Sabtu, 27 September 2014

Maxx Peacock Fish Encyclopedia - Fresh Water Volume 1


 
 
Mengenali jenis-jenis ikan adalah pengetahuan asas yang perlu ada pada diri seorang pemancing. Bagi yang sudah lama menceburi arena memancing ini tidak mennjadi masalah dalam mengenali ikan-ikan yang di pancing. Tetapi bagi yang baru menceburi bidang ini pasti keliru atau tidak mengenali segelintir ikan-ikan. Oleh itu saya menwujudkan Fish Encyclopedia sebagai rujukan. Encyclopedia ini akan saya update dari semasa ke semasa.
 
 

Ikan Sebarau (Jungle Perch)

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia. Ikan Sebarau merupakan ikan air tawar yang menjadi target utama kaki casting. Banyak tinggal di sungai-sungai terutamanya di sungai pergunungan yang masih belum tercemar. Ikan Sebarau amat gemar tinggal di sungai-sungai yang mengalir deras.


Umpan: Lure, anak ikan, udang air tawar, katak, Serangga

 
Ikan Bagoh (Spanner barb)

Ikan Bagoh merupakan ikan air tawar tropika. Nama sainsnya Puntius lateristiga.

Ikan Bagoh sering terdapat di sungai berjeram, berbatu dan juga air-air terjun di sekitar Malaysia dan Borneo.


Umpan:  anak-anak ikan dan juga udang, cengkerik, dan cacing.

 


 
Ikan Tengas (Copper Masheer)

Nama scientifiknya Neolissochilus hexagonolepis, dulu Acrossocheilus hexagonolepsis juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Sering di salah ertikan sebagai ikan Kelah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia. namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya. Ikan-ikan ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.

Menjadi sasaran wajib bagi pemancing di sungai pergunungan kerana isinya yang lazat serta nilai harga yang mahal di pasaran Malaysia.


Umpan: Biji Sawit Peram, buah ara, anak katak,cengkerik, Ulat lundi & cacing

 
Ikan Rong

Ikan Rong amat mudah ditemui di sungai-sungai di negara kita. Populusi banyak terdapat di sekitar Perak, Pahang , Terengganu dan Kelantan. Ikan ini lebih popular dijadikan sebagai ikan pekasam. Amat mudah dipancing kerana ikan ini gemar bergerak secara kumpulan


Umpan: Hirisan Sawit, Cacing , Cengkerik
 

Selasa, 2 September 2014

Kenali & Cara-cara memancing ikan Merah




Ikan Merah atau lebih dikenali sebagai Red Snapper (Lutjanus campechanus) merupakan ikan yang amat terkenal dikalangan pemancing. Tidak kira dimana sahaja pelosok dunia, semuanya mengenali ikan ini.  Di Negara kita ikan merah merupakan hidangan wajib untuk setiap masakan tempatan. Justeru permintaan yang tinggi di pasaran menyebabkan harga ikan ini melambung tinggi.  Selain itu isinya yang enak menyebabkan ikan ini sentiasa menjadi sasaran kaki mancing.
Di Malaysia, ikan ini terdapat di seluruh pelosok lautan kita. Tidak kira di mana sahaja,ikan ini amat mudah di dapati terutamanya di kawasan yang terdapat karang dan kapal karam. Antara ikan-ikan yang tergolong dari keluarga ikan Merah yang terdapat di perairan kita ialah:
  1. Ikan Merah (Lutjanus campechanus)
  2. Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
  3. Ikan Merah Mentimun
  4. Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
  5. Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo)
  6. Ikan Merah Ekor Sabit a.k.a Ruby Snapper
  7. Ikan Merah mata hitam
  8. Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Ikan Merah mampu membesar hingga belasan kilo. Tidak mengejutkan jika ada pemancing yang berjaya memancing specis ini yang bersaiz monster.
Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo) 
Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
 Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Umpan Ikan Merah
Memancing ikan merah amat mudah. Ikan ini tidak terlalu memilih umpan. Tidak kira umpan segar ataupun busuk, pasti dimakannya. Antara umpan-umpan popular yang digunakan untuk memancing ikan merah ialah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...