai 2012

Memburu Ikan Kelah Taman Negara - Part I


Setelah lama merancang, akhirnya seramai 8 orang dari D7L & Friends menuju ke Taman Negara Pahang untuk memancing ikan Kelah Merah (Red Masheer) yang dikatakan banyak mendiami sungai pendalaman di Taman Negara Pahang. Trip ini di ketuai dan diuruskan oleh saya dan  Abg. Kasmadi selaku guide kumpulan kami.
Lokasi pilihan kami  kali ini ialah di Sungai Keniyam. Lata Syed merupakan base camp yang akan menjadi lokasi penginapan kami nanti.

Selasa, 5 Jun 2012

Expedition to Royal Belum Rain Forest - Part III


Sudah masuk hari ke-3 saya di Royal Belum Rain Forest. Kami dilanda hujan lebat pada malam kedua. Sungai menjadi deras dan naik dengan tinggi. Keselamatan patut diutamakan. Kami berhenti memancing dan berehat di kawasan base camp kami. Masih ada 2 hari lagi masa kami di sini.
Cuaca amat baik pada hari ke-3, tetapi hujan pada malam semalam telah menyebabkan air sungai menjadi keruh. Kami tetap meneruskan aktiviti kami. Seperti semalam saya dan rakan yang lain yang bangun pada awal pagi terpaksa membatalkan rancangan untuk casting ikan sebarau memandangkan sungai telah menjadi sangat keruh. Pagi itu kami lebih tertumpu pada pancingan dasar.

Jumaat, 1 Jun 2012

Expedition to Royal Belum Rain Forest - Part II


Walaupun keletihan melalui laluan sukar di Royal Belum Rain forest, Akhirnya kami tiba ke destinasi di Base Camp Kajang. Setibanya kami di base camp selepas treaking selama hampir 5 jam, kami lebih banyak berehat dan bersantai pada hari pertama kerana keletihan. Aktiviti memancing bermula pada waktu malam dan hanya ikan Baung akar dan ikan Tengas daun yang sudi melayan kami. Hari ke-2 akan kami lalui pengalaman yang lebih mencabar lagi.

Isnin, 28 Mei 2012

Expedition to Royal Belum Rainforest - Part I


Misi pecah lemak!. Itulah yang berlaku pada saya ketika menyertai ekpedisi meredah hutan hujan Royal Belum anjuran Geng Tapah Sembat (GTS). Trips ini berlangsung selama 4 hari 3 malam menuju ke Base Camp Kajang yang terletak diperdalaman hutan Royal Belum.  Base Camp Kajang terletak dipertengahan antara Sanghur dan Laho. Saya dan rakan-rakan dari D7L yang menerima jemputan khas dari GTS menuju ke pekan Grik, Perak untuk ke sana. Setelah semua ahli telah berkumpul, kami bergerak ke jeti Banding untuk menaiki bot. Selepas itu kami akan treaking di hutan rimba selama 5 jam menuju ke base camp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...