Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan menjelang lagi. Ini bermakna setiap umat Islam diwajibkan untuk berpuasa. Dengan kedatangan bulan yang mulia ini saya ingin mengucapkan kepada semua pengunjung blog  ini "Selamat Menyambut Ramadhan dan Berpuasa"

Semoga segala ibadat pada bulan mulia ini di terima dan diberkati oleh Allah sebagaimana hadis ini..

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang
bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan
diampuni Allah dosanya yang telah lalu
'.

Selain itu saya juga ingin memohon seribu kemaafan sekiranya saya ada berbuat salah dan silap di blog ini.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya



Seperti bulan Ramadhan pada tahun yang lalu, bulan mulia ini merupakan bulan cuti saya dari aktiviti memancing. Saya mengambil kesempatan dengan kedatangan bulan ini bersama keluarga dan beribadat.
Saya juga ingin menyeru kepada semua pengunjung blog ini supaya menunaikan zakat dan bersolat sunat Terawih.Banyak fadilat yang akan kita perolehi seperti yang di bawah ini.

Kelebihan Bersolat Tarawih

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.


Malam kedua

Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga

Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat

Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima

Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam

Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.


Malam ketujuh

Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan

Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan

Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh

Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas

Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas

Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas

Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas

Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.


Malam kelima belas

Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas

Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas

Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas

Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas

Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh

Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu

Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua

Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga

Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat

Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima

Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam

Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh

Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan

Allah mengangkat dengan seribu darjat.


Malam kedua puluh sembilan

Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh

Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.


Hebatnya ganjaran yang ALLAH bagi kepada kita andainya puasa kita setiap hari di bulan Ramadhan ini diterima  oleh ALLAH SWT.
 
Semoga kita dapat berpuasa dengan penuh ketakwaan (yakni ketakutan) kepada ALLAH akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai darinya

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Berpuasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan