Jumaat, 10 April 2015

Umpan Patin Abg Fabio Part II



Sambungan daripada entry sebelum ini yang bertajuk Umpan Patin Abg Fabio Part I, Saya ingin kongsikan satu lagi resepi umpan patin yang berjaya saya korek dari seorang teman yang bernama Abg Fabio. Beliau merupakan salah sorang hardcore kolam bayar yang wujud di negara ini. Umpan yang ingin saya kongsikan ini, belum pernah dicuba oleh saya kerana kesibukan masa yang menghadkan saya ke kolam bayar. Tetapi telah terbukti berhasil ketika Abg Fabio menggunakannya. Jika ada yang ingin mencubanya, silakan dan ingin dimaklumkan umpan ini tidak di jamin 100% menjadi kerana jika anda seorang pemancing kolam, pasti anda paham dengan kerenah ikan kolam yang sering bertukar-tukar selera.

Ramuannya


Kelapa Parut (Sebiji kelapa)

1 tin Ice Cream Soda jenama F&N



1 Peket kecil Aji-no-moto

Roti dipotong dadu


Cara-caranya:

Campurkan Kelapa parut , Ais Cream Soda dan Ajinomoto di dalam satu bekas yang boleh ditutup.
Peram semalaman dan gaulkan bersama roti yang dipotong dadu apabila hendak menggunakan pada keesokkan harinya. Lihat mudah tetapi sebenarnya ramuan ini sukar dibuat. Ini kerana untuk mendapatkan bau harum ais cream soda yang matang amat sukar. Digalakkan menggunakan kelapa parut daripada kelapa yang masih muda dan tidak terlalu tua. Jumlah soda yang hendak digaulkan juga perlu bersesuaian supaya bau yang dihasilkan kuat dan harum. Cuba membuat kajian sebelum mengunakan umpan ini. Anda juga boleh pelbagaikan ramuan ini mengikut creativity masing-masing

Selamat mencuba.

Nota: Keberkesanan ramuan umpan ini tidak dijamin 100%, kita hanya berusaha dan Allah itu pemberi rezeki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan