Isnin, 4 September 2017

Throwback - Relaxed @Chamang Waterfall


Agak membosankan apabila berhadapan dengan stress bekerja dan hiruk pikuk di bandar setiap hari. Maka jemputan dari salah seorang ahli D7L (Click Here) untuk berehat-rehat sambil memancing di Air Terjun Chamang pada hari minggu tidak saya sia-siakan. Agak pelik mulanya apabila di beritahu lokasi ini mempunyai hasil ikan yang sangat mengujakan. Maklumlah apabila kawasan air terjun yang menjadi lokasi popular dengan kehadiran ribuan orang setiap hujung minggu masih mempunyai bilangan ikan yang banyak. 

Lokasi Air Terjun Chamang (Click Here)



Sesi Mengangkat Motosikal a.k.a Kapchai

Jika berniat untuk memancing di sana, disarankan supaya menaiki motosikal kerana lokasi untuk memancing hanya boleh di access melalui jalan denai yang sempit. Oleh kerana kami dari Kuala Lumpur, maka pacuan empat roda digunakan untuk mengankut motosikal. Lebih mudah dan tidak meletihkan untuk menungang kapchai dari Kuala Lumpur ke Air Terjun Chamang. 




Seperti dijangka, ketibaan kami di sana di sambut dengan ratusan penggunjung lain. Memang meriah kawasan di sana yang menjadi tempat bersantai dan berehat-rehat ahli keluarga. Selepas memilih kawasan yang sesuai, kami terus mendirikan khemah untuk berteduh. Di kawasan utama tidak dibenarkan memancing kerana dikhutiri akan mencederakan pengunjung lain yang sedang bermandi manda. Maka kami bergerak mengunakan motosikal melalui kawasa denai yang jauh dari penggunjung Air terjun Chamang.










Dengan berbekalkan Sawit Peram, beberapa spot berpotensi telah dicuba. Terbukti benar, tanpa menunggu lama umpan kami disambar ikan. Kawasan lebih atas menghasilkan lebih banyak ikan bersaiz kasar. Ikan Tengas banyak kami perolehi tanpa menunggu lama. Sempat juga kami bermandi manda sambil memancing.












Apabila petang tiba, kami pulang ke kawasan perkhemahan. Ketika waktu tersebut pengunjung lain mula pulang ke remah sedikit demi sedikit. Peluang tersebut kami gunakan untuk bermandi manda dengan sepuas-puasnya.




Masa untuk Mandi

Selepas waktu Magrib, hanya kumpulan kami yang berada di kawasan ini. Selepas makan malam, kami mencuba-cuba untuk memancing di kawasan utama ialatu di hadapan khemah kami. Tetap tidak mengecewakan, Ikan tengas masih menghentam umpan sawit kami pada waktu malam. Rupa-rupanya di kawasan utama mandi-manda pengunjung di sini masih terdapat ikan yang banyak. memancing menggunakan set ringan sangat mengasyikkan. Set saya yang menggunakan Rod berkekuatan 4lb-8lb di gandingkan dengan kekili 1000 siri melengkung kuat di tarik Ikan Tengas. 




Selepas puas memancing, sesi membakar hasil tangkapan pula di sambung. Menjamu selera ikan Tengas yang segar sangat membuka selera. Tidak dinafikan, Air Terjun Chamang sangat sesuai untuk memancing dan berehat-rehat. Selain terkenal dengan lokasi riadah keluarga, Air Terjun Chamang juga kaya dengan ikan Sungai Pergunungan.












Jika anda hendak ke sana, memancing la dengan etika. Lepaskan semula ikan bersaiz kecil dan ambil ikan yang benar-benar perlu sahaja supaya populasi ikan Tengas di Air Terjun Chamang masih terpelihara. Untuk Casting di sana, baik lupakan sahaja kerana saya telah mencuba segenap pelusuk untuk casting dengan pelbagai gewang, spoon dan soft plastik, tetapi hampa. Hanya pancingan dasar yang lebih meriah di sini. Kami pasti kembali ke sini kerana Chamang benar-benar memberi kami kepuasan dari segi memancing dan berehat hujung minggu.

1 ulasan:

  1. memang cantik pemandangan kat sini...tak dapat ikan pun tak apa...hihihi

    BalasPadam