Lama sudah rasanya saya tidak melayan ikan pelagik terkenal di negeri Perak iaitu PB ataupun Peacock Bass. Penduduk tempatan mengelar ikan ini sebagai ikan Raja. Negeri Perak memang terkenal dengan lambakkan lombong dan tasik-tasik tinggal hasil perusahaan bijih besi dan timah pada masa dahulu. Kebiasaannya saya berkunjung ke sini semata-mata ingin mencari ikan Rohu yang lebih havoc dan kuat melawan tetapi kali ini saya dalam misi mencari ikan Peacock Bass. Walupun saya bukan pemakan ikan berwarna kuning terang ini, tetapi kerakusan ikan apabila memakan lure membuatkan saya tidak senang duduk untuk memancingnya
Walaupun ada ribuan lombong tinggal di Daerah Tapah, Bidor atau Kampar, tidak semuanya di diami oleh Peacock Bass. Untuk mencari lokasi di mana terdapatnya ikan PB yang banyak, kita terpaksa mencuba di segenap lombong yang ada.
Saya tiba di pekan tapah pada pukul 6.30 pagi. Selepas bersarapan, saya menuju ke satu lokasi yang dikatakan mempunyai ikan PB yang banyak. Dengan berbekalkan maklumat perjalanan dari Waze, saya dan rakan sesat lebih sejam mencari lokasi. Setelah puas berpusing-pusing mencari jalan, akhirnya kami tiba di lokasi yang dimaksudkan.
Gambar Lokasi
Dengan berbekalkan set saya yg superlight iaitu Casting Rod St Croix PE 0.8 dengan padanan Spinning Reel Shimano 1000 series dan mainline 6lb, saya terus melontarkan gewang micro ke dasar air. Balingan pertama terus diterkam oleh ikan PB dengan rakus. Walupun banyak terdapat PB di sini, saiznya kebanyakannya masih juvenile.
Memancing secara land base
Balingan pertama terus di sambar oleh Peacock bass