Khamis, 9 Oktober 2014

Throwback - Family Day D7L 2014 at Pulau Mabul, Sabah


Sudah agak lama saya mengenali dan menyertai team D7L, Bagi yang belum mengenali team ini. Team D7L merupakan Team Kaki pancing yang terdiri ahlinya dari pemancing-pemancing Melayu Profesional di pelusuk negara kita. Team D7L ini terkenal dengan kegiatan aktifnya dalam arena memancing serta menjelajah lubuk-lubuk memancing baru yang di sekitar pelusuk Asia Tenggara.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Team D7L boleh la click di muatan dewa7lautan.blogspot.com.

Pertengah tahun 2014, Team D7L telah merancang satu Family Day di Pulau Mabul, Sabah. Lokasi ini dipilih kerana sesuai untuk keluarga beriadah di samping kami dapat memancing di sekitar pulau ini. Di sini saya sertakan sedikit coretan pengalaman semasa menyertai Family Day ini.
Resort Arung Hayat menjadi lokasi penginapan kami.
Suasana Pulau yang mendamaikan
Melayan anak-anak bermandi manda
Stock makanan untuk persediaan memancing pada esok hari
Awal-awal pagi pada pukul 5.30 a.m kami harus bergerak menuju ke destinasi.
Indahnya ciptaan tuhan di waktu fajar terbit
Kami bergerak 2 bot

Tiba di destinasi.
Mengikut cara tradisional pemancing tempatan, batu-batu ini akan dijadikan sebagai batu ladung atau pemberat.
Umpan isi ikan diikat bersama batu-batu pemberat
Dakwat sotong disertakan bersama umpan sebagai penarik ikan.
Skip Jack Tuna yg sudi melayan kami.
Hanya ikan Belitung atau Dorado yang berjaya saya perolehi
Nalayan berhampiran yang berjaya menaikan Tuna Sirip Biru (Bluefin Tuna) menggunakan teknik tradisional.
Selepas seharian memancing, kami pulang ke resort untuk mengisi masa bersama keluarga.
Lobster yang murah di sini bakal menjadi hidangan makan malam kami.



Hari selebihnya kami lebih bersantai-santai meluangkan masa bersama family dan rakan-rakan yang lain. Insyallah pada tahun hadapan, lokasi lain akan dipilih untuk dijadikan lokasi Family day D7L

Tiada ulasan:

Catat Ulasan