Sabtu, 7 April 2012

JB Conquest Part 1


Seperi laporan saya yang lepas, kali ini saya berkunjung lagi ke selatan tanah air untuk memancing. Kesempatan kami di Johor Bahru, dua trip telah diatur sepanjang kami berada di sini. Trip pertama kami ialah mengunjungi salah sebuah rumah api yang terletak di perairan johor. Rumah api Tompok Utara (T.U) sebenarnya merupakan salah satu tempat terbak untuk memancing ikan talang (Queen Fish) di negara kita. Struktur rumah api T.U ini telah menjadikan kawasan rumah api ini tempat sesuai untuk ikan talang mencari makanan.

Selepas kami tiba di Johor Bahru, kami menuju ke pekan Masai untuk berjumpa dengan salah seorang old timer di Johor iaitu Che Wan Almidin. Kami disambut mesra oleh beliau dan menginap di rumah beliau. Seawal pagi esoknya kami menuju di sebuah kawasan pantai berhampiran Desaru untuk menaiki bot. Bot yang kami naiki dimiliki oleh seorang tekong yang bernama Badul. Tekong Badul amat arif tentang selok belok perairan di selatan Johor termasuklah di kawasan rumah api T.U.


Bot yang kami akan naiki



Di rumah api T.U, teknik pancingan yang berkesan digunakan untuk memancing ikan talang ilah menggunakan teknik jigging. Pengunaan set ringan bersama jig seberat 20g-60g amat sesuai digunakan. Jig yang mempunyai ciri-ciri warna yang menyerupai ikan bilis atau berwarna silver amat laku di sini.  Tanpa menunggu lama, jig akan disambar oleh ikan. Selain itu, penggunaan shock leader berkekuatan 50lb amat penting untuk mengelakan tali putus apabila bergesel dengan tiang rumah api yang tajam. Gewang dan spon yang berkilat juga boleh digunakan di rumah api T.U

Dengan sekali baling, Epol berjaya memperolehi ikan talang dengan jig.

Atoz dengan mudah berjaya menperolehi ikan talang menggunakan gewang.

Saya juga berjaya dengan menggunakan spoon Abu Island II

Che Wan juga berjaya mengunakan jig seberat 40g

Setelah puas memancing ikan Talang, Tekong Badul mencadangkan supaya kami bergerak untuk memancing ikan tenggiri pula. Tetapi sebelum itu, kami bersinggah di sebuah kapal yang berlabuh untuk mencari ikan umpan menggunakan mata appollo.

Sedang kami sibuk mencari ikan umpan, Tekong Badul berjaya menaikkan seekor ikan Ketarap (Parrot Fish) menggunakan umpan dasar.

Selepas kami mencari ikan umpan, teknik menghanyut atau drift digunakan   untuk menjerat ikan tenggiri. Tetapi banyak kejadian lucut berlaku. Ikan tenggiri di sini kelihatan amat pandai melepaskan diri. Hanya seekor sahaja yang berjaya ditewaskan.

Satu-satunya ikan Tenggiri yang berjaya ditangkap

Setakat itu sahaja hasil pancingan kami pada hari tersebut. Kami pulang untuk berehat. Keesokkan harinya kami akan pergi ke lokasi lain untuk memancing.

Bersambung.....!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan