Throwback - Pada mulanya saya menerima jemputan khas dari rakan FB untuk mencuba memancing di sebuah empangan yang berhampiran dengan rumahnya. Saya mula mencari infomasi di internet tentang tempat yang di maksudkan oleh beliau. Saya memohon maaf kerana tidak boleh mendedahkan lokasi empangan ini kerana beberapa faktor keselamatan. Empangan ini dijaga ketat oleh pihak berkuasa dan terkenal dengan faktor-faktor mistik, Maka perjalanan saya ke kediaman rakan saya bermula.
Untuk sampai ke empangan ini, perjalanannya sangat sukar. Mujur kami datang dengan pacuan 4 roda. Kami terpaksa melalui jalan balak selama hampir 3 jam. Perjalanan semakin sukar kerana faktor hujan menyebabkan perjalanan kami mengambil masa lama. Setibanya di sana, kami menyewa beberapa buah bot fibre kepunyaan pemilik kebun yang terletak di tepi empangan ini. Kami bercadang untuk menginap dan berkhemah di sini selama 2 hari 2 malam.
Group photo sebelum memancing.
Bot fibre yang disewa oleh kami.
Nasib tidak begitu meyebelahi kami, Walaupun hujan sering turun, keadaan empangan ini amat berbeza sekali. Keadaan empangan ini sangat kering dan surut. Keadaan ini menyukarkan lagi aktiviti kami dan ianya amat berisiko tinggi. Tunggul kayu banyak timbul dipermukaan air dan ianya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka. Saya dimaklumkan bahawa pihak pengurusan empangan ini terpaksa membuang air yang berlebihan untuk mengelakan banjir. Memandangkan kami telah tiba di sini, kami tetap meneruskan rancangan kami walaupun sedar risiko yang bakal kami hadapi.
Lihatlah betapa surutnya air ketika kunjungan kami.
Mula memancing
Hari pertama kami di sini tidak memberi sebarang hasil yang membanggakan. Memandangkan kami pertama kali ke sini, kami hanya mengamalkan try & error sepanjang hari pertama. Kami hanya mencuba-cuba untuk casting dan bottom di segenap pelusuk empangan ini. Faktor air kering juga menyukarkan kami untuk masuk ke kawasan yang dianggap berpontesi. Riak ikan di permukaan air juga amat kurang dan kami membuat keputusan pulang ke daratan pada waktu petang.
Apabila dah "Kumpau"
Keesokkan harinya kami mula memancing pada awal pagi. Kami mula bergerak dan berpecah kepada dua kumpulan seawal pukul 6.00 a.m. Kelihatan pada awal pagi ikan lebih aktif dan boiling dipermukaan air. Walaupun begitu, balingan lure yang kami gunakan tidak dapat memujuk ikan. Pelbagai jenis lure dan spoon kami gunakan tetapi masih gagal. Ikan di sini seakan-akan graduan universiti dan sangat pandai membezakan lure yang kami gunakan. Sehingga salah seorang rakan kami mendapat sambaran dari ikan Sebarau. Rupa-rupanya ikan sebarau di sini dapat di pujuk menggunakan micro jig berwarna pink.
Suasana Awal Pagi
1st Strike dari Sifu Pachai.
Selepas mendapat rentak, kami mula mendapat sambaran dari Ikan Sebarau. Hanya ikan Sebarau yang sudi melayan kami. Kami kecewa kerana ikan Toman tidak berjaya di daratkan. Walaupun beberapa kali mendapat strike ikan toman, nasib kami tidak begitu baik kerana tewas di pertengahan perlawanan. Selepas puas dengan aktiviti casting, kami bertukar kepada aktiviti memancing dasar pada waktu petang. Dengan mengunakan umpan cengkerik, kami berpesta dengan sambaran dari ikan Lais. Walaupun ikan Lais bersaiz kecil, tetapi sifatnya yang berkumpulan dengan jumlah yang banyak amat menghiburkan kami. Untuk lebih puas, kami hanya menggunakan set Ultra Light dipadankan dengan tali 4lb. Walaupun ikan ini lebih aktif pada waktu malam, kami tanpa henti-henti menaikan ikan Lais dengan banyak. Selepas puas melayan pancingan dasar, kami mengambil keputusan untuk pulang ke daratan sebelum malam. Memandangkan kami tidak biasa dengan empangan ini, kami tidak mahu mengambil risiko untuk memancing pada waktu malam. Lagipun penglihatan yang terhad boleh menyebabkan kami berlanggar dengan tunggul kayu yang banyak di permukaan air.
Casting sampai puas
Sebarau lagi dari Amri
Dia lagi !!
Lubuk Ikan Lais
Berpesta ikan Lais pada waktu petang.
Setibanya di daratan, kami berehat dan membuat persediaan untuk pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan awal pagi. Sebahagian tangkapan hari ini, kami jadikan hidangan makan malam. Walaupun hasil keseluruhan tidaklah seperti di jangka, tetapi kami amat berterima kasih atas jemputan kami ke sini dan memberi pengalaman baru kepada kami.
Sebahagian tangkapan kami untuk dijadikan hidangan makan malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan