Ikan Kerapu (Grouper) adalah antara ikan paling popular di negara kita, tak kira di mana sahaja pasti terdapat peminat ikan kerapu ini. Permintaan yang tinggi terhadap spesis ikan serta harga yang tinggi dipasaran di Malaysia telah membuatkan pemancing sentiasa memburu ikan ini. Pemancing sanggup meredah lautan lepas selama berhari-hari semata-mata untuk memancing ikan kerapu ini yang mempunyai rasa yang lazat apabila di jadikan hidangan.
Kita sebenarnya di Malaysia amat bertuah kerana taburan ikan kerapu banyak di perairan negara kita. Oleh kerana itulah ikan kerapu amat mudah dipanciing dimana-mana kawasan air masin dan muara sungai di negara kita. Ikan kerapu sebenarnya mempunyai banyak jenis dan hanya beberapa jenis sahaja yang menjadi buruan pemancing. Setiap spesis juga mempunyai nilai harga yang berlainan bergantung kepada permintaan. Di sini saya ingin berkongsi kepada pengunjung maklumat tentang ikan kerapu di negara kita.
Kita sebenarnya di Malaysia amat bertuah kerana taburan ikan kerapu banyak terdapat di perairan negara kita. Oleh kerana itulah ikan kerapu amat mudah didapati di
peraran kita. Ikan kerapu sebenarnya mempunyai banyak jenis dan hanya
beberapa jenis sahaja yang menjadi buruan pemancing. Setiap spesis juga
mempunyai nilai harga yang berlainan bergantung kepada permintaan. Di
sini saya ingin berkongsi kepada pengunjung maklumat tentang ikan
kerapu di negara kita.
Antara spesis-spesis kerapu yang menjadi buruan kaki pancing di Malaysia ialah:
Kerapu Bara
Nama
Saintifik : Epinephelus retouti
Nama umum : Red-tipped grouper
Nama umum : Red-tipped grouper
Jangan sangka warna ikan ini yang berwarna merah menyala ini tidak sedap di makan. Kerapu yang berwarna merah membara ini sememang
telah menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut. Tidak
seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan
ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu. Ikan ini banyak terdapat di perairan Asia Tenggara. Ikan ini menjadikan kawasan karang dan batu sebagai tempat tinggalnya
Umpan: Dimana ada kerapu, pasti ada kerapu
bara. Begitu mudahnya untuk memperolehi ikan kerapu bara jika kena dengan
lubuknya. Maka umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan
untuk memancing ikan kerapu biasa. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk
memancing ikan ini.
Anggaran
Harga: RM16-RM18/kg (harga peraih)
Kerapu Boron/Bintik/Karang
Nama
saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama umum: Malabar grouper
Nama tempatan: Kerapu
Nama umum: Malabar grouper
Nama tempatan: Kerapu
Ikan kerapu ini merupakan ikan yang paling mudah
ditemui di perairan kita. Tidak kira perairan berpasir atau pun berlumpur. Ikan
kerapu pasti mudah didapati jika terdapat kawasan lubang, karang dan apa-apa
struktur yang boleh dijadikan pelindungannya. Ikan kerapu spesis ini juga boleh didapati di struktur berbatu di tepi pantai dan kawasan berkarang. Tetapi ikan -ikan yang terdapat di kawasan tersebut hanya mempunyai saiz yang kecil dan mencecah berat antara kurang 2kg
Kerapu boron sebenarnya ikan kerapu yang sama, cuma ianya di gelar sebegitu kerana merujuk kepada
saiznya yang telah menjadi besar. Ikan Kerapu ini mampu membesar sehingga mencecah berat 40 kg. Berlainan dengan ikan kerapu ini yang bersaiz juvanail, Ikan Kerapu boron lebih aktif
pada waktu malam dan suka tinggal di kawasan lubang di tengah laut. Apabila ikan ini menjadi besar, ikan ini bersikap territory dan akan tinggal bersama pasangannya di dalam lubang yang sama.
Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan
boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi Kerapu Boron.
Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong
hidup merupakan umpan kegemarannya. Selain itu penggunaan ikan selar atau
kembung hidup juga mampu membuka selera ikan ini. Ikan ini juga boleh
diperdayakan oleh gewang jig besi.
Anggaran Harga: RM30/kg (harga peraih)
Kerapu Pisang/Sunuh
Nama
Saintifik : Plectropomus pessuliferus
Nama umum : Roving coralgrouper
Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh
Nama umum : Roving coralgrouper
Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh
Ikan Kerapu pisang merupakan ikan yang paling
bernilai tinggi dikalangan keluarga ikan
kerapu. Ikan yang mempunyai bintik-bintik kuning ini mempunyai isi yang lazat untuk
dijadikan hidangan telah membuatkan setiap pemancing pasti mengidamkan untuk
memancing ikan kerapu pisang. Ikan ini banyak mendapat pemintaan di restoran
mewah dan hotel-hotel. Akibat sering diburu oleh pemancing dan nelayan, ikan ini amat sukar didapati di perairan kita.
Umpan: Umpan isi ikan atau sotong boleh
digunakan untuk memperdayakan ikan pisang. Di setengah kawasan, ikan ini juga
boleh dipancing menggunakan jig besi
Anggaran
Harga: RM35/kg (harga peraih) RM75/kg (harga Restoran)
Ikan Kertang
Nama
saintifik: Epinephelus lanceolatus
Nama umum: Giant grouper
Nama tempatan: Kertang
Nama umum: Giant grouper
Nama tempatan: Kertang
Kertang yang tergolong dari keluarga kerapu
ini amat sinonim di kolam pancing air masin. Di kolam air masin commercial, ikan Kertang lebih dikenali
sebagai ikan naga. Perbezaan ikan kertang dengan ikan boron, ikan kertang
mempunyai warna yang gelap serta sirip yang berwarna sedikit kekuningan atau
kehitaman. Mata ikan Kertang lebih besar sedikit jika dibandingkan dengan
ikan Boron. Sama sifatnya dengan keluarga kerapu lain. Ikan kertang mendiami
lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa. Selain itu,
ikan ini boleh didapati di kawasan perairan yang mempunyai kedalaman 150-200
meter. Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada
kediamannya. Kini ikan kertang telah dibela oleh pengusaha ikan kerana
pemintaannya yang tinggi di kolam pancing mahupun di restoran. Selain itu
harganya yang mahal membuatkannya menjadi buruan kaki pancing. Tempat popular
untuk memancing ikan kertang di Malaysia ialah di perairan Spartly dan
Lacornia yang mempunyai ke dalaman lebih 150 meter.
Umpan: Ikan ini tidak begitu memilih umpan.
Apa saja akan makannya sekiranya umpan betul-betul dilabuhkan di depan muka. Pemancing
perlu tahu kedudukan atau lubuk yang tepat untuk memancing ikan pemalas ini.
Umpan popular yang digunakan ialah isi ikan tongkol, udang hidup, sotong dan ikan hidup
seperti kembung, selar dan ikan belanak. Sama seperti kerapu boron, ikan ini
juga boleh diperdayakan oleh gewang jig besi.
Anggaran Harga: RM30/kg (harga peraih)
Selain ikan-ikan kerapu di atas, banyak lagi spesis ikan kerapu yang boleh di pancing di seluruh dunia seperti:-
- Black grouper Mycteroperca bonaci
- Comet grouper Epinephelus morrhua
- Gag grouper Mycteroperca microlepis
- Giant grouper Epinephelus lanceolatus
- Atlantic goliath grouper Epinephelus itajara
- Miniata grouper Cephalopholis miniata
- Nassau grouper Epinephelus striatus
- Saddletail grouper Epinephelus daemelii
- Scamp grouper Mycteroperca phenax
- Tiger grouper Mycteroperca tigris
- Venezuelan grouper (Mycteroperca cidi)
- Warsaw grouper Epinephelus nigritus
- White grouper Epinephelus aeneus
- Yellowfin grouper Mycteroperca venenosa
Seperti diketahui, Ikan kerapu amat suka tinggal di kawasan berbatu dan karang. Selain itu ikan kerapu juga gemar untuk tinggal di struktur buatan manusia seperti tukun dan unjam. Ini kerana memudahkan ikan ini untuk menghendap mangsanya serta menjadi tempat perlindungan dari pada ikan yang lebih besar.
Oleh itu kesedaran perlu ada pada setiap pemancing untuk menjaga persekitaran laut supaya tidak memudaratkan terumbu karang yang menjadi tempat tinggal ikan kerapu. Selain itu, amalan catch and release amat digalakan untuk ikan-ikan kerapu yang masih kecil supaya populasinya sentiasa terjaga. Walaupun populusi ikan kerapu ini masih banyak terdapat di perairan kita, permintaan yang amat tinggi terhadap spesis ini akan memberi kesan pada satu hari nanti. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk memancing secara bijak supaya generasi akan datang dapat memancing ikan kerapu ini juga.
Top 5 ikan kerapu terberat di dunia. Click sini
WOAW..kerapu tuu..
BalasPadamWat pngang sdap
BalasPadamJual
BalasPadamJual
BalasPadam