Sepanjang pengalaman saya memancing, Memancing di Perairan Jarak dan IW merupakan spot memancing yang sangat mencabar dan paling cerewet sekali. Selain terpaksa melalui cuaca yang tidak mengizinkan, cabaran yang paling utama sekali ialah untuk mendapatkan hasil yang terbaik semasa trips di Jarak-IW. Ini kerana terpaksa melayan kerenah ikan yang begitu cerewet untuk memakan umpan.
Tahun ini merupakan pengalaman saya yang ke-2 mengunjungi perairan ini. Pengalaman yang pertama banyak mengajar saya tentang teknik-teknik memancing di sini. Tetapi sikap ikan yang sentiasa berubah-ubah belum mampu memberi satu guarantee untuk menaikan ikan. Bagi yang pernah menaiki Bot Seagull ke perairan Jarak-IW, sememangnya masak dengan perangai ikan-ikan disini. Suasana kumpau sering mengiringi pemancing ketika di sana. Ini bukan lah disebabkan ketiadaan ikan. Tetapi faktor teknik dan umpan memainkan peranan penting ketika memancing di Jarak-IW. Selain itu pemancing juga perlu mempunyai ketahanan untuk berjaga sepanjang malam memandangkan ikan berkelas - A hanya hadir pada waktu malam hingga ke pagi hari.
Untuk memancing di waktu siang. Pelbagai umpan boleh digunakan. Isi ikan dan sotong menjadi pilihan ikan-ikan seperti Kerisi, Kerapu, Cermin dan banyak lagi. Tetapi hasil di waktu siang tidak menjanjikan hasil yang banyak. Ini bergantung kepada spot memancing yang di bawa oleh tekong dan faktor cuaca.
Umpan di waktu malam yang paling penting sekali. Memandangkan ikan kelas-A di Jarak-IW begitu cerewet. Hanya sotong hidup yang di candat sahaja yang mampu membuka selera sang ikan. Bilangan sotong hidup yang berkurangan juga menjadikan proses memancing itu menjadi lebih mencabar. Ketika mencandat di sana, hanya candat yang berwarna merah jambu dan putih dari brand Yamashita sahaja mampu membuka selera sotong hidup. Pernah saya melihat orang-orang yang pertama kali ke perairan ini mengunakan pelbagai jenis candat dari candat hidup,candat mayat dan dari pelbagai brand. Tetapi tiada sotong yang sudi menjamah candat tersebut. Perlu diingati, jika tiada umpan sotong hidup, maka peluang menaikan ikan kelas - A mungkin tiada.
Pada hari pertama dan kedua, keadaan cuaca amat baik sekali, hanya hujan renyai-renyai seketika yang memenemai kami. Tetapi cuaca yang baik masih belum menjadi penentu. Arus ketika itu sangatlah laju. Batu ladung bersaiz 24 denagn selamba di bawak arus jauh dari bot kami. Nasib baik saya menggunakan Bangla (Mesin Eletrik). Kalau pakai manual, memang meletihkan. Memandangkan arus begitu laju, stock sotong untuk dicandat sangatlah berkurangan. Saya terpaksa menggunakan hirisan umpan tongkol & kembung untuk dijadikan umpan. Seperti dijangka, hasil sangatlah berkurangan. Hanya beberapa ekor sahaja ikan kelas -A yang berjaya dinaikan oleh rakan-rakan lain. Hanya seekor pari berskala 5kg yang sudi menjamah umpan saya pada hari tersebut.
Hasil pada waktu siang juga tidak begitu banyak, hanya ikan kerisi bersaiz tapak tangan yang sudi menjamah umpan. Ada juga rakan-rakan yang berjaya menaikan ikan cencaru dan cerim tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Hari ke-3 menjadi penentu memandangkan ini ialah malam terakhir kami. Tekong pun mula merasa risau memandangkan hasil yang berkurangan. Maka pada malam tersebut, tekong menuju ke satu spot diperairan IW untuk mencuba nasib. Cuaca dan arus ketika itu sangat lah baik. Kami hanya mampu berdoa agar hasil pada malam ini lebih baik dari malam sebelumnya. Ketika kami sampai di spot tersebut, ikan mula menunjukkan ingin memakan umpan. Maka berebut-rebutlah semua untuk mencandat sotong untuk dijadikan umpan. Keceriaan terpancar pada riak muka saya dan rakan-rakan yang lain. Ikan Jenahak, Merah dan Kerapu Boron yang dinanti-nantikan mula di naikan keatas bot satu persatu. Keadaan bot mula menjadi riuh rendah. Dan pada malam tersebut beberapa ekor ikan bersaiz 5 kg keatas berjaya dinaikkan. Saya juga tidak berkecuali. saya juga berjaya menaikan beberapa ekor ikan merah pada malam tersebut. Tiada seekor pun ikan jenahak yang sudi menjamah umpan sotong saya jetika itu. Terdapat juga 2 rentapan kasar yang disyaki boron, tetapi berjaya memutuskan perambut florocarbon 80lb yang digunakan. Kelewatan membuat strike telah menyebabkan nya tersangkut pada karang.mungkin bukan rezeki saya ketika itu. Tetapi dengan berkat kerjasama semua orang pada malam terakhir, kami berjaya menaikan lebih 20 ekor Jenahak dan Merah, 12 ekor Kerapu boron dan pelbagai jenis ikan lagi.
Malam terakhir menjadi penyelamat. Selepas sampai di jeti pada keesokkan paginya. Hasil dibahagikan sama rata. Alhamdulillah setiap orang dapat membawa pulang hampir penuh setiap tong.
Kesimpulannya memancing di perairan ini, Pengalaman merupakan senjata paling utama di sini. Walaupun kita memakai alat-alat memancing yang mahal dan canggih, itu belum mampu menjanjikan hasil yang terbaik.
Melayan kerenah ikan disini amatlah meletihkan. Hanya kerajinan dan pengalaman yang menjadi penentu. Ikan yang suka berubah-ubah selera menjadikan trips ini sangat mencabar. Bukan seperti memancing ditempat lain, setiap teknik yang digunakan menjadi pengukur. Bila umpannya sudah betul, tetapi penggunaan tanduk dan panjang perambut yang salah juga membantutkan ikan untuk memakan umpan. Dengan kata lain, untuk memancing di Jarak & IW, setiap kelengkapan, teknik dan pengalaman mestilah perfect. Itu juga bergantung dengan cuaca yang tidak kita ketahui. Arus yang susah diduga banyak memberi mimpi ngeri kepada geng-geng pemancing manual di Jarak. Apa yang penting kita mestilah berusaha dan bertawakal kepada yang satu. Rezeki ditangannya. Sememangnya saya akan kembali memancing disini.
Tips Memancing di Pulau Jarak & IW ( Boat Seagull)

- Sotong merupakan umpan utama ketika disana. Selain itu ikan Kembung dan Tongkol juga boleh digunakkan untuk pancingan waktu siang. Selain itu, Umpan ikan ini boleh dijadikan stanby jikalau ketiadaan sotong hidup .
- Candat Yamashita berwarna putih dan merah jambu sahaja yang menjadi pilihan sotong di sini.
- Sediakan sekurang-kurangnya dua batang rod udang untuk mencandat sotong.
- Sotong pasar juga boleh digunakan, tetapi mesti bersekala sederhana/besar dan segar. Untuk memastikan kesegaran sotong pasar. Balut sotong yang dibeli satu persatu dengan surat khabar dan simpan didalam peti air atau ais.
- Pastikan membawa batu ladung bersaiz 16,18,20,24,36. Arus di perairan Jarak dan IW tidak menentu.
- Tali hendaklah melebih 150 meter. Memandangkan setiap spot yang kami singgah mempunyai kedalama sedalam 80-120 meter.
- Penggunaan tanduk sangat penting disini. Tanduk jenis "T" atau jenis biasa sepanjang setengah depa amat sesuai digunakan.
- Tali perambut 80-100LB sepanjang 2 depa dari jenis florocarbon digunakan ketika memancing di sini.
- Kedudukan belakang bot dan kanan depan banyak menerima ragutan ikan. Umpan sotong hidup juga banyak dinaikan di kawasan ini.
- Berjaga sepanjang malam sangat meletihkan. Oleh itu ambil peluang untuk berehat pada waktu siang.
- Matakail bersaiz 3/0 - 5/0 jenis 4X Strong. digunakan untuk pancingan malam.Jenama yang dicadangkan ialah jenis Gamakatsu, Owner dan Mustard.
Hasil-hasil dari rakan-rakan yang lain di trips Jarak -IW 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan