Khamis, 2 Mac 2017

Jigging Port Klang - David



Apabila bercadang untuk memancing di perairan Port Klang, Nama David adalah yang pertama sekali terlintas di kepala saya. Saya tidak menafikan bahawa David merupakan salah seorang tekong kegemaran saya. Boleh dikatakan khidmat yang diberikan oleh David sangat terbaik menyebabkan saya tidak pernah jemu untuk menggunakan khidmat beliau. Beliau sangat bertoleransi dengan pelanggan beliau tanpa mengira kaum. Dengan hanya berbalas Whatapps saya telah berjaya menempah satu tarikh untuk memancing bersama beliau di perairan Port Klang. Untuk menaiki bot beliau amat mudah, hanya perlu ke Royal Yacth Club Port Klang dengan hanya menggambil masa 40 minit melalui lebuhraya Kesas.

Royal Yacth Club Port Klang


Tekong David


Seperti biasa saya akan tiba di jeti seawal yang mungkin. Kami mensasarkan tiba di lokasi memancing pada pukul 9.00 am. Kebiasaannya David mengambil masa lebih satu jam untuk tiba di spot pertama. Masa yang ada di atas bot kami gunakan untuk membuat persediaan. Bot beliau yang luas amat menyenangkan kami. Ada juga rakan kami yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata sebentar. Kebiasaannya, David akan ke kawasan Zon Bebas (ZEE) di perairan Port Klang. Setibanya kami di lubuk pertama, kami memulakan aktiviti jigging. David sangat flexible orangnya. Hanya perlu memaklumkan kepada beliau teknik jigging (Vertical Jigging, Slow Pitch, Micro Jig) kegemaran kamu dan beliau tanpa membuang masa akan menuju ke lubuk yang dianggap berpotensi dan sesuai dengan teknik yang bakal digunakan. Bagi kami, kami lebih selesa menggunakan teknik Slow Pitch jigging dan sudah pasti ikan jenahak (John Snapper) menjadi sasaran kami.

Kesibukan Kapal melalui ZEE




Jigging bermula!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...