Selasa, 22 Januari 2013

Expedition to Malaysian Oil Rig



Di Malaysia, terdapat berpuluh-puluh pelantar minyak yang terletak di kawasan perairan Laut China Selatan. Kehadiran pelantar minyak dan gas yang banyak ini menandakan keadaan ekonomi negara yang sedang rancak membangun dan secara tidak langsung, kehadiran pipe minyak dan gas yang berada di dasar laut telah menjadi tukun tiruan yang menjadi tempat tinggal dan perlindungan beribu-ribu jenis ikan-ikan di dasar laut. 

Oleh kerana itulah, pelantar minyak yang terletak di perairan Terengganu, Malaysia menjadi tempat kegemaran pemancing untuk memancing di sana. Dengan purata ke dalaman laut sehingga 60meter - 90 meter, pelbagai jenis ikan dapat di pancing terutamanya specis Ikan Merah (Red Snapper) dan Kerapu (Grouper). Bagi peminat jigging dan popping, lokasi pelantar minyak merupakan tempat ideal untuk memancing ikan GT (Giant Trevally, Caranx ignobilis) dan ikan Cupak (Big Eye Trevally, Caranx sexfasciatus)

Sebelum musim monsoon pada penghujung 2012, team D7L sempat berkunjung ke pelantar minyak dan gas yang terletak di Terengganu, Malaysia untuk aktiviti memancing. Lokasi yang ingin di tuju ialah Pelantar Angsi yang terkenal dengan kehadiran ikan GT (Giant Trevally, Caranx ignobilis) yang banyak.

Seperti kebiasaan, kami menaiki bot milik tekong yang bernama Pok Lan di Dungun, Terengganu. Pok Lan merupakan tekong yang amat terkenal di perairan Terengganu. Ini kerana kepakaran beliau mengendali bot serta berpengetahuan luas untuk menjejak ikan. Setibanya kami di Dungun Terengganu, kami terus menaiki bot beliau menuju ke Pelantar Angsi.
Sebelum kami tiba di Pelantar Angsi yang memerlukan beberapa jam perjalanan. Pok Lan sempat singgah di beberapa spot miliknya untuk memancing.

Red Snapper

Spot yang disinggahi amat mewah dengan kehadiran ikan merah yang banyak. Sekali sekala ikan kerapu juga berjaya dipancing. Kebanyakan ikan yang berjaya di pancing memiliki saiz 2 kg ke atas.

 Antara pelantar minyak yang berhampiran.

Berpuluh-puluh ikan berjaya dinaikan pada spot pertama. Umpan isi ikan tongkol(Thunnus tonggol) amat laku apabila tiba di dasar. Kemudian tekong Pok Lan berpindah ke lubuk lain yang berhampiran. Untuk pancingan pada waktu siang, teknik dasar menggunakan umpan isi ikan tongkol digunakan. Pada waktu ini kekili elektrik disarankan kerana keadaan ikan yang banyak serta penggunaan batu ladung yang seberat 1kg. Bagi yang tidak memiliki kekili elektrik, Mutiplayer seperti TLD 30, Penn international  boleh digunakan.



Red Snapper

 Double Red Snapper from me

 
Grouper

 
Red Snapper

Selepas tamat memancing pada waktu siang, akhirnya kami tiba di lokasi. Untuk pancingan pada waktu malam, kami hanya tertumpu pada teknik jigging dan popping sahaja. Teknik Popping pula kali ini tidak memberi hasil kerana tiada tanda-tanda kehadiran ikan GT. Tetapi untuk teknik jigging kami berpesta dengan kehadiran ikan Cupak (Big Eye Trevally, Caranx sexfasciatus) yang banyak.

 Pelantar Angsi

Jigging


ikan Cupak (Big Eye Trevally, Caranx sexfasciatus)


Untuk teknik jigging, rod berkekuatan PE1-3 dan Kekili bersaiz 4000 sudah cukup memberi kepuasan maksimum kepada pemancing. Jig saiz 80gram-100gram yang bersifat luminosity amat berkesan digunakan.

Selepas semalaman memancing, bot kami pulang menuju ke darat. Sebelum tiba, Tekong Pok Lan sempat membawa kami singgah dibeberapa spot miliknya.

Ibu Kerisi(Goldbanded jobfish)

 Merah Suman (Japanase Red)

Red Snapper again.

 
Red Emperor

Kerapu Bara (Red-tipped grouper)

Ebek ( Diamond Trevally)

Hasil Keseluruhan trip ini. Alhamdulillah.
Cukup untuk buat lauk sebulan dua.

11 ulasan:

  1. Helo Brother, you guys PRO and CHAMPION lah. How much you guys pay for the trip per person? I never been to oil rigs but now Iam interested goin....can you guys me the details pls. I living in KL.Thank you & terima the Kasih, and have a nice day.....mail me at robert@dragonflydesign.com.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Check your email Robert..tq for visit my blog

      Padam
  2. Salam bro email saya sekali details package dan hp num tekong.terima kasih
    Solihin@gmail.com

    BalasPadam
  3. Salam bro.. Boleh email hp no tekong or package dia.. Thank you.

    BalasPadam
  4. Email i skali...rashidi.coway@gmail.com i nk try trip ini

    BalasPadam
  5. Email i skali...rashidi.coway@gmail.com i nk try trip ini

    BalasPadam
  6. Guys, Anything please email me and i will assist your. Check my profile to get my email..tqvm

    BalasPadam
  7. Salam bro...teringin nak berguru dengan tuan tentang ilmu memancing dan mengikuti sekali sekala trip tuan...ni email saya azri.janudin@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah tuan, sila email terus kepada saya di email: maxx.peacock@gmail.com. jika ada kekosong pada masa akan datang, insyallah saya akan menjemput tuan

      Padam
  8. hello sir would you please email me details of trip,including no phone,price etc.my email address
    zamanreza@yahoo.com tq sir

    BalasPadam