Selasa, 24 Jun 2014

Tok Wan Blade (Custom Blade) - Kecil tetapi Berbisa



Tok Wan Blade ialah Custom Blade yang di buat sendiri oleh Tok Wan yang berasal dari utara tanahair. Secara kebetulan saya sempat berkenalan dengan Tok Wan sendiri ketika berlangsungnya Casting Battle anjuran Team Bangau di kolam Bedong Sg.Petani bulan lepas. Selain Tok Wan, saya juga dapat berkenalan dengan team AKULA yang turut serta menyertai pertandingan tersebut. Selepas Casting Battle tersebut tamat pada pukul 12.00 tengahari, kesemua peserta memancing secara free & easy di kolam Bedong tersebut.
 
Beberapa rakan-rakan kami mengambil kesempatan untuk berehat dan ada juga yang menyambung memancing di kolam ini. Ini termasuk juga ahli-ahli team AKULA yang tekun dengan aktiviti casting. Saya yang sedang berehat-rehat memerhatikan kumpulan ini casting mendapati peluang mereka untuk hook-up amat tinggi sekali. Siakap di kolam Bedong yang sangat pandai memilih umpan kelihatan amat mudah terperdaya dengan gewang yang kumpulan AKULA gunakan. Ini telah menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
 
 
Ketika saya menghampiri salah seorang ahli team AKULA ini, saya dapati mereka menggunakan lure Blade yang istimewa. Blade besi yang digunakan mereka amat kecil sebesar 33mm sahaja tetapi lenggokkan blade ini amat istimewa dan mengeluarkan getaran yang unik. Mungkin para casting sudah biasa dengan Blade besi yang banyak dijual dipasaran, tetapi saya mendapati Blade Tok Wan ini jelas mempunyai ciri-ciri yang istimewa berbanding blade lure lain yang ada di pasaran.
 
Selepas bertanya  kepada Tok Wan sendiri, beliau mengatakan Tok Wan Blade buatan beliau amat mendapat sambutan tinggi di kawasan utara tanahair. Ini kerana harganya yang berpatutan serta amat flexible digunakan di semua kawasan memancing. Tidak kira ikan sungai atau pun laut, pasti ada yang akan terperdaya dengan lenggokan Tok Wan Blade ini. Selain itu Tok Wan juga telah memberi mandat kepada Team AKULA sebagai tester rasmi Tok Wan Blade. Ini terbukti dengan gambar-gambar hasil tangkapan pelbagai ikan menggunakan Tok Wan Blade di Facebook team AKULA (Click Here). Saya juga sempat membeli beberapa ketul Tok Wan Blade untuk dicuba pada masa akan datang. Bagi yang berminat untuk memiliki Tok Wan Custom Blade, boleh lah berkunjung di FB Tok Wan ataupun di AKULA: Fishing community atau terus berhubung dengan pengedar Tok Wan Blade sendiri.
 
Page Tok Wan Blade: https://www.facebook.com/Tokwan
 
 
 
Pilihan warna Tok Wan Blade
 
 
Antara gambar-gambar yang sempat saya copy dari Page Tok Wan dan Team AKULA.
 





Antara hasil tangkapan menggunakan Tok Wan Blade
 




 
 
Cara penggunaan
 
 
TOKWAN™ BLADE merupakan gewang besi yang menghasilkan getaran/gelombang dan mempunyai dua kedudukan lubang untuk mengawal pergerakan secara mendatar atau menegak.

 A : Karauan mendatar (sederhana/laju) dan lontaran jauh dan sesuai untuk
permainan dipermukaan atau pertengahan air.

 B : Karauan menegak (sederhana/perlahan) dan sesuai untuk permainan didasar.
TOKWAN™ BLADE direkacipta untuk sampai kedasar dengan lebih cepat. Getarannya menghasilkan gelombang yang unik untuk menarik perhatian ikan keluar dari tempat persembunyiannya. Tegangkan tali utama untuk mengawal pergerakan TOKWAN™ BLADE.
 
Lakukan henjutan kecil secara menegak dan dibiarkan ia menyentuh dasar semula.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan