Merujuk artikal saya mengenai ikan kerapu sebelum ini. Click here. Saya ingin berkongsi maklumat tangkapan ikan kerapu terberat di dunia. Seperti sedia maklum, ikan kerapu mempunya pelbagai spesis dan mampu membesar sehingga puluhan kilo dan kadang kala mampu membesar sehinga ratusan kilo. Mari kita saksikan top 5 tangkapan ikan kerapu terberat di dunia.
No 5.
Potato Grouper
Pada 11 Jun 2004, Takayuki Shibayama menangkap seekor Potato Grouper seberat 171-pound, 10 auns (77kg). Beliau menangkap ikan tersebut di luar Pulau Miyako di Okinawa, Jepun. Dia menggunakan ikan snapper hidup sebagai umpan.
No 4.
Convict Grouper (Mahata)
Tangkapan ikan kerapu milik Koji Yoshida telah menangani semua rekod Convict Grouper di Jepun. Ikan ini di tangkap di Pulau Yonaguni di Okinawa, Jepun, pada 25 April, 2011. Ikan kerapu yang menakjubkan ini seberat 264-paun, 8 auns (119.7kg).
Giant Grouper/Kertang
Pada 4 Mac 2012, Shayne Keith Nelson berjaya menangkap ikan Giant Grouper di perairan laut Pulau Latham, Tanzania. Selepas di timbang, gergasi ini seberat 295 pound, 11 auns (133kg). Beliau menggunakan umpan bonito atau skipjack tuna sebagai umpan.
No 2.
Warsaw Grouper
Pada 22 Disember 1985, Steve Haeusler berjaya mendarat ikan kerapu warsaw yang menangani semua rekod dunia kerapu Warsaw. Ikan ini seberat 436-pound, 12 auns (197.8kg) ditangkap di luar Florida di Teluk Mexico.
NO 1.
Goliath Grouper
Ini merupakan ikan kerapu terberat yang pernah ditangkap dan disahkan sebagai rekod dunia IGFA. Ikan Goliath Grouper gergasi ini mencecah berat seberat 680 pound (308kg) . Ikan Goliath Grouper ini atau nama amnya di Amarika sebagai Jewfish telah ditangkap pada 20 Mei, 1961, di luar Pantai Fernandina, Florida, menggunakan ikan tenggiri spanish/Spanish mackerel sebagai umpan. Pada masa kini ikan kerapu spesis ini dianggap sebagai spesis terancam menjadi ikan yang dilindungi di negara Amerika Syarikat dan Caribbean.
Sumber: here
Tiada ulasan:
Catat Ulasan