Isnin, 10 Oktober 2011

Malaysian SailFish


Sailfish adalah  spesis ikan dalam golongan Istiophorus genus, yang tinggal di lautan yang mempunyai keadaan cuaca lebih panas daripada semua lautan dunia. Mereka sebahagian besar berwarna biru kelabu dan mempunyai ciri-ciri erektil sirip dorsal  yang dikenali sebagai layar, yang sering membentang keseluruhan panjang belakang. Satu lagi ciri yang ketara ialah rang pada muncung ikan  yang memanjang, menyerupai ikan todak dan marlin lain. Oleh itu, Mereka digambarkan sebagai billfish dalam arena sukan memancing.

Sailfish mampu membesar dengan cepat dan mampu mencapai 1.2-1.5 meter panjang dalam masa satu tahun. Ikan ini gemar mencari makanan di permukaan atau di pertengahan laut mencari ikan umpan yang lebih kecil seperti ikan sardin, ikan kembung, ikan selar, ikan tamban dan sotong

Sailfish mampu berenang dan mencatatkan pada kelajuan sehingga 110 kilometer sejam (68 mph). Secara umumnya, sailfish tidak boleh membesar  lebih daripada 3 meter (9.8 kaki) panjang dan jarang berat ikan ini lebih daripada 90 kilogram (200 lb). Ini berbeza dengan saudara rapatnya iaitu ikan Marlin yang mampu membesar sehingga mencapai berat lebih 300 kilogram.

Layar sailfish biasanya disimpan dan dilipat ke bawah  apabila berenang, tetapi ia mungkin akan dibangkitkan apabila sailfish terasa terancam atau teruja. Ini merupakan salah satu taktik yang digunakan oleh sailfih untuk menakutkan ikan pemangsa yang lebih besar apabila terasa sebarang ancaman. Taktik ini juga telah dilihat digunakan semasa mencari makanan, apabila kumpulan sailfish menggunakan layar mereka kepada sekumpulan ikan atau sotong untuk mengepung sebelum melancarkan serangan. Sailfish juga gemar memburu ikan secara berkumpulan. Sailfish boleh menukar warna mereka dengan serta-merta. Perubahan ini dikawal oleh sistem saraf yang terdapat di dalam badan mereka. Sailfish  boleh bertukar dari warna biru muda kepada jalur kekuningan apabila teruja, ini untuk mengelirukan mangsanya dan membuat buruan lebih mudah, ini juga dikatakan  cara mereka berkomunikasi antara sailfish lain semasa memburu secara berkumpulan


Sailfish ialah ikan yang sangat terkenal dengan lompatan yang luar biasa mereka. Kegilaan ikan ini melompat semasa terkena matakail membuat ikan menjadi salah satu ikan kesukaan pemancing.

LOKASI MEMANCING SAILFISH DI MALAYSIA 


Di Malaysia, perairan Kuala Rompin di Pahang merupakan syurga untuk memancing ikan ini. Pihak kerajaan negeri Pahang yang berusaha memelihara specis ikan ini serta mengalakkan sistem cacth & release semasa memancing di Kuala Rompin telah berjaya meningkatkan populusi ikan ini di perairan itu. Selain itu perbagai aktiviti memancing telah di buat seperti Royal Pahang Billfish Challenge dibuat untuk promosikan ikan Sailfish di Pahang.

Bulan August hingga October sepanjang tahun merupakan waktu terbaik untuk memancing Sailfish ini di Rompin. Ikan ini sebenarnya boleh dipancing sepanjang tahun tetapi pada bulan August-October dikatakan kehadiran kumpulan ikan ini yang bersifat suka berhijrah mengikut musim. Selain itu, pada bulan tersebut dikatakan saiz ikan sailfish yang berhijrah ke perairan Rompin lebih besar dari bulan lain sehingga ada yang  seberat sehingga 70kg.

Untuk memancing Sailfish di perairan Rompin, para pengusaha  bot di Rompin ada menyediakan perkhidmatan sewa bot dengan kadar sewa sehingga RM1200.00 untuk pakej memancing dari pukul 7am-7pm. Kebiasaannya bot yang disewa ialah untuk kegunaan 4-6 orang.

Selain pemancing tempatan, perairan Rompin Pahang juga menjadi lokasi kegemaran pemancing antarabangsa lain seperti dari Singapore, Indonesia, Japan, Taiwan dan Eropah apabila tiba musim memancing ikan Sailfish.
Sila lawati website ini untuk keterangan lebih lanjut berkenaan sewa bot: http://www.rompinsailfishing.com/


TEKNIK MEMANCING IKAN SAILFISH

Umpan Hidup
 
Ini adalah kaedah yang paling lazim digunakan. Sama ada umpan hidup digantung di bawah belon atau ia dihanyutkan sejauh sehingga 100 meter. Teknik yang sering digunakan ialah mengunakan teknik Driff  atau menghayut. Trolling secara perlahan umpan ikan hidup juga sangat berkesan. penggunaan mata kail circle hooks amat sesuai digunakan untuk memancing menggunakan umpan hidup.


Lure 
 
Casting merupakan salah satu cara berkesan untuk memancing sailfish. Pengunaan Popper dan troling mengunakan Lure adalah yang paling popular.

Jigging

Pernah  terdapat pemancing yang berjaya mendaratkan ikan sail fish mengunakan teknik jigging.
Sememangnya teknik ini harus dicuba kerana mempunya potensi tinggi untuk mendaratkan sail fish.

Teknik lain

Memancing Sail fish dengan menggunakan kaedah Bottom dengan menggunakan umpan sotong atau isi ikan.

Walaupun target utama adalah Sailfish, kemungkinan besar untuk memperolehi tangkapan ikan lain termasuk CobiaMakarel, Queenfish, Barracuda dan Trevallys jika mengunakan teknik memancing ini.

Anda sebenarnya bebas untuk memancing mana-mana teknik yang dinyatakan untuk kepuasan anda.

Sailfish atau Swordfish ini sebaik-baiknya ditangkap dan dilepaskan semula. Lagipun ramai masyarakat di Malaysia ini yang tidak menyukai untuk memakan Sailfish. Hanya segelintir sahaja kerana ikan ini dikatakan isi Sailfish dan Swordfish ini tidak sedap dimakan dan mempunyai harga yang terlalu murah untuk dijual. Jika anda mempunyai hajat untuk membawa pulang ikan ini, seelok-eloknya hanya membawa balik hanya seekor sahaja dan harap dilepaskan semula tangkapan sail fish atau sword fish selebihnya. Apa-apa pun semua ini terserah kepada individu masing-masing. Bersama kita selamatkan specis Sailfish kerana ikan ini kini diancam kepupusan.

4 ulasan:

  1. bro, aku nabil. dok kat bandar baru bangi. klu mancing sekitar ni tlg ajak boleh? nk menuntut ilmu lah. call/sms 0196462234

    tq

    BalasPadam
  2. Salam Nabil, Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Fish Hunter. Sebenarnya hari saya baru saja pulang dari trips layaran di rompin...Insyallah kalo ada rezeki kita boleh ke sana. Buat masa sekarang pengusaha bot di rompin akan close booking bermula bulan nov kerana ketibaan musim tengkujuh.... jika tuan berhajat hendak ke sana boleh contact pengusaha bot kegemaran saya di Rompin:017-5060252-Nuris

    BalasPadam
  3. Bro..bp kos semuanya.
    Tq.

    BalasPadam
  4. Kos untuk menaiki bot rompin RM1200 sehari. Bot boleh muat 6 orang. Cuba2 bawa berbincang dengan pengusaha bot, mana la tau boleh dapat harga diskaun..

    BalasPadam