Khamis, 9 Oktober 2014

Throwback - Family Day D7L 2014 at Pulau Mabul, Sabah


Sudah agak lama saya mengenali dan menyertai team D7L, Bagi yang belum mengenali team ini. Team D7L merupakan Team Kaki pancing yang terdiri ahlinya dari pemancing-pemancing Melayu Profesional di pelusuk negara kita. Team D7L ini terkenal dengan kegiatan aktifnya dalam arena memancing serta menjelajah lubuk-lubuk memancing baru yang di sekitar pelusuk Asia Tenggara.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Team D7L boleh la click di muatan dewa7lautan.blogspot.com.

Pertengah tahun 2014, Team D7L telah merancang satu Family Day di Pulau Mabul, Sabah. Lokasi ini dipilih kerana sesuai untuk keluarga beriadah di samping kami dapat memancing di sekitar pulau ini. Di sini saya sertakan sedikit coretan pengalaman semasa menyertai Family Day ini.
Resort Arung Hayat menjadi lokasi penginapan kami.
Suasana Pulau yang mendamaikan
Melayan anak-anak bermandi manda
Stock makanan untuk persediaan memancing pada esok hari
Awal-awal pagi pada pukul 5.30 a.m kami harus bergerak menuju ke destinasi.
Indahnya ciptaan tuhan di waktu fajar terbit
Kami bergerak 2 bot

Sabtu, 27 September 2014

Maxx Peacock Fish Encyclopedia - Fresh Water Volume 1


 
 
Mengenali jenis-jenis ikan adalah pengetahuan asas yang perlu ada pada diri seorang pemancing. Bagi yang sudah lama menceburi arena memancing ini tidak mennjadi masalah dalam mengenali ikan-ikan yang di pancing. Tetapi bagi yang baru menceburi bidang ini pasti keliru atau tidak mengenali segelintir ikan-ikan. Oleh itu saya menwujudkan Fish Encyclopedia sebagai rujukan. Encyclopedia ini akan saya update dari semasa ke semasa.
 
 

Ikan Sebarau (Jungle Perch)

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia. Ikan Sebarau merupakan ikan air tawar yang menjadi target utama kaki casting. Banyak tinggal di sungai-sungai terutamanya di sungai pergunungan yang masih belum tercemar. Ikan Sebarau amat gemar tinggal di sungai-sungai yang mengalir deras.


Umpan: Lure, anak ikan, udang air tawar, katak, Serangga

 
Ikan Bagoh (Spanner barb)

Ikan Bagoh merupakan ikan air tawar tropika. Nama sainsnya Puntius lateristiga.

Ikan Bagoh sering terdapat di sungai berjeram, berbatu dan juga air-air terjun di sekitar Malaysia dan Borneo.


Umpan:  anak-anak ikan dan juga udang, cengkerik, dan cacing.

 


 
Ikan Tengas (Copper Masheer)

Nama scientifiknya Neolissochilus hexagonolepis, dulu Acrossocheilus hexagonolepsis juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Sering di salah ertikan sebagai ikan Kelah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia. namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya. Ikan-ikan ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.

Menjadi sasaran wajib bagi pemancing di sungai pergunungan kerana isinya yang lazat serta nilai harga yang mahal di pasaran Malaysia.


Umpan: Biji Sawit Peram, buah ara, anak katak,cengkerik, Ulat lundi & cacing

 
Ikan Rong

Ikan Rong amat mudah ditemui di sungai-sungai di negara kita. Populusi banyak terdapat di sekitar Perak, Pahang , Terengganu dan Kelantan. Ikan ini lebih popular dijadikan sebagai ikan pekasam. Amat mudah dipancing kerana ikan ini gemar bergerak secara kumpulan


Umpan: Hirisan Sawit, Cacing , Cengkerik
 

Selasa, 2 September 2014

Kenali & Cara-cara memancing ikan Merah




Ikan Merah atau lebih dikenali sebagai Red Snapper (Lutjanus campechanus) merupakan ikan yang amat terkenal dikalangan pemancing. Tidak kira dimana sahaja pelosok dunia, semuanya mengenali ikan ini.  Di Negara kita ikan merah merupakan hidangan wajib untuk setiap masakan tempatan. Justeru permintaan yang tinggi di pasaran menyebabkan harga ikan ini melambung tinggi.  Selain itu isinya yang enak menyebabkan ikan ini sentiasa menjadi sasaran kaki mancing.
Di Malaysia, ikan ini terdapat di seluruh pelosok lautan kita. Tidak kira di mana sahaja,ikan ini amat mudah di dapati terutamanya di kawasan yang terdapat karang dan kapal karam. Antara ikan-ikan yang tergolong dari keluarga ikan Merah yang terdapat di perairan kita ialah:
  1. Ikan Merah (Lutjanus campechanus)
  2. Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
  3. Ikan Merah Mentimun
  4. Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
  5. Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo)
  6. Ikan Merah Ekor Sabit a.k.a Ruby Snapper
  7. Ikan Merah mata hitam
  8. Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Ikan Merah mampu membesar hingga belasan kilo. Tidak mengejutkan jika ada pemancing yang berjaya memancing specis ini yang bersaiz monster.
Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo) 
Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
 Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Umpan Ikan Merah
Memancing ikan merah amat mudah. Ikan ini tidak terlalu memilih umpan. Tidak kira umpan segar ataupun busuk, pasti dimakannya. Antara umpan-umpan popular yang digunakan untuk memancing ikan merah ialah.

Ahad, 10 Ogos 2014

Kenali & Cara-cara memancing Ikan Jenahak




Ikan Jenahak merupakan ikan yang sentiasa menjadi sasaran pemancing. Ikan ini di negara barat lebih dikenali sebagai John Snapper atau Golden Snapper. Di negara kita ikan ini diberi gelaran bantal emas jika saiznya melebihi 3kg. Ini kerana ikan Jenahak bersaiz matang akan mempunyai sisik berwarna keemasan. Ikan ini sangat popular dikalangan penduduk Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Ikan ini mempunyai rasa yang lazat dan manis terutamanya ketika masih segar. Pemancing pasti berbangga jika berjaya memperolehi ikan jenahak bersaiz bantal emas.
Habitat.
Ikan yang mampu membesar sehingga belasan kilo ini amat gemar tinggal di kawasan karang dan lubang-lubang di dasar laut. Kapal karam atau tukun tiruan juga menjadi habitat kegemaran ikan ini.
Di negara kita ikan ini banya terdapat di kawasan perairan Melaka di sebelah barat semenanjung Malaysia. Ini kerana ikan ini gemar tinggal dikawasan perairan laut yang mempunyai dasar berlumpur. Berbeza dengan perairan laut China Selatan, kawasan dasar perairan tersebut yang berpasir menyebabkan ikan jenahak jarang-jarang diperolehi. Untuk memancing ikan ini, waktu malam merupakan waktu terbaik untuk memancing ikan ini. Ini kerana ikan ini amat aktif apabila malam menjelma.
Selain lautan lepas, ikan ini banyak dibela oleh pengusaha ternakan ikan. Jika kita ke kolam air masin, pasti terdapat ikan ini di kolam-kolam sedemikian. Selain itu kehadiran ikan ini di kolam-kolam air masin menarik minat para pemancing untuk berkunjung ke kolam mancing.


Jenahak yang matang digelar sebagai Bantal Emas
Jenahak yang belum matang akan kelihatan tanda hitam di belakang sirip dorsalnya
Umpan
Sepanjang pengalaman saya memancing ikan ini, saya mendapati ikan jenahak merupakan ikan paling cerewat yang pernah saya pancing. Maka pemancing perlulah peka dan mahir dalam memilih umpan untuk memancing ikan ini. Di sini saya ingin kongsikan umpan yang berkesan untuk ikan ini.

Rabu, 16 Julai 2014

Iftar Ramadhan 2014 With D7L Team Members


Sejak kebelakangan ini kami dari Team D7L sudah jarang-jarang bersua muka. Kami lebih aktif di group di FB (Click Here) dan di aplikasi Whatapps. Mungkin kesibukan kerja dan komitment bersama keluarga masing-masing menyebabkan kami jarang bertemu. Oleh itu sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami mengambil kesempatan bulan mulia ini untuk iftar bersama-sama semua ahli team D7L bagi mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli.
 
Maka Hotel Grand Dorset Subang menjadi pilihan kami untuk berbuka puasa. Ternyata iftar kali ini sangat bermakna buat team D7L yang hadir. Selain dapat menikmati banyak makanan yang enak, pelbagai issue dan perancangan trip pada masa akan datang telah dapat dirancang dan dibincangkan. Perbualan kami menjadi rancak memandangkan agak lama juga kami tidak bertemu. Alhamdullilah, Iftar Ramadhan kali ini berlangsung dengan jayanya dan penuh makna.
 





 
Antara Juadah yang terdapat di Grand Dorset
 




 Iftar Ramadhan bersama Team D7L

Rabu, 9 Julai 2014

Casting Battle - Edisi Casting Sampai Lebam


Pada 4 Jun 2014 yang lepas. saya telah di jemput oleh Team Bangau untuk menyertai Casting Battle di Kolam Bedong yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Kumpulan caster tegar ialatu Team AKULA dari utara tanahair juga turut terlibat dalam casting battle ini. Majalah Umpan juga turut menjadi wakil Media sempena Casting Battle ini. Casting Battle ini akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan satu gewang sahaja sepanjang pertandingan ini. Maka sudah pasti setiap peserta akan menggunakan gewang killer masing-masing.
 
Perbagai hadiah berupa peralatan memancing ditawarkan sebagai hadiah pemenang. Apa yang menarik minat saya ialah hadiah utamanya ialah kesemua gewang yang menajadi pertaruhan para caster sepanjang Casting Battle ini berlangsung.
 
Tujuan pertandingan ini dibuat adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Team Bangau dan Team AKULA dari utara. Selain itu, desas desus kolam Bedong bakal tutup juga menjadi penyebab lokasi ini menjadi pilihan. Ini supaya kami dapat memancing sepuah hati di sini sebelum ditutup.
 
 
 

 Organizer Casting Battle memberi penerangan sebelum pertandingan bermula.



 Antara senjata yang bakal digunakan.
 


Antara peserta yang turut serta menyertai Casting Battle.
 



Antara aksi-aksi sepanjang pertandingan berlangsung.

Selasa, 24 Jun 2014

Tok Wan Blade (Custom Blade) - Kecil tetapi Berbisa



Tok Wan Blade ialah Custom Blade yang di buat sendiri oleh Tok Wan yang berasal dari utara tanahair. Secara kebetulan saya sempat berkenalan dengan Tok Wan sendiri ketika berlangsungnya Casting Battle anjuran Team Bangau di kolam Bedong Sg.Petani bulan lepas. Selain Tok Wan, saya juga dapat berkenalan dengan team AKULA yang turut serta menyertai pertandingan tersebut. Selepas Casting Battle tersebut tamat pada pukul 12.00 tengahari, kesemua peserta memancing secara free & easy di kolam Bedong tersebut.
 
Beberapa rakan-rakan kami mengambil kesempatan untuk berehat dan ada juga yang menyambung memancing di kolam ini. Ini termasuk juga ahli-ahli team AKULA yang tekun dengan aktiviti casting. Saya yang sedang berehat-rehat memerhatikan kumpulan ini casting mendapati peluang mereka untuk hook-up amat tinggi sekali. Siakap di kolam Bedong yang sangat pandai memilih umpan kelihatan amat mudah terperdaya dengan gewang yang kumpulan AKULA gunakan. Ini telah menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
 
 
Ketika saya menghampiri salah seorang ahli team AKULA ini, saya dapati mereka menggunakan lure Blade yang istimewa. Blade besi yang digunakan mereka amat kecil sebesar 33mm sahaja tetapi lenggokkan blade ini amat istimewa dan mengeluarkan getaran yang unik. Mungkin para casting sudah biasa dengan Blade besi yang banyak dijual dipasaran, tetapi saya mendapati Blade Tok Wan ini jelas mempunyai ciri-ciri yang istimewa berbanding blade lure lain yang ada di pasaran.
 
Selepas bertanya  kepada Tok Wan sendiri, beliau mengatakan Tok Wan Blade buatan beliau amat mendapat sambutan tinggi di kawasan utara tanahair. Ini kerana harganya yang berpatutan serta amat flexible digunakan di semua kawasan memancing. Tidak kira ikan sungai atau pun laut, pasti ada yang akan terperdaya dengan lenggokan Tok Wan Blade ini. Selain itu Tok Wan juga telah memberi mandat kepada Team AKULA sebagai tester rasmi Tok Wan Blade. Ini terbukti dengan gambar-gambar hasil tangkapan pelbagai ikan menggunakan Tok Wan Blade di Facebook team AKULA (Click Here). Saya juga sempat membeli beberapa ketul Tok Wan Blade untuk dicuba pada masa akan datang. Bagi yang berminat untuk memiliki Tok Wan Custom Blade, boleh lah berkunjung di FB Tok Wan ataupun di AKULA: Fishing community atau terus berhubung dengan pengedar Tok Wan Blade sendiri.
 
Page Tok Wan Blade: https://www.facebook.com/Tokwan
 
 
 
Pilihan warna Tok Wan Blade
 
 
Antara gambar-gambar yang sempat saya copy dari Page Tok Wan dan Team AKULA.
 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...