Yeop, bila hendak ke Tapah? Rohu (Labeo rohita) besar-besar sekarang ini..!! Itulah kata-kata hasutan dari kawan-kawan saya yang tinggal di Tapah, Perak. Akibat tidak tertahan melihat gambar yang di hantar. Satu trip singkat telah diatur untuk memburu Rohu liar. Kami bergerak menuju dari Shah Alam menuju ke daerah Tapah,Perak dengan membawa seribu harapan. Perjalanan ini di sertai oleh Saya, Slimer, Aay dan Boy. Kesemuanya dari team D7L. ManCB akan menanti kami di Tapah nanti. Sepanjang perjalanan, kami banyak bercakap tentang Rohu di lombong-lombong di Tapah, Perak. Kami amat teruja melihat gambar Rohu (gambar di atas) yang dihantar melalui aplikasi Whatapps kepada kami. Lagi pun kami sudah lama tidak memancing dengan Rohu liar yang terkenal dengan kekuatannya sehingga digelar sebagai ikan Kelah Lombong (Lake Masheer). Yang merisaukan kami ialah keadaan lombong yang kami tujui, kerana ini merupakan kali pertama kami memancing di lombong baru ini. Lagi pun Rohu kini seakan-akan semakin bijak mengelak diri daripada umpan kerana terlalu banyak asakan dari pemancing yang memburu spesis ikan ini.
Kami tiba seawal pagi dan inilah lombong yang akan kami duga nanti.
Process membancuh umpan.
Umpan Ikan Rohu yang digunakan.
Rod digunakan lebih daripada satu untuk maksimumkan tangkapan.
Kami menunggu dengan penuh kesabaran.
Selepas beberapa jam kami menunggu, tiada sebarang ragutan dari pada ikan. Umpan sentiasa diperiksa dan ditukar sentiasa. Tetapi kami masih kosong. Tiada seekor ikan pun yang berjaya ditangkap.Memandangkan kami datang dari jauh, kami menanti hingga ke waktu malam. Kini jam sudah menunjukkan jam pukul 8.00 p.m. Ternyata kami kumpau teruk kali ini. Tiada seekor ikan pun sudi menjamah umpan kami. Rakan-rakan yang lain dari kampung berdekatan juga telah tiba untuk menemani kami memancing. Selepas puas memancing menggunakan dedak, kami bertukar kepada umpan cacing pada waktu malam. Dan akhirnya......
Memancing sampai ke malam.
Ikan Ketutu (Marble Sleeper atau Marble Goby) milik Boy memecah keheningan selepas memancing hampir 12 jam.
Lokan (fresh water Clam) juga meratah umpan cacing milik saya.
Hanya seekor ikan Baung yang berjaya ditangkap.
Itu sahaja tangkapan yang kami perolehi sepanjang hari di Daerah Tapah. mungkin bukan rezeki kami kali ini. Kami bergerak pulang tepat pukul 11.00 pm. Apa yang pasti, trip kali ini kami kumpau teruk. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami dan kami pasti akan kembali ke sini untuk membalas dendam.
Tamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan