Sudah masuk hari ke-3 saya di Royal Belum Rain Forest. Kami dilanda hujan lebat pada malam kedua. Sungai menjadi deras dan naik dengan tinggi. Keselamatan patut diutamakan. Kami berhenti memancing dan berehat di kawasan base camp kami. Masih ada 2 hari lagi masa kami di sini.
Cuaca amat baik pada hari ke-3, tetapi hujan pada malam semalam telah menyebabkan air sungai menjadi keruh. Kami tetap meneruskan aktiviti kami. Seperti semalam saya dan rakan yang lain yang bangun pada awal pagi terpaksa membatalkan rancangan untuk casting ikan sebarau memandangkan sungai telah menjadi sangat keruh. Pagi itu kami lebih tertumpu pada pancingan dasar.