Isnin, 24 Jun 2013

Conquest of Similan Island - Part 2



Hari pertama di Perairan Similan Island, Phuket telah pun berlalu. Hasil yang berjaya diperolehi pada malam pertama boleh dibanggakan. Banyak ikan karang dan predator yang berjaya dinaikkan. Sementara menanti matahari terbit, kami mengambil kesempatan untuk berehat. Keletihan akibat perjalanan yang jauh dan sukar untuk tiba di Thap Lamu Pier, Phuket mula terasa. Ada baiknya kami tidur untuk menyimpan tenaga sebelum meneruskan perjuangan menawan ikan gergasi di perairan ini pada waktu pagi hari ke-2.

Selepas dapat melelapkan mata beberapa jam, kami mula berjaga pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan. Tekong Sai Yan bercadang untuk menduga kawasan drop off sedalam 200 meter di barat Similan Island.

Day 2


Inilah tekong Sai Yan yang berpengalaman mengendalikan bot di kawasan Similan Island, cuma yang menyukarkan kami ialah beliau tidak fasih berbahasa english. Komunikasi kami antara seakan-akan ayam dan itik. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk kami berkomunikasi kerana tekong Sai Yan sentiasa berusaha berkomunikasi bersama kami melalui bahasa isyarat dan gambar-gambar ikan.


Batu ladung seberat 2kg terpaksa digunakan sebagai pemberat supaya umpan betul-betul sampai ke dasar.



 Lagi ikan laut dalam dari Zul.





Isnin, 17 Jun 2013

Conquest of Similan Island - Part 1




Andaman Sea merupakan salah satu tempat memancing yang terkenal serata Asia Tenggara. Lautan yang merangkumi 4 negara iaitu Negara Thailand, Myanmar, Indonesia dan Nicobar merupakan syurga pemancing untuk memperolehi ikan bersaiz gergasi. Yellow fin Tuna, Ruby Snapper, Giant Grouper, Wahoo, Dog tooth tuna, Black Marlin dan banyak lagi spesis ikan yang boleh dipancing di Andaman Sea. Pemancing  yang memancing di sini sentiasa pulang dengan hasil yang sangat membanggakan Impian untuk memancing di perairan Andaman  Sea telah lama saya mimpikan.

Akhirnya peluang mengunjungi Andaman Sea telah terbuka sebaik sahaja saya menerima jemputan dari Team D7L untuk mengunjungi perairan Laut Andaman. Apabila bercerita tentang Andaman Sea, pastinya pemancing akan terfikir tentang spot terkenal di Andaman Sea iaitu "Burma Bank ". Burma Bank merupakan lokasi paling popular di Andaman Sea. 

Tetapi kunjungan saya kali ini di Similan Island di Phuket. Walaupun kos dan perjalananya separuh dari perjalanan ke Burma Bank, Perairan Andaman di Similan Island mampu memberi kepuasan seperti berkunjung ke Burma Bank. Ikan-ikan yang terdapat di sana sama seperti yang terdapat di Burma Bank.

Perjalanan kami bermula dari bandar Kuala Lumpur. Sebanyak 3 buah kenderaan pelbagai guna akan berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Phuket. Kami akan melalui perjalanan sejauh 1200km sehala untuk ke Phuket. Ini bermakna perjalanan pergi balik ialah sejauh 2400km. Kami bergerak pada pukul 12 malam dan selepas memandu selama 23 jam, akhirnya kami tiba di Phuket. Walaupun kami tiba di salah satu pusat peranginan terkenal dunia, semuanya tidak dipedulikan oleh kami gara-gara terlalu letih mengharungi perjalanan yang amat jauh. Kami hanya singgah untuk menatapi makan malam dan masa selebihnya digunakan untuk tidur.

Keesokkan harinya, kami bangun seawal pukul 6 pagi untuk bergerak menuju ke jeti di Thap Lamu Pier. Perjalanan ke sana mengambil masa perjalanan selama hampir 2 jam. Selepas melalui perjalanan yang amat jauh akhir nya sampai jua kami di jeti.


 Perjalanan yang jauh lagi memeritkan semata-mata untuk memancing

Berhenti rehat dan menunaikan solat di masjid Krabi Thailand

Masjid Krabi Thailand

Harga minyak petrol dan diesel di Thailand. Mana boleh tahan..!!

 Selepas seharian memandu, akhirnya kami tiba di
Thap Lamu Pier.

 Suasana di jeti Thap Lamu Pier.

 Jeti yang sangat bersih dan luas

Kerjasama mengangkat barang-barang makanan dan kelengkapan memancing


Bergambar di jeti

Selepas selesai memunggah barang-barang memancing dan makanan. Kami menanti ketibaan bot milik tekong Sai Yan berlabuh.

 Bot yang akan kami naik untuk memancing


Selasa, 11 Jun 2013

Dewan Kegemilangan - 15




Artikal saya bertajuk "Mengidam Piraracu AmazonBkk Bangkok" telah terpilih untuk diterbitkan di ruangan Antarabangsa Majalah Umpan Mei-Jun 2013.

Jutaan terima kasih kepada Editor Majalah umpan kerana sudi memberi peluang menerbitkan hasil penulisan saya. Majulah Sukan Memancing untuk Negara.





Untuk cerita lebih lanjut sila klik: Sini

Isnin, 3 Jun 2013

Top 5 ikan Tenggiri terberat di dunia





Ikan tenggiri yang dikenali sebagai torpedo atau peluru berpandu lautan pasti memberi cabaran hebat apabila berjaya di pancing. Walupun begitu amat sukar untuk memperolehi ikan tenggiri yang layak digelar gergasi. Ini kerana permintaan ikan ini di pasaran menyebabkan ikan ini tidak mampu membesar hingga maximum. Tetapi terdapat juga beberapa pemancing yang dapat menangkap ikan tenggiri gergasi diseluruh dunia yang melayakkan mencipta rekod dunia. Mari kita lihat top 5 ikan tenggiri yang terbesar dan terberat di dunia.


No 5

Ikan tenggiri jenis Narrow-barred spanish mackeral seberat 37kg(81.5 pounds) berjaya ditangkap oleh Ryan Springall's pada 5 May 2001 di Madjimba Island, Australia.

No 4



Barry Paxman berjaya mencipta rekod tangkapan pada 29 Sept 2001 untuk rekod tangkapan terbesar bagi ketegori ikan tenggiri jenis  Narrow-barred spanish mackeral seberat 37.2 kg (81.9 pounds) di Muiron Island, Australia. Rekod ini hanya bertahan selama setahun sahaja selepas dipecahkan oleh pemancing lain.

No 3


Rekod tangkapan ikan tenggiri jenis Narrow-barred Spanish di perbaharui oleh Ian Fearnley dengan tangkapan seberat 39.5kg ( 87 pounds) di Murion Island, Australia pada 1 Jan 2002

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...