Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Hazrizal, Editor Majalah Umpan terbitan oleh Karangkraff kerana sudi untuk menerbitkan artikal saya di Majalah Umpan October 11. Walaupun artikal ini hanya menceritakan pengalaman saya bersama rakan-rakan dari COFA ketika memancing di Fish Valley di Semenyih, pelbagai maklumat yang berkaitan di ketengahkan oleh saya untuk dijadikan rujukan bersama. Saya juga ingin menyaran kepada semua pengunjung blog ini supaya tidak ketinggalan untuk memiliki majalah ini yang berharga cuma RM8.00 sahaja. Selain memiliki halaman yang lebih tebal berbanding majalah memancing lain, pelbagai maklumat,tips dan coretan pengalaman pemancing lain turut diterbitkan. Jangan lupa untuk memiliki majalah ini yang telah berada di pasaran sekarang.
Ahad, 25 September 2011
Sabtu, 3 September 2011
Ikan Kelah - King Of The River
Apa itu Ikan Kelah?
Menurut Wikipedia: Ikan Kelah atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India.
Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilo gram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikan Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.
Langgan:
Catatan (Atom)