Memang menyakitkan hati apabila berlakunya kes kehabisan assist hooks ketika sedang jigging dan ketika itu pula ikan sangat rancak menghentam jig yang dihulurkan. Selain itu juga mungkin amat menyakitkan hati apabila melihat harga assist hooks yang amat mahal dijual di kedai memancing. Tidak banyak yang boleh di beli sedangkan koleksi jig besi yang hendak digunakan semasa jigging nanti amat banyak. Penyelesaiannya ialah membuat sendiri assist hooks. Lebih murah dan mudah jika hendak dibandingkan dengan assist hooks yang dijual dipasaran.
Sebenarnya pelbagai cara dan teknik untuk membuat assist hooks. Tetapi di sini saya memilih untuk berkongsi cara membuat assist hooks yang paling mudah dan pantas. Cara ini amat sesuai digunakan oleh pemancing yang masih beginner ataupun yang sedang mencuba-cuba belajar teknik jigging.
Mula-mula sekali sediakan peralatan tersebut.
Lebihan baided line atau tali benang.
Mata kail, Split ring dan Shrink Tube
Mula-mula sekali, potong lebihan tali braided. Panjangnya tali dan saiz matakail terpulang kepada kemahuan masing-masing. Jika tali tersebut tidak cukup tebal. Gandakan tali tersebut sehingga yakin tali tersebut benar-benar telah kuat. Seperti gambar di bawah ini, saya menggandakan tali berkekuatan 80lb kepada 2 kali . Ini bermakna tali yang dihunakan ini akan mempunyai kekuatan sebanyak 160lb. Tips: Panjang assist hooks hendaklah 1/2 atau 3/4 dari panjang jig besi yang hendak digunakan.
Masukkan split ring di tengah-tengah tali tersebut dan simpulkan pada satu arah.
Kemudian masukkan shrink tube dan ikat pada mata kail seperti gambar di bawah.
Panaskan Shrink tube dengan api dan jig kevlar tersebut boleh digunakan bersama jig besi serta merta
Cara ini juga boleh digunakan jika anda mempunyai tali kevlar yang dikhaskan untuk jigging.
Mudah bukan. Kurang 5 minit untuk menyediakan assist hooks.
Selamat mencuba
Kalau jigging ni paling cetek berapa meter baru boleh layan ha bang? kalau kat Sandakan ni paling dalam saya pernah pegi 8o meter. ok ke kalau nak jigging?
BalasPadamSalam tuan mayong,
PadamBoleh refer link ini untuk keterangan lebih lanjut
http://maxxpeacock.blogspot.com/2012/02/jigging-method.html
wslm... ok thanx, panggil mayong jer bang
BalasPadambro.. mana lg bagus panjang assist hook tu? panjang/pendek ? kalau lebih dari separuh panjang jig lg bagus ker?
BalasPadamSalam tuan Tanpa Nama,
Padampanjang assit hook yang kerap digunakan ialah 1/2 atau 3/4 dari panjang jig besi yang hendak digunakan. Ini kerana untuk memastikan mata kail dapat tertacap betul2 di mulut ikan. sebenarnya panjang assit hook ini bergantung pada jenis ikan yang hendak di pancing. bagi saya..panjang 3/4 atau lebih dari separuh panjang jig adalah yang terbaik...
Mengenai soalan tuan, panjang assit hook ini penting untuk meningkatkan peratusan mendapat ikan.Assit hook bukan yang menentukan gaya renangan jig yang hendak digunakan. gaya renangan jig bergantung pada teknik yang tuan digunakan.
PadamBro... hook jenis ape dan size yg sesuai digunakan ?
BalasPadamRel OH paling Kuat untuk jigging kalau boleh tau berapah harga harga daiwa sal tiga 10Hl
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamasist jig ni bole pakai mcm biasa, gantikn perambut?
BalasPadam