Selasa, 5 Jun 2012

Expedition to Royal Belum Rain Forest - Part III


Sudah masuk hari ke-3 saya di Royal Belum Rain Forest. Kami dilanda hujan lebat pada malam kedua. Sungai menjadi deras dan naik dengan tinggi. Keselamatan patut diutamakan. Kami berhenti memancing dan berehat di kawasan base camp kami. Masih ada 2 hari lagi masa kami di sini.
Cuaca amat baik pada hari ke-3, tetapi hujan pada malam semalam telah menyebabkan air sungai menjadi keruh. Kami tetap meneruskan aktiviti kami. Seperti semalam saya dan rakan yang lain yang bangun pada awal pagi terpaksa membatalkan rancangan untuk casting ikan sebarau memandangkan sungai telah menjadi sangat keruh. Pagi itu kami lebih tertumpu pada pancingan dasar.


Sebelum hujan

Selepas hujan

Tengas daun dari saya

Slimer dengan Ikan Tengas Daun

Ikan Tengas Daun

Hasil yang diperolehi semasa air keruh.

Rupa-rupanya air yang keruh telah  membawa rezeki kepada kami. Disebabkan arus deras semasa hujan malam tadi. Arus telah menghayutkan banyak kumpulan ikan yang berada di atas ke kawasan perkhemahan kami. Banyak ikan Tengas daun dan Baung akar berjaya ditawan.
Selepas itu, ahli-ahli kumpulan yang memancing di Sanghur dan Laho telah kembali pulang ke khemah. Banyak hasil yang di perolehi.

Hasil tangkapan yang di perolehi.

Bergambar bersama hasil tangkapan.

Pada waktu petang, air sungai menunjukkan tanda-tanda akan jernih semula.
Kami bercadang untuk casting ikan sebarau.


Casting

Berehat sebentar

Antara hasil-hasil casting pada petang tersebut




Hasil casting dilepaskan semula.

Night @Day 3

Malam kami masih meneruskan memancing. Selain itu hasil yang diperolehi sepanjang 3 hari kami di sini akan dibakar dan disalai untuk dijadikan hidangan makan malam kami



Ikan bakar & Salai

 Makan besar hasil pancingan kumpulan kami

Tinggal tulang
Selepas makan, kami meneruskan aktiviti memancing. Kemudian kami dikejutkan dengan hasil pancingan salah seorang ahli kumpulan kami.

Ikan Kelah 3kg menggunakan umpan kelapa sawit

Ikan kelah ini menjadi penutup aktiviti memancing kami. Ini kerana pada esok hari kami akan pulang. Ini bermakna kami akan melalui perjalanan sukar di hutan rimba untuk pulang.


Bersiap sedia untuk pulang

Ahli lain sempat bergambar dengan ikan kelah semalam.

Bergambar bersama sebagai kenang-kenangan

Semua gembira
Pose sebelum balik

Kami pulang dengan berat hati. Selamat tinggal Royal Belum.
Kami akan tiba lagi pada akan datang

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    trip yg hebat la saudara maxxpeacock...
    saya nak bertanya satu soalan...
    camna nak aturkan trip ke sini...
    tima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks to Arif kerana sudi menjenguk blog saya ini. Maaf,Saya tidak berapa pasti tentang perancangan trip ini kerana semua perancangan diuruskan oleh Geng Tapah Sembat (GTS). Saya cuma menerima jemputan dari mereka dan segalanya telah diatur terlebih dahulu

      Padam
  2. Nice blog.

    Regards,

    Taman Negara Package

    https://www.facebook.com/tamannegarapackage

    http://tamannegarapackage.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks En Hairun,
      Akan datang - Expedisi ke Taman Negara Pahang

      Padam
    2. FROM pancing.net....

      terbaek n terchantek...

      insyallah... boleh join explore cast...

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...