Khamis, 29 Mei 2014

Rombongan Cik Kiah ke Taman Negara Pahang



Mulanya semasa trip ini dirancang, hanya 9 orang sahaja yang akan mengikuti trip jelalah Taman Negara,Pahang Malaysia selama 3 Hari 2 Malam. Tetapi entah bagaimana, rancangan kami untuk ke sana telah tersebar luas antara rakan-rakan kami yang lain. Kemudian saya selaku organizer menerima pelbagai panggilan dari rakan-rakan lain yang ingin turut serta menyertai trip ini.Untuk tidak mengecewakan mereka semua, saya membenarkan mereka menyertai trip ini. Dari 9 orang pada asalnya, kini trip ini memiliki seramai 36 peserta yang akan turut serta. Maka perancangan kami untuk memancing ikan Kelah (Mahseer) terpaksa dirombak secara mendadak memandangkan penyertaan ahli yang terlalu banyak seakan-akan rombongan  kanak-kanak sekolah sambil belajar di Zoo Negara. Bilangan bot juga terpaksa ditambah dari 3 buah bot hinggalah ke 12 buah bot. Lokasi yang sesuai bagi rombongan ini ialah Lata Syed di Sungai Keniam. Ini kerana lokasi tersebut amat luas hingga mampu memuatkan penggunjung yang seramai ini. Saya selaku organizer juga menjadi pening untuk menyediakan pelbagai kelengkapan dan makanan supaya trip ini sempurna.
 
Selepas hari yang dinantikan tiba, kami seramai 36 orang berkumpul di kuala tahan sebagai tempat perjumpaan. Apa yang merisaukan saya kali ini, 70% dari peserta trip ini ialah bukan pemancing dan pertama kali berkunjung ke Taman Negara Pahang. Dan ada juga kedengaran  tedapat peserta yang pertama kali berkhemah di dalam hutan.
 
Selepas selesai bersarapan, saya memberi taklimat kepada semua peserta supaya berhati-hati dan sentiasa bergerak secara berkumpulan apabila tiba di dalam hutan. Keselamatan menjadi kerisauan saya semasa trip ini berlangsung. Mujur First Aid Kit dan setellit Phone telah saya bawa bersama-sama sebagai persediaan jika terdapat sebarang kemalangan. Selepas memberi taklimat, kami pun bergerak menuju ke lokasi.
 
 
 
Acara memunggah barang
 
Sebelum menuju ke lokasi, semua peserta perlu membuat pendaftaran di pejabat Perhilitan Taman Negara.
 
 
 


Selepas sejam perjalanan, kami singgah sebentar di Kampung Pagi
 

 
 
Kemudian kami menyambung perjalanan menuju ke Sungai Keniam. Setibanya kami di sana, kami agak kecewa melihat keadaan air sungai yang tersangat keruh berikutan cuaca hujan sejak kebelakangan ini. Amat berbeza dengan kunjungan saya ke lokasi yang sama sebelum ini, airnya sangat jernih hingga nampak ke dasarnya.
 
Setelah tiba di Lata Syed Sungai Keniam, kami terus mendirikan khemah. Kami bercadang untuk berehat pada hari pertama kerana ramai yang keletihan. Keesokkan harinya baru kami akan beraktiviti bebas. Bagi yang ingin memancing, pemandu bot akan membawa ketempat berpotensi dan bagi yang ingin beriadah bolehlah bermandi manda di sungai di kawasan khemah.
 
 
 
Kawasan perkhemahan kami
 
Keesokkan harinya, saya dan segelintir rakan-rakan yang ingin memancing bercadang untuk bergerak lebih atas dari kawasan perkhemahan kami. Dan ada juga yang lebih berminat untuk casting di atas bot.
 
Bagi yang tidak mahu trekking, boleh memancing di atas bot yang di sediakan.
 
Maka persiapan untuk meredah hutan kami sediakan dan kami bergerak dengan dibawa oleh seorang pemandu bot. Perjalanan menuju ke lubuk yang dimaksudkan mengambil masa selama 2 jam berjalan kaki.
 
Tapak kaki gajah yang masih segar.
 
Berhenti berehat.
 
Antara gambar-gambar ketika trekking dan hasil tangkapan.
 
 
 
 
 
 Di sini, jeram sungai amat berpotesi untuk memancing ikan Tengas atau Kejor.
 
 
 
Apabila waktu petang, kami segera bergegas untuk pulang menuju ke khemah kami. Seperti trip-trip sebelum ini, saya mengupah tukang masak untuk menyediakan makanan untuk ahli trip.


Siput sungai yang bakal menjadi santapan kami
 






 Ikan hasil tangkapan kami juga akan di jadikan hidangan makan malam. separuh ikan di bakar dan selebihnya dimasak gulai asam tempoyak. Makanan terkenal di negeri Pahang.
 
Keesokan harinya kami meneruskan aktiviti yang sama dengan hari sebelum ini. Air sungai kelihatan lebih keruh gara-gara hujan lepas pada malam semalam. Apabila air menjadi terlalu keruh, ikan baung lebih mendominasi pada setiap tangkapan kami.
 
Lebih banyak ikan baung apabila air menjadi keruh.
 
Hari ke 3 kami lebih banyak kepada aktiviti santai. Hanya segelintir sahaja yang masih ingin memancing. Selepas berada selama 3 hari 2 malam, akhirnya kami pun menutup tirai. Khemah di cabut dan kami bersiap sedia untuk pulang.

Bersiap sedia untuk pulang
 
 
Selepas pulang, kami singgah ke pekan Termeloh untuk menikmati patin masak tempoyak.
 
Lega saya sepanjang trip ini tiada berlaku sebarang kemalangan. Walaupun trip kali ini tidak menghasilkan tangkapan ikan yang banyak, tetapi semuanya bergembira dan berpuas hati dengan  pengalaman ini. Lagi pun bilangan yang ingin memancing kali ini amat kurang berbanding peserta yang ingin bersantai. Insyallah kami akan kembali lagi seperti tahun-tahun sebelum ini.

 
Sekian










































Sebenarnya.....!!!
Macam mana nak ada ikan, orang sibuk memancing senyap-senyap...dia boleh main rakit pulak kat depan kita....potong stim betul la......hehehehehehehe....


 

4 ulasan:

  1. info trip memancing terbaik tuan.
    http://www.myrodreel.com/p/blog-page_30.html Blog memancing anda ada kat sini

    BalasPadam
  2. salam bro... ni ade pakej ke atau bole main terjah je g mancing ? maksudnya memang kne amik pakej atau bole terjah mancing ikut suka je xyah amik pakej

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam tuan Hafiz, Jika bercadang hendak memancing di Taman Negara, kena memalui proses tertentu untuk pelepasan dan permit dari Pejabat Taman Negara Pahang. Oleh itu, tuan perlu memohon untuk masuk ke dalam Taman Negara. Lebih mudah jika tuan terus berurusan dengan pengusaha bot di sana. Mereka akan menguruskan urusan pelepasan dan permit. Dan juga boleh menguruskan perjalanan dan makan minum sepanjang berada di sana.

      Padam