Andaman Sea merupakan salah satu tempat memancing yang terkenal serata Asia Tenggara. Lautan yang merangkumi 4 negara iaitu Negara Thailand, Myanmar, Indonesia dan Nicobar merupakan syurga pemancing untuk memperolehi ikan bersaiz gergasi. Yellow fin Tuna, Ruby Snapper, Giant Grouper, Wahoo, Dog tooth tuna, Black Marlin dan banyak lagi spesis ikan yang boleh dipancing di Andaman Sea. Pemancing yang memancing di sini sentiasa pulang dengan hasil yang sangat membanggakan Impian untuk memancing di perairan Andaman Sea telah lama saya mimpikan.
Akhirnya peluang mengunjungi Andaman Sea telah terbuka sebaik sahaja saya menerima jemputan dari Team D7L untuk mengunjungi perairan Laut Andaman. Apabila bercerita tentang Andaman Sea, pastinya pemancing akan terfikir tentang spot terkenal di Andaman Sea iaitu "Burma Bank ". Burma Bank merupakan lokasi paling popular di Andaman Sea.
Tetapi kunjungan saya kali ini di Similan Island di Phuket. Walaupun kos dan perjalananya separuh dari perjalanan ke Burma Bank, Perairan Andaman di Similan Island mampu memberi kepuasan seperti berkunjung ke Burma Bank. Ikan-ikan yang terdapat di sana sama seperti yang terdapat di Burma Bank.
Perjalanan kami bermula dari bandar Kuala Lumpur. Sebanyak 3 buah kenderaan pelbagai guna akan berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Phuket. Kami akan melalui perjalanan sejauh 1200km sehala untuk ke Phuket. Ini bermakna perjalanan pergi balik ialah sejauh 2400km. Kami bergerak pada pukul 12 malam dan selepas memandu selama 23 jam, akhirnya kami tiba di Phuket. Walaupun kami tiba di salah satu pusat peranginan terkenal dunia, semuanya tidak dipedulikan oleh kami gara-gara terlalu letih mengharungi perjalanan yang amat jauh. Kami hanya singgah untuk menatapi makan malam dan masa selebihnya digunakan untuk tidur.
Keesokkan harinya, kami bangun seawal pukul 6 pagi untuk bergerak menuju ke jeti di Thap Lamu Pier. Perjalanan ke sana mengambil masa perjalanan selama hampir 2 jam. Selepas melalui perjalanan yang amat jauh akhir nya sampai jua kami di jeti.
Perjalanan yang jauh lagi memeritkan semata-mata untuk memancing
Berhenti rehat dan menunaikan solat di masjid Krabi Thailand
Masjid Krabi Thailand
Harga minyak petrol dan diesel di Thailand. Mana boleh tahan..!!
Selepas seharian memandu, akhirnya kami tiba di
Thap Lamu Pier.
Thap Lamu Pier.
Suasana di jeti Thap Lamu Pier.
Jeti yang sangat bersih dan luas
Kerjasama mengangkat barang-barang makanan dan kelengkapan memancing
Selepas selesai memunggah barang-barang memancing dan makanan. Kami menanti ketibaan bot milik tekong Sai Yan berlabuh.
Bot yang akan kami naik untuk memancing
Ruang tepi bot Sai Yan, tiada rod holder.
Ruang tidur yang mantap..!!
Popping deck
Lots of mineral water
Toilet & Shower
Dapur
Mercun dibakar sebelum bot bergerak menuju ke laut mengikut tradisi di sini.
Lots of mineral water
Toilet & Shower
Dapur
Mercun dibakar sebelum bot bergerak menuju ke laut mengikut tradisi di sini.
Selepas mercun dibakar, kami akan menempuhi perjalanan yang memakan masa selama 8 jam untuk sampai ke spot memancing pertama. Memandangkan kami akan tiba pada waktu malam. Tekong Sai Yan bercadang untuk berlabuh di sebuah unjam/tukun tiruan yang terletak berhampiran dengan pulau Similan.
PSP menjadi peneman saya sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Similan
Panorama senja di lautan Andaman
Pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan Pulau Similan
Apabila hampir tiba di spot pertama, tekong Sai Yan sempat membeli
umpan dari nelayan
Stock ikan tongkol
Stock sotong
Day 1
Akhirnya selepas lebih 9 jam kami meredah ombak, kami tiba di sebuah unjam/tukun tiruan. Bot menurunkan sauh menandakan kami akan bertandang di sini. Kami awal-awal lagi telah bersiap sedia dengan kelengkapan kami. Bahagian sisi bot akan digunakan untuk memancing dasar dan bahagian belakang bot akan digunakan untuk acara jigging.
Berbekalkan umpan segar yang dibeli oleh tekong Sai Yan tadi. Setiap umpan yang dihulurkan pasti akan di sambut dengan ikan. Keadaan unjam ini sangat meriah dengan kehadiran pelbagai jenis ikan.
Tidak sempat umpan jatuh ke dasar, umpan telah dibaham oleh ikan pisang (Rainbow Runner Fish)
Merah Suman (Japanese red)
Diamond Trevally
Lagi Rainbow Runner
Baby Roving Coral grouper
Ikan Tongkol dan jig
to be continue....... 24/6/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan