Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja di office saya. Kesibukan ini telah membataskan aktiviti memancing saya seketika. Memandangkan saya telalu sibuk dengan kerja yang menimbun, maka One Fanthom Bank yang terletak di Port Klang menjadi lokasi terbaik untuk saya merehatkan minda dan memancing di hujung minggu. Memandangkan lokasi OFB ini terletak berhampiran dengan Klang Valley, setiap jemputan saya kepada rakan-rakan yang lain terus disambut baik oleh mereka. Maka pada pada 19 - 18 November yang lepas, satu trips ke OFB light house telah diatur. Seramai 14 orang yang menyertai trip kali ini. Trips ini telah diatur oleh saya dengan bantuan rakan saya iaitu Man Cinonetdan Halim. Ini juga merupakan kunjungan saya kali ke-8 ke OFB.
Seperti kebiasaan kami berkumpul di Tanjung Harapan Klang untuk menaiki bot. Kami menggunakan khidmat bot Abang Samat seperti kunjungan saya ke OFB sebelum ini. Untuk kunjungan kali ini, kumpulan kami bergerak agak lewat pada pukul 2.00pm kerana beberapa masalah yang tidak dapat elakkan.
Makan Time..!! Terima kasih kepada Man CB kerana sudi memasak untuk kami
Antara hasil tangkapan ikan di OFB
Faizal bersama ikan Talang
Ikan Talang ini berjaya diperolehi dengan menggunakan spoon
Cho'ort juga berjaya memperolehi ikan Talang dengan menggunakan popper

Panorama yang sering dilihat semasa menuju ke OFB
Setibanya di lokasi, kerjasama amat penting untuk memudahkan kerja
Ruang Tamu di OFB
Mencari stok umpan dengan menggunakan appollo
Ramuan umpan dedak untuk umpan ikan Dengkis dan Ikan Teliga Gajah
Cara menggunakan umpan dedak
Antara ikan-ikan yang berjaya dipancing di OFB menggunakan umpan dedak yang dibancuh oleh kami.
Boy bersama ikan Dengkis
Saya juga berjaya memancing ikan Dengkis menggunakan dedak
Close-up ikan Dengkis.
Makan Time..!! Terima kasih kepada Man CB kerana sudi memasak untuk kami
Antara hasil tangkapan ikan di OFB
Faizal bersama ikan Talang
Ikan Talang ini berjaya diperolehi dengan menggunakan spoon
Cho'ort juga berjaya memperolehi ikan Talang dengan menggunakan popper
Walaupun ini merupakan trip yang singkat, Kami tetap bersyukur kerana hasil yang kami perolehi sepanjang 1 hari 1 malam ini amat memuaskan. Kebanyakan hasil ikan yang kami perolehi dari hasil ikan appollo seperti ikan selar dan ikan tamban. Ikan Dengkis juga banyak kami perolehi dengan menggunakan umpan dedak. Tetapi apa yang penting, saya dapat merehatkan minda seketika sebelum meneruskan kerja yang banyak di office. Walaupun sedikit keletihan kerana memancing dan berjemur ditempat yang panas, apa yang penting saya dapat melepaskan gian memancing saya. Jumpa lagi OFB..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan