Sabtu, 27 September 2014

Maxx Peacock Fish Encyclopedia - Fresh Water Volume 1


 
 
Mengenali jenis-jenis ikan adalah pengetahuan asas yang perlu ada pada diri seorang pemancing. Bagi yang sudah lama menceburi arena memancing ini tidak mennjadi masalah dalam mengenali ikan-ikan yang di pancing. Tetapi bagi yang baru menceburi bidang ini pasti keliru atau tidak mengenali segelintir ikan-ikan. Oleh itu saya menwujudkan Fish Encyclopedia sebagai rujukan. Encyclopedia ini akan saya update dari semasa ke semasa.
 
 

Ikan Sebarau (Jungle Perch)

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia. Ikan Sebarau merupakan ikan air tawar yang menjadi target utama kaki casting. Banyak tinggal di sungai-sungai terutamanya di sungai pergunungan yang masih belum tercemar. Ikan Sebarau amat gemar tinggal di sungai-sungai yang mengalir deras.


Umpan: Lure, anak ikan, udang air tawar, katak, Serangga

 
Ikan Bagoh (Spanner barb)

Ikan Bagoh merupakan ikan air tawar tropika. Nama sainsnya Puntius lateristiga.

Ikan Bagoh sering terdapat di sungai berjeram, berbatu dan juga air-air terjun di sekitar Malaysia dan Borneo.


Umpan:  anak-anak ikan dan juga udang, cengkerik, dan cacing.

 


 
Ikan Tengas (Copper Masheer)

Nama scientifiknya Neolissochilus hexagonolepis, dulu Acrossocheilus hexagonolepsis juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Sering di salah ertikan sebagai ikan Kelah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia. namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya. Ikan-ikan ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.

Menjadi sasaran wajib bagi pemancing di sungai pergunungan kerana isinya yang lazat serta nilai harga yang mahal di pasaran Malaysia.


Umpan: Biji Sawit Peram, buah ara, anak katak,cengkerik, Ulat lundi & cacing

 
Ikan Rong

Ikan Rong amat mudah ditemui di sungai-sungai di negara kita. Populusi banyak terdapat di sekitar Perak, Pahang , Terengganu dan Kelantan. Ikan ini lebih popular dijadikan sebagai ikan pekasam. Amat mudah dipancing kerana ikan ini gemar bergerak secara kumpulan


Umpan: Hirisan Sawit, Cacing , Cengkerik
 

 

 
Haruan (Snakehead)

Nama Scientifiknya Channa Striata atau lebih umum dikenali sebagai Snakehead. Ikan yang berkepala seperti ular ini ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Keupayaan ikan haruan tinggal di kawasan berair sedikit dan kurang oxygen menyebabkan ikan ini amat mudah ditemui dan membiak dengan pesat. Selain mempunyai isi yang enak, di Malaysia ikan ini dipercayai mempunyai khasiat dalam membantu menyembuhkan luka dengan cepat terutama sekali selepas membuat operation, akibat kemalangan atau lepas bersalin. Jesteru itu ikan ini dijual agak mahal dipasaran Malaysia.

Bagi kaki pancing, ikan ini menjadi fenomena buat kaki casting tegar. Selain amat mudah ditemuai, Ikan ini amat  pelahap menyambar lure atau soft plastic dan ianya amat mengujakan.


Umpan: Katak, Cengkerik, Anak Ikan, Lure & Soft Plastik

 
 
Toman (Giant SnakeHead)

Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Merupakan ikan yang menjadi buruan kaki pancing. Dimana ikan ini ada, pasti ada pemancing yang menginginkannya. Ikan ini mempunyai sifat ganas dan rakus jika menganggu kawasannya dan anak-anaknya. Habitat ikan toman ini seperti di kawasan-kawasan seperti di lombong terbiar,tasek, sungai,sungai mati atau paya. Ikan ini mampu membesar sehingga belasan kilo dan sepanjang 1.3 Meter.  Ikan ini kini amat sukar ditemui berbanding dahulu kerana sering menjadi sasaran pemancing dan nelayan air tawar. Akibat ikan ini sering ditangkap ketika menjaga anak-anaknya menyebabkan anak-anaknya tidak dapat membesar kerana mudah menjadi mangsa kepada ikan predator yang lain atau dimakan oleh toman-toman yang lain. Ia juga merupakan salah satu faktor kenapa ikan ini sukar ditemui. Mempunyai nilai commercial di setengah negeri terutamanya di Pahang dan Perak. Selain itu tangkapan secara besar-besaran amat merisaukan populusi ikan ini. Kita amat bertuah kerana di setengah tempat seperti tasik Kenyir, tasik Bera, tasik Temenggor, tasik Chini dan beberapa lagi tasik di Malaysia masih menyimpan banyak lagi populasi ikan ini.


Umpan: Katak, Isi Ikan, Anak Keli, Anak Ikan, Daging, Lure & Soft Plastik

 
Toman Bunga

Toman Bunga merupakan sepupu kepada ikan Toman (Giant SnakeHead). Bezanya toman ini lebih tirus dan mempunyai badan yang panjang. Ikan Toman Bunga atau juga dikenali sebagai ikan Jelai, Jaloi, Kuang, Kerandang, merupakan ikan air tawar yang jarang-jarang dijumpai. Nama scientifiknya Channa marulloides. Ikan Toman Bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan kepala ular. Ikan Toman Bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut, mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan haruan dan ikan Bujuk. Ikan ini juga gemar tinggal di kawasan sungai pergunungan. Ikan ini mempunyai nilai yang tinggi dalam industri aquarium kerana rupa bentuknya yang cantik


Umpan: Lure & Soft plastic, anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

 
 
Keli Limbat

Ikan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.

Ikan keli limbat dipercayai berkurangan berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.

Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya.


Umpan:  anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.

 
 
Jelawat (Sultan Fish)

Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan Omivor air tawar. Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii.

Boleh membesar sehingga 60 cm, Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand. Mempunyai isi yang amat enak. Walaupun banyak diternak, Jangan terkejut jika melihat harga masakan ikan jelawat ini yang mencecah ratusan ringgit. Amat terkenal dikalangan peminat makanan ikan air tawar. Selain itu ikan ini juga dijadikan sebagai ikan hiasan kerana mempunyai tubuh yang berkilauan dan cantik. Ikan yang amat bijak apabila memilih umpan. Mempunyai daya juang yang kuat dan mengasyikan apabila terkena pancing.


Umpan: Lure, Katak, dedak, anak ikan, Roti

 
Ikan Tenggalan

Ikan Tenggalan sering di salah ertikan sebagai ikan lampan Jawa. Ikan Tenggalan kini amat sukar ditemui, kerana itulah harga ikan ini naik secara mendadak hingga puluhan ringgit sekilo. Ikan ini amat gemar tinggal di sungai-sungai yang belum tercemar. Ikan tenggalan mempunyai sirip dorsal yang panjang dan mempunyai warna badan seperi warna perak membezakannya dengan ikan lampan. Ikan ini bergerak secara kumpulan dan bersifat omivor.

Umpan: Serangga, cengkerik,cacing, sawit

1 ulasan:

  1. Ikan Sebaro dan berbagai jenisnya sudah hampir punah disebabkan oleh tangan-tangan yang tak bertanggung jawab, ayo...kita lestarikan.

    BalasPadam