Khamis, 1 Mac 2012

Ujian Lapangan Damai Fishing Village


Ini merupakan kunjungan pertama kali saya ke kolam Damai Fishing Village yang terletak di selatan tanahair. Damai Fishing Village terletak di Kg Sungai Danga Taman Perling, Johor Bahru merupakan salah satu destinasi wajib yang ,mesti disinggahi oleh kaki pemancing khususnya yang berada di selatan tanahair. Ini kerana kolam ini mampu menjanjikan satu kepuasan menarik ikan bersaiz gadang tanpa perlu turun kelaut dalam.  Damai Fishing Village mempunyai  4 buah kolam air masin dan 1 kolam air tawar . Kolam A & B menyediakan konsep tangkap & bawa pulang ikan yang dipancing dengan kos RM50 dan RM65 untuk 5 jam memancing manakala kolam C, D & E pula menyediakan konsep tangkap dan lepas dengan kos RM450 untuk 6 orang memancing selama 3 jam. Kolam tangkap dan lepas ini juga membenarkan pemancing mengunakan kaedah casting dan memancing menggunakan umpan isi ikan dasar atau kedua-duanya sekali.




Kerana faktor-faktor tersebutlah menyebabkan saya, Zaki, Saiful, Berg, Yuhimi dan Shafiq sanggup datang dari Shah Alam menuju ke kolam ini. Terlebih dahulu kami telah membuat tempahan untuk memancing pada awal pagi di kolam D. Kolam ini penuh dengan ikan yang bersaiz gadang seperti  Ikan GT, Siakap, Gerong Belang, Teliga Gajah, Jenahak, Siakap Merah, Talang dan Pecah Periuk. Setibanya mereka ke kolam Damai Fishing Village, mereka telah disambut mesra oleh Abg. Khairul yang akan bertugas sebagai pembantu ketika mereka memancing nanti. 


Kesempatan ini juga, saya dapat menguji kekuatan set yang baru saya beli iaitu Stella 3000 yang dipadankan degan rod Shimano Basttera berserta tali Exoga 20lb. Selain itu, ia menjadi sisi pemanas badan untuk kami sebagai persediaan untuk menghadapi trips mega yang telah diatur sepanjang tahun 2012.

Set baru yang akan menghadapi ujian di Kolam Damai Fishing Village

Apabila mula memancing, kaedah casting menjadi pilihan kami memandangkan ikan dikatakan amat suka menghentam gewang yang dihulurkan pada awal pagi.  Tetapi, ikan didapati amat fasif kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan lebat telah melanda kawasan ini selama beberapa hari yang lepas. Suhu air yang menjadi sejuk membuat ikan kurang aktif.  Selepas puas menggunakankan kaedah casting, kami mengubah kepada kaedah penggunaan umpan dasar  untuk mengoda ikan yang berada di dasar kolam ini.
Ternyata penggunaan umpan dasar berjaya memikat ikan untuk memakan umpan kami. Kami menerima banyak asakan tanpa hendi dari ikan terutama ikan GT
Saya menjadi orang pertama menerima asakan daripada ikan.

Lesen ikan GT seberat 5kg di Kolam ini.

Sekali lagi dari saya, memang hebat larian ikan di kolam ini.

Satu lagi trofi dari saya.

Yuhilmi berjaya dengan tangkapan ikan Siakap 6kg

Shafiq dengan ikan GT

Zaki pun berjaya memperolehi ikan GT

Sekali lagi saya memperolehi ikan GT


GT lagi dari Yuhilmi

Nampaknya saya yang paling banyak memperolehi ikan GT di sini

Selepas lucut beberapa kali, akhirnya Epol menerima asakan ikan bersaiz besar.

Ikan Siakap 5.5kg berjaya dinaikan oleh Epol

Ketika 3 minit lagi masa kami di sini berakhir, Zaki berjaya memperolehi ikan Jenahak menggunakan umpan udang hidup.

Sememangnya masa mencemburui kami, masa 3 jam memancing bagaikan seketika sahaja. Tanpa lebih 10 ekor pebagai jenis ikan berjaya kami perolehi. Walaupun begitu banyak lagi ikan seperti Talang, kerapu, Telinga Gajah, Gerong Belang dan lain-lain yang belum berjaya diperolehi. Walaupun 3 jam memancing di sini, ternyata kepuasan terpancar di wajah kami. Sikap ikan di sini yang kuat melawan dengan membuat larian padu amat mengujakan kami. Memang berbaloi dengan bayaranyang dikenakan kerana anda akan merasa kepuasan maximum ketika memancing di sini. Apa yang pasti, kami akan kembali untuk meneroka segenap ikan yang berada di sini.

Tips memancing di Kolam Damai Fishing Village

1. Penggunaan set kekili bersaiz 2000-3000 siries atau BC yang dipadankan dengan rod berkekuatan 10-20lb berserta tali 15-20lb pasti memberi satu perlawanan yang amat hebat dan kepuasan maximum kepada pemancing.

2, Soft plastik dan lure sesuai digunakan di sini terutama awal pagi dan lewat petang.

3. Penggunjung boleh memilih untuk casting sepenuh masa atau memancing dasar di sini. Lebih digalakkan jika penggunjung menggunakan kedua-dua kaedah ini.

4. Lure selaman dalam tidak sesuai digunakan kerana kolam ini hanya mempunyai kedalaman 7-14 kaki inch sahaja.

5. Untuk pancing dasar, penggunakan matakail circle hook lebih digalakan supaya ikan tidak menelan matakail terus ke dalam mulut.

6. Jika memancing dasar, Ikan jenahak dan ikan siakap mudah diperoleh dengan menggunakan umpan udang hidup yang dijual di kolam ini.


3 ulasan:

  1. kalau balik tangkak, boleh try ke sana ni... tahniah bang

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks mayong, boleh call En Aziz 012-7271678 untuk tempahan...memang berbaloi..

      Padam
  2. Memang berbisa... nanti kalau pi rumah abang kt masai nk pi juga sini

    BalasPadam