Ikan Patin atau nama saintifik Pangasius Sutchi & Pangasius hypophthmus adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau lebih 20kg.
Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar.
Ikan patin merupakan ikan yang tidak memilih makanan di mana diet ikan ini ialah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan patin yang mempunyai isi yang lazat dan lemak manis merupakan ikan kegemaran masyarakat terutama di Asia Tenggara. Ikan ini juga berada di sungai-sungai di Eropah sebagai ikan pendatang.
Terdapat perbagai jenis ikan patin di Malaysia, tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang mendominasi dan mendiami kebanyakan kolam, sungai dan lombong-lombong seperti berikut:
Ikan Patin Buah - Pangasius Nasutus
Ciri-ciri:
- mempunyai tubuh badan yang lebih bulat
- Perut ikan buncit dan besar
- Kepalanya berbentuk bulat
Ikan Patin Muncung - Pangasius hypophthmus
Ciri-ciri:
- mempunyai tubuh badan yang panjang
- mempunyai tubuh yang kurus
- Kepalanya berbentuk tirus
- Sedikit warna merah di sirip dan ekor
Ikan Patin Juara - Pengasius Micromenus
Ciri-ciri:
- mempunyai tubuh bulat dan pendek
- mempunyai tubuh yang kecil berbanding jenis patin yang lain
- Kepalanya berbentuk bulat
Patin Lawang - Pangasius Sutch
Ciri-ciri:
- mempunyai tubuh panjang dan bulat
- mempunyai tubuh yang seperti patin buah
- Kepalanya berbentuk bulat
- Mampu membesar sehingga lebih 20 kg
- Sedikit warna merah di sirip dan ekor
Kini di Malaysia, kesemua jenis ikan patin di atas menjadi pilihan penternak ikan terutama ikan patin Buah yang mempunyai harga yang mahal. Ikan patin Lawang pula banyak diletakkan di dalam kolam pancing kerana saiz yang besar dan mampu memberi tentangan hebat kepada pemancing.
Dari segi rasa dan harga, terdapat perbezaan besar antara ikan patin yang dibela secara commercial dan ikan patin liar. Ini kerana ikan patin yang dibela hanya diberi makanan pallet serta vitamin tertentu untuk cepat membesar. Isi ikan patin bela mempunyai lebihan lemak dan juga dikatakan sedikit tawar jika berbanding ikan patin liar. Ikan patin liar pula mempunyai harga yang lebih mahal berbanding ikan patin bela. Ini kerana habitat ikan patin liar seperti sungai yang mempunyai arus serta tabiatnya memakan apa saya yang terdapat di sungai. Isinya lebih lemak manis jika dibandingkan dengan ikan patin bela.Walaupun begitu kedua-dua jenis ikan ini tetap mendapat pemintaan tinggi untuk dijadikan hidangan istimewa di Malaysia.
Umpan Ikan Patin
Di Malaysia, pelbagai jenis umpan telah digunakan oleh pemancing untuk memancing ikan Patin ini. Setiap umpan bergantung pada tempat dan lokasi tempat memancing. Ikan ini bersifat ikan dasar dan umpan jenis tenggelam lebih efektif digunakan untuk memancing ikan Patin.
Kolam pancing
Kebiasaananya Ikan Patin di kolam pancing berasal dari kolam ternakan dimana ikan ini telah diajar memakan umpan dedak, pallet dan roti sejak kecil lagi. Selain tu umpan yang digunakan juga dicampur dengan bahan perasa seperti perasa pandan, pisang, strawberry dan banyak lagi untuk menghasilkan bau enak untuk menarik ikan patin kepada umpan. Ikan patin juga telah diketahui lebih menyukai umpan yang bersifat masam, oleh itu campuran buah keras,kelapa parut peram, mauripan (yis/bahan untuk membuat kek), susu masam dan santan kelapa digunakan.
Penggunaan umpan di sungai dan lombong terdapat sedikit perbezaan antara memancing di kolam pancing. Ini kerana sifat sungai yang mempunyai arus akan membuat umpan sering hilang dan hanyut dibawa arus. Oleh itu pengunaan dedak dan roti tang dikepal padat pada mata kali lebih berkesan. Umpan ini akan kembang sedikit demi sedikit di dalam air dan arus sungai akan membawa aroma umpan terus deria ikan patin ini. Selain itu terdapat juga pemancing yang menggunakan umpan yang neutral dan semulajadi seperti ubi kayu, kelapa sawit dan buah ara.
Mekong Cat Fish
Diantara keluarga ikan patin, Mekong Cat fish - Pangasianodon gigas istilah tempatan ialah Plabuk merupakan sejenis ikan patin yang mampu membesar sehingga 300kg. Ikan Plabuk ini mempunyai bentuk rupa sama seperti ikan patin lain, cuma kedudukan mata ikan ini yang duduk lebih bawah berhampiran mulut yang membezakannya dengan ikan patin lain. Ikan ini hanya mendiami sungai Mekong yang terletak di Thailand dan Kemboja. Selain itu ikan ini dianggap sebagai ikan sukan dikalangan pemancing kerana ikan ini mempunyai daya juang yang sangat tinggi. Ikan plabuk mampu memberi tentangan tiga kali ganda hebatnya berbanding ikan patin biasa. Kerana itu jugalah ikan ini digelar "Ikan GT air tawar". Ikan yang kini semakin pupus ini kini telah dibawa dan diperkenalkan oleh pengusaha kolam mancing kepada pemancing supaya menjadi tarikan pada kolam masing-masing. Tetapi untuk memiliki saiz ikan plabuk yang lebih besar akan mengambil masa bertahun-tahun dan memerlukan kawasan kolam yang luas. Tetapi kehadiran ikan ini di Malaysia di kolam pancing telah meriahkan industri memancing di negara ini.
Kedudukan mata ikan Plabuk yang membezakannya dengan ikan patin biasa
Saya dan Plabuk seberat 30kg di Bungsamran, Bangkok
nice blog and info
BalasPadamThanks tuan Zul, Sudi2 lah singgah ke blog saya yg xseberapa ni...
Padambnyak info2 menarik dicine.. thx bro kongsikan ngan kitaorg
BalasPadamTq, sila kunjungi blog ini lagi. akan lebih banyak info akan menyusul.
PadamAssalamualaikum..nak tanya..berapa harga seekor patin bagi setiap jenis patin?
Padamkalau pancin kolam,apa yang paling terbaik,kebiasaan di tempat sy menggunakan roti yang di adun dgn perasa@pewarna strawberry,ada cadangan lain?
BalasPadamDi Malaysia...selain roti, campuran dedak boleh digunakan untuk memancing dikolam. Jika dibandingkan, roti lebih mudah dan mendapat sambutan.
PadamSerbuk Cheese Nak Beli Dekat Mane Broo ?
BalasPadamboleh refer perbincangan di atas bro..tq
PadamLokasi: Taman Negara Pahang
BalasPadamIkan Sasaran: Kelah, Tengas & Sebarau
Teknik: Bottom &Casting
Organizer: Maxx Peacock
mcm mna nak sertai .. saya newbie . harap leh bawa skali .. 0134958043
tuan lambat roger saya la...trips tu dh full..seramai 35 org akan turut serta trips ini
PadamSalam sejahtera tuan,
BalasPadamNak tanya umpan ikan patin sungai paling mujarab dan berkesan apa ye?
Tq