Rabu, 25 Januari 2012

Bungsamran: Thailand Monster Fish


Pertama kali ketika saya menjejakkan kaki ke kolam yang sangat terkenal iaitu Bungsamran Fishing Pond, Thailand pada akhir tahun 2010, saya mula berazam untuk menaikkan ikan bersaiz monster  yang berada di kolam ini. Tetapi impian saya tidak menjadi kenyataan, ketika itu hanya ikan Plabuk atau Mekong Cat Fish bersaiz 20-30kg sahaja yang berjaya saya perolehi. Persedian rapi dari segi peralatan dan minda juga kurang kerana saya tidak mempunyai pengalaman memancing ikan Mekong Cat Fish ketika itu. Ikan ini amat terkenal di negara Thailand kerana kekuatan  semasa larian dan sikap tidak mudah mengaku kalah. Ikan ini boleh dikatakan 10 kali ganda hebatnya berbanding ikan patin biasa yang sama saiz dengannya.

Oleh kerana kegagalan yang lepas, kini saya bersama Epol D7L, Yuhilmi dan Berg kembali semula tahun ini ke kolam ini yang terletak hanya 45 min dari kota Bangkok. Saya masih memasang impian untuk menaikan ikan monster yang terdapat di kolam ini. Seperti tahun sebelum ini, kami terbang ke Bangkok dari lapangan terbang LCCT pada pukul 7.30a.m dan tiba di kolam ini lebih kurang 10.30a.m waktu tempatan. Kami mengambil package memancing selama 24 jam bersama sebuah chalet sebagai penginapan kami di sini. Hanya 2 joran milik saya dan Epol digunakan kali ini. Kami bergilir-gilir memancing bersama di kolam ini.

Rabu, 11 Januari 2012

Night at Exotic Fishing Pond, Rawang


Buat kali kedua, saya berkunjung semula ke Exotic Fishing Pond di Rawang. Kali ini, saya bersama Epol D7L, Slimer D7L dan Yuhilmi berkunjung kolam yang terkenal dengan ikan exotic ini pada waktu malam. Kami berempat tiba di kolam ini pada pukul 7.30pm. Pada kali ini hanya teknik dasar dan penggunaan pelampung dengan berumpankan anak ikan hidup sahaja digunakan. Kesempatan kami disini digunakan untuk mempelajari tabiat ikan yang berada di kolam ini pada waktu malam. Kami juga mendapat info dari pengujung tetap kolam ini dimana waktu malam merupakan masa sesuai untuk memancing ikan bersaiz monster memandangkan ikan bersaiz begini lebih aktif pada waktu malam.

Selasa, 3 Januari 2012

Dewan Kegemilangan - 9


Alhamdullilah dan ribuan terima kasih serta setinggi penghargaan kepada Editor Majalah Umpan iaitu En. Hazrizal kerana sudi menerbitkan artikal saya mengenai trips kami di Perairan Mapur dan Merapas Indonesia. Diharap Majalah Umpan sentiasa sudi menerbitkan coretan pengalaman saya lagi pada masa akan datang. Bagi yang belum mendapatkan majalah ini, jangan lepaskan peluang dan cepat dapatkannya. Majalah ini yang penuh dengan info dan tips memancing hanya dijual dengan harga RM8.00 senaskah.

Ahad, 1 Januari 2012

Happy New Year 2012


Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua penggunjung blog ini terutama kaki pancing di Malaysia ini. Dengan kehadiran tahun baru ini mungkin terdapat para pemancing yang sedang berkira-kira budget untuk menyertai trips memancing atau membeli set memancing baru untuk tahun 2012. Dan mungkin juga terdapat para pemancing yang berazam untuk memecah rekod tangkapan ikan peribadi. Begitu juga halnya dengan saya, pelbagai jemputan dan permintaan untuk menguruskan trips memancing untuk tahun 2012 dari kawan-kawan memancing saya. Insyallah jika tiada aral melintang saya akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan semua. Saya juga berazam untuk memastikan blog saya ini sentiasa up-to-date dan dapat memberi pelbagai maklumat memancing pada semua penggunjung.

Begitulah setiap tahun, pelbagai azam berkaitan memancing akan diketengahkan setiap tahun, ini kerana memancing sudah bagaikan darah daging bagi seorang peminat dunia memancing ini. Seminggu atau sebulan tidak memancing sudah mampu membuat diri kita tidak tentu arah. 

Walau apa pun, harus kita sentiasa beringat supaya tidak terlalu ghairah memancing hingga terabai keluarga di rumah. Selain itu, keselamatan ketika memancing hendaklah diambil berat, jangan terlalu seronok memancing hingga terlupa tentang keselamatan. Tahun 2011, banyak kes kemalangan yang saya dengar telah berlaku. Bagi yang belum mempunyai life jacket 2012 mungkin ini masanya untuk membeli. Walaupun harganya mahal, tetapi tidak dapat di bandingkan dengan harga nyawa kita. Mungkin tahun 2012 kita sudah boleh mengumpul wang sedikit demi sedikit untuk membeli life jacket. Bagi yang ada, jangan lupa pulak memakainya ketika memancing di tengah laut atau pun tasik/lombong. Malang itu tidak berbau. 

Apa pun saya mendoakan semua pemancing dan pengunjung blog "FISH HUNTER" ini selamat dan sejahtera hendaknya pada tahun 2012 serta dimurahkan rezeki dengan hasil tangkapan ikan yang marvelous ketika memancing. Di harap ketibaan tahun 2012 ini mampu membuat semua pengunjung blog ini berbahagia sepanjang tahun. Selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru 2012 dari saya Maxx Peacock - Fish Hunter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...