Rabu, 9 Julai 2014

Casting Battle - Edisi Casting Sampai Lebam


Pada 4 Jun 2014 yang lepas. saya telah di jemput oleh Team Bangau untuk menyertai Casting Battle di Kolam Bedong yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Kumpulan caster tegar ialatu Team AKULA dari utara tanahair juga turut terlibat dalam casting battle ini. Majalah Umpan juga turut menjadi wakil Media sempena Casting Battle ini. Casting Battle ini akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan satu gewang sahaja sepanjang pertandingan ini. Maka sudah pasti setiap peserta akan menggunakan gewang killer masing-masing.
 
Perbagai hadiah berupa peralatan memancing ditawarkan sebagai hadiah pemenang. Apa yang menarik minat saya ialah hadiah utamanya ialah kesemua gewang yang menajadi pertaruhan para caster sepanjang Casting Battle ini berlangsung.
 
Tujuan pertandingan ini dibuat adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Team Bangau dan Team AKULA dari utara. Selain itu, desas desus kolam Bedong bakal tutup juga menjadi penyebab lokasi ini menjadi pilihan. Ini supaya kami dapat memancing sepuah hati di sini sebelum ditutup.
 
 
 

 Organizer Casting Battle memberi penerangan sebelum pertandingan bermula.



 Antara senjata yang bakal digunakan.
 


Antara peserta yang turut serta menyertai Casting Battle.
 



Antara aksi-aksi sepanjang pertandingan berlangsung.

 Antara gewang yang digadaikan sebagai hadiah.



Pemenang menerima hadiah tajaan dan lure
 
 
Bergambar kenangan selepas tamat acara.
 
Selepas tamat acara, saya yang menginap di chalet kolam Bedong ini mengambil kesempatan untuk Free & Easy. Saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan peserta dari kedua-dua team yang menyertai pertandingan. Sempat juga saya bertukar pendapat tentang hobi memancing dengan mereka. Sikap peramah mereka juga membuat kami bersembang dengan panjang leber. Pada waktu petang pula, saya menyambung semula aktiviti casting.  Kebanyakkannya ikan siakap yang sudi melayan saya. Rakan-rakan lain yang turut menginap di chalet kolam ini juga turut sama memancing dengan saya. Aktiviti ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Kami masih meneruskan memancing hingga lewat malam. Pada waktu malam, ikan lebih mudah terpedaya dengan gewang kerana waktu malam menghalang penglihatan ikan-ikan di kolam ini.
 
Antara hasil-hasil yang diperolehi saya sepanjang berada di kolam ini.
 



 
 
Antara hasil tangkapan saya.

 Syurun yang sering ke sini melepaskan gian



 
 
 
Selamat tinggal kolam Bedong.
Terasa sayang kolam sebaik ini jika ditutup.


1 ulasan: