Rabu, 12 September 2012

Cara Mudah Untuk Membuat Assist Hooks Jig




Memang menyakitkan hati apabila berlakunya kes kehabisan assist hooks ketika sedang jigging dan ketika itu pula ikan sangat rancak menghentam jig yang dihulurkan.  Selain itu juga mungkin amat menyakitkan hati apabila melihat harga assist hooks yang amat mahal dijual di kedai memancing. Tidak banyak yang boleh di beli sedangkan koleksi jig besi yang hendak digunakan semasa jigging nanti amat banyak. Penyelesaiannya ialah membuat sendiri assist hooks. Lebih murah dan mudah jika hendak dibandingkan dengan assist hooks yang dijual dipasaran.
Sebenarnya pelbagai cara dan teknik untuk membuat assist hooks. Tetapi di sini saya memilih untuk berkongsi cara membuat assist hooks yang paling mudah dan pantas. Cara ini amat sesuai digunakan oleh pemancing yang masih beginner ataupun yang sedang mencuba-cuba belajar teknik jigging.

Mula-mula sekali sediakan peralatan tersebut.
Lebihan baided line atau tali benang.

Mata kail, Split ring dan Shrink Tube



Mula-mula sekali, potong lebihan tali braided. Panjangnya tali dan saiz matakail terpulang kepada kemahuan masing-masing. Jika tali tersebut tidak cukup tebal. Gandakan tali tersebut sehingga yakin tali tersebut benar-benar telah kuat. Seperti gambar di bawah ini, saya menggandakan tali berkekuatan 80lb kepada 2 kali . Ini bermakna tali yang dihunakan ini akan mempunyai kekuatan sebanyak 160lb. Tips: Panjang assist hooks hendaklah  1/2 atau 3/4 dari  panjang jig besi yang hendak digunakan.


Masukkan split ring di tengah-tengah tali tersebut dan simpulkan pada satu arah.


Kemudian masukkan shrink tube dan ikat pada mata kail seperti gambar di bawah.


Panaskan Shrink tube dengan api dan jig kevlar tersebut boleh digunakan bersama jig besi serta merta


Cara ini juga boleh digunakan jika anda mempunyai tali kevlar yang dikhaskan untuk jigging.

Mudah bukan. Kurang 5 minit untuk menyediakan assist hooks. 
Selamat mencuba


10 ulasan:

  1. Kalau jigging ni paling cetek berapa meter baru boleh layan ha bang? kalau kat Sandakan ni paling dalam saya pernah pegi 8o meter. ok ke kalau nak jigging?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan mayong,
      Boleh refer link ini untuk keterangan lebih lanjut

      http://maxxpeacock.blogspot.com/2012/02/jigging-method.html

      Padam
  2. wslm... ok thanx, panggil mayong jer bang

    BalasPadam
  3. bro.. mana lg bagus panjang assist hook tu? panjang/pendek ? kalau lebih dari separuh panjang jig lg bagus ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan Tanpa Nama,
      panjang assit hook yang kerap digunakan ialah 1/2 atau 3/4 dari panjang jig besi yang hendak digunakan. Ini kerana untuk memastikan mata kail dapat tertacap betul2 di mulut ikan. sebenarnya panjang assit hook ini bergantung pada jenis ikan yang hendak di pancing. bagi saya..panjang 3/4 atau lebih dari separuh panjang jig adalah yang terbaik...

      Padam
    2. Mengenai soalan tuan, panjang assit hook ini penting untuk meningkatkan peratusan mendapat ikan.Assit hook bukan yang menentukan gaya renangan jig yang hendak digunakan. gaya renangan jig bergantung pada teknik yang tuan digunakan.

      Padam
  4. Bro... hook jenis ape dan size yg sesuai digunakan ?

    BalasPadam
  5. Rel OH paling Kuat untuk jigging kalau boleh tau berapah harga harga daiwa sal tiga 10Hl

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. asist jig ni bole pakai mcm biasa, gantikn perambut?

    BalasPadam