Dua malam sudah berlalu untuk trip explorasi team D7L di Similan Island, Phuket. Trips yang pertama kali kami kunjungi ini tidak menghampakan. Setakat hari ke-2 di sini, hasil tangkapan ikan yang kami perolehi boleh dibanggakan. Cuma setakat ini belum lagi ada tangkapan ikan yang boleh di digelar sebagai "Monster Fish".
Selepas berhempas pulas pada malam ke-2, kami meneruskan aktiviti memancing.
Memancing tetap diteruskan sehingga fajar menjelma
Selepas bersarapan pagi, bot bergerak menuju kelubuk drop off semula seperti semalam. Hari ini ialah hari terakhir kami di Similan Island. Kami berharap dapat menemukan kami dengan ikan yang lebih besar berbanding semalam. Selepas semua telah bersedia, Tekong Sai Yan memberi isyarat supaya melabuhkan umpan. Seperti semalam, umpan terus diragut selepas tiba di dasar. Ikan kerapu yang berjaya dinaikkan juga mempunyai saiz yang sama seperti semalam. Tekong Sai Yan berpindah beberapa lubuk lain dan hasilnya tetap sama.
Seperti faham dengan kehendak kami, tekong Sai Yan bercadang untuk bergerak lebih jauh. Perjalanan akan mengambil masa dalam 2 jam. Sementara itu, saya dan rakan-rakan berbincang mengenai harapan dan cita-cita untuk memancing ikan kerapu bersaiz gergasi di Similan Island.
Sedang rancak kami berbual, tekong memberi isyarat supaya bersiap sedia. Lubuk yang akan disinggahi sudah dekat. Sementara tekong membetulkan posisi bot, sempat saya menjenguk sonar. Kelihatan seperti kawasan berbukit di dasar. Sonar juga menunjukkan tanda-tanda terdapat ikan. Apabila umpan sampai ke dasar, terdapat tanda-tanda getuan dan butang electrik ditekan dengan pantas untuk mengarau secara automatik. Tetapi kali ini mesin electronik kami tidak dapat mengarau sendiri. Tekanan pada hujung joran sangat hebat. Kami terpaksa menggunakan tenaga sendiri untuk mengarau secara manual. Sedikit demi sedikit tali dapat digulung ke dalam mesin. Walaupun menggunakan mesin electronik yang mengarau sendiri, kali ini kami terpaksa bertarung menggunakan tenaga sendiri dan ia memakan masa lebih dari setengah jam. Kejadian ini bukan berlaku pada saya, tetapi hampir semua rakan-rakan lain yang turut melabuhkan umpan. Tekong Sai Yan juga terpaksa turun padang untuk membantu kami dan hasilnya sangat membanggakan. Ikan yang layak di gelar sebagai monster berjaya di naikkan salah satunya hasil tangkapa daripada saya. Kemudian kami berpindah di lubuk lain yang berhampiran dan banyak lagi ikan bersaiz "monster" yang berjaya dinaikkan.
Struktur dasar laut seperti bukit bukau.
Kekili Electronic terpaksa berkerja keras, lihatlah sendiri bagaimana
rod menahan tekanan daripada ikan.
Saiz Ikan yang layak digelar sebagai "Monster"
Trofi Kerapu dari saya.
Lagi kerapu gergasi
Mama Giant Grouper
Berat...!!
Saiz begini masih dianggap juvanail walaupun berat ikan ini mencecah hampr 5 kg
Giant Grouper ke 2 dari saya.
Setiap lubuk yang disinggahi oleh tekong Sai Yan pasti membuahkan hasil. Cuma saiz ikan berselang seli besar dan kecil sahaja. Walaupun begitu, di hari ketiga ini kami berjaya memperolehi banyak ikan kerapu berbanding hari lain.
Baru satu tempat sudah penuh bakul.
Memancing sampai ke malam
So happy..!!
Tepat pukul 8.00 p.m waktu tempatan, kami menamatkan aktiviti memancing kerapu. Ini kerana keesokkan harinya kami akan pulang ke darat. Selepas makan malam dan mandi, tekong bercadang untuk singgah ke satu unjam berhampiran. Tekong pun perlu berehat kerana tekong bercadang untuk pulang ke daratan pada pukul 2.00 am dan dijangka tiba di jeti antara pukul 10.00 am. Ini bermakna kami mempunyai masa hanya beberapa jam untuk memancing sebelum aktiviti kami menutup tirai.
Night Day 3
Tidak seperti semalam, sotong yang banyak lesap entah ke mana. Kami menggunakan ikan tongkol lebihan umpan pagi tadi sebagai umpan malam. Tanpa dijangka, pada malam terakhir ini masih ada ikan bersaiz besar yang sudi melayan kami.
Malabar Grouper
Green Job fish
Double Malabar Grouper
Close up
Red Emperor from me...
Moray Eel..
Pukul 2.30 am kami melabukan tirai, tekong mula bersiap sedia untuk bergerak pulang ke jeti. Perjalanan pulang akan mengambil masa selama 8 jam. Dijangka kami akan tiba di jeti sekitar pukul 10.00 am. Sebelum tidur, kami berkemas segala peralatan. Rod dan reel di cuci terlebih dahulu di atas bot. Ini supaya tidak membuang masa ketika tiba di jeti memandangkan kami akan menempuhi perjalanan jauh untuk pulang ke KL. Selepas selesai semua barulah kami melelapkan mata.
Ikan dipunggah setibanya di jeti.
Ikan ditimbang untuk menentukan pemenang jack-pot
Terbaik...!!
Tekong Sai Yan
Tekong Sai Yan memakai baju sempena trips kali ini.
Sebelum.....
Selepas......hahahahaha
Bergambar bersama Tekong Sai Yan
Selepas kami selesai memunggah hasil ikan dan alatan memancing. Ikan kami bahagikan sama rata. Setiap tong 120qt yang kami bawa di isi dengan air batu hancur dengan padat supaya tidak mudah cair dan ikan sentiasa segar. Kami meneruskan perjalanan dan sempat singgah untuk makan tengahari.
Lunch
Pemenang jack-pot ketegori "bottom"
Pemenang jack-pot ketegori "jigging"
Memandangkan semua ahli trip terlalu penat untuk mengharungi perjalanan yang jauh. Kami bersetuju untuk bermalam di Hatyai dan akan menyambung perjalanan pulang ke KL seawal pagi esok.
Bandar Hatyai
Sempat shopping membeli buah tangan untuk orang tersayang.
~Tamat~
Set Memancing
Untuk
memancing ikan kertang(Giant Grouper) di Similan Island, Set mesin electronik wajib
digunakan. Ini kerana pemancing memerlukan batu ladung seberat 2kg
sebagai pemberat. Selain tu memancing di kedalaman lebih 200 meter
memerlukan penggunaan tenaga yang banyak jika menggunakan set manual.
Selain itu, ikan Ker jenis ini mampu memberi asakan kuat kepada
pemancing terutamanya apabila kerapu ini berjaya kembali dilubang yang
menjadi tempat perlindungannya. Apabila mengunakan set manual, pemancing
akan lambat membuat karauan dan memberi peluang kepada ikan kertang ini kembali ke kawasan perlindungannya. Jika kejadian ini berlaku, pasti
pemancing akan berputih mata. Tali utama juga perlulah melebihi 300
meter untuk memberi kelebihan kepada pemancing. Untuk set jigging pada
waktu malam, memadai jika menggunakan set jigging PE3-5 bersama mesin
kekili bersaiz 4000-6000 siries. Jig yang digunakan ialah bersaiz 80
gram- 100 gram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan