Mengenali jenis-jenis ikan adalah pengetahuan asas yang perlu ada pada diri seorang pemancing. Bagi yang sudah lama menceburi arena memancing ini tidak mennjadi masalah dalam mengenali ikan-ikan yang di pancing. Tetapi bagi yang baru menceburi bidang ini pasti keliru atau tidak mengenali segelintir ikan-ikan. Oleh itu saya menwujudkan Fish Encyclopedia sebagai rujukan. Encyclopedia ini akan saya update dari semasa ke semasa.
Ikan Sebarau (Jungle Perch)
Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan
sejenis ikan
yang terdapat di Malaysia. Ikan Sebarau merupakan ikan air tawar yang menjadi
target utama kaki casting. Banyak tinggal di sungai-sungai terutamanya di
sungai pergunungan yang masih belum tercemar. Ikan Sebarau amat gemar tinggal
di sungai-sungai
yang mengalir deras.
Umpan:
Lure, anak ikan, udang air tawar, katak, Serangga
Ikan Bagoh
(Spanner barb)
Ikan Bagoh
merupakan ikan air tawar tropika. Nama sainsnya Puntius lateristiga.
Ikan Bagoh sering terdapat di sungai
berjeram, berbatu dan juga air-air terjun di sekitar Malaysia dan Borneo.
Umpan: anak-anak ikan dan juga udang, cengkerik, dan
cacing.
Ikan Tengas (Copper Masheer)
Nama scientifiknya Neolissochilus
hexagonolepis, dulu Acrossocheilus hexagonolepsis juga dikenali
sebagai Ikan Kejor
adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap
(Cyprinidae). Sering di salah ertikan sebagai ikan Kelah. Ikan tengas
spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah
(Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di
Malaysia. namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping
median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada
pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau
sedikit bibir bawahnya. Ikan-ikan ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan
jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah
tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor
yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Menjadi sasaran wajib bagi
pemancing di sungai pergunungan kerana isinya yang lazat serta nilai harga yang
mahal di pasaran Malaysia.
Umpan:
Biji Sawit Peram, buah ara, anak katak,cengkerik, Ulat lundi & cacing
Ikan Rong
Ikan Rong amat mudah ditemui di
sungai-sungai di negara kita. Populusi banyak terdapat di sekitar Perak, Pahang
, Terengganu dan Kelantan. Ikan ini lebih popular dijadikan sebagai ikan
pekasam. Amat mudah dipancing kerana ikan ini gemar bergerak secara kumpulan
Umpan:
Hirisan Sawit, Cacing , Cengkerik