Rabu, 25 Januari 2012

Bungsamran: Thailand Monster Fish


Pertama kali ketika saya menjejakkan kaki ke kolam yang sangat terkenal iaitu Bungsamran Fishing Pond, Thailand pada akhir tahun 2010, saya mula berazam untuk menaikkan ikan bersaiz monster  yang berada di kolam ini. Tetapi impian saya tidak menjadi kenyataan, ketika itu hanya ikan Plabuk atau Mekong Cat Fish bersaiz 20-30kg sahaja yang berjaya saya perolehi. Persedian rapi dari segi peralatan dan minda juga kurang kerana saya tidak mempunyai pengalaman memancing ikan Mekong Cat Fish ketika itu. Ikan ini amat terkenal di negara Thailand kerana kekuatan  semasa larian dan sikap tidak mudah mengaku kalah. Ikan ini boleh dikatakan 10 kali ganda hebatnya berbanding ikan patin biasa yang sama saiz dengannya.

Oleh kerana kegagalan yang lepas, kini saya bersama Epol D7L, Yuhilmi dan Berg kembali semula tahun ini ke kolam ini yang terletak hanya 45 min dari kota Bangkok. Saya masih memasang impian untuk menaikan ikan monster yang terdapat di kolam ini. Seperti tahun sebelum ini, kami terbang ke Bangkok dari lapangan terbang LCCT pada pukul 7.30a.m dan tiba di kolam ini lebih kurang 10.30a.m waktu tempatan. Kami mengambil package memancing selama 24 jam bersama sebuah chalet sebagai penginapan kami di sini. Hanya 2 joran milik saya dan Epol digunakan kali ini. Kami bergilir-gilir memancing bersama di kolam ini.




Tidak lengkap jika tidak bergambar di pintu masuk Bungsamran Fishing Pond.

Kali ini kami menggunakan Noiy sebagai guide kami, 
Noiy berpengalaman 12 tahun sebagai guide di kolam ini.
Beliau juga fasih bertutur English dan memudahkan kami berkominikasi

 Selepas semua persiapan dibuat, guide mula membancuh umpan

Kami memberi laluan kepada Yuhilmi dan Berg memandangkan meraka pertama kali ke sini
Tidak perlu menunggu lama, Double hook-up dari mereka.
Baru mereka percaya kata-kata saya tentang kekuatan ikan plabuk ini.
Fight sampai sakit pinggang

Permulaan yang bagus. Plabuk 19kg
Berg juga bersama plabuk pertamanya

Kami beri mereka peluang lagi memancing.
Yuhilmi dengan ikan ke-2 seberat 25kg.
Tanda-tanda sakit pinggang mula nampak.

Berg dengan ikan kedua 

Selepas mereka masing-masing mendaratkan 2 ekor plabuk, giliran saya dan Epol pula memancing pula. Berkat pengalama lepas, saya ternyata lebih bersedia dan ikan dengan mudah di daratkan.


Berjaya renew license  - Plabuk 20kg

Epol juga berjaya renew license dengan plabuk 30kg

Plabuk 18kg, kali ini cuba menggunakan set Daiwa Dogfight milik Epol

Berg dengan hasil lebih besar seberat 30kg

Plabuk 30kg dari saya

Hasil yang lebih besar, plabuk lebih 30kg mula menunjuk diri.

Apabila giliran saya, satu larian padu yang amat luar biasa telah berlaku. Ternyata ikan Monster telah memakan umpan. Perlawanan antara saya dan ikan mengambil masa 45 minit.





Akhirnya ikan Monster yang diimpikan selama ini telah berjaya ditawan oleh saya
Ikan plabuk atau Mekong Cat fish seberat 60-70kg menjadi rekod peribadi saya


Saiz ikan jika dibandingkan dengan diri saya.

Kemudian kami menyambung aktiviti memancing.
Epol dengan trofi beliau seberat 40kg

Kemudian giliran Berg pula menerima asakan ikan monster.
Aksi beliau sempat saya rakam untuk tatapan semua.
Berg ketika itu menggunakan set milik saya iaitu rod 7seas PE 3-6 dipadankan degan reel Shimano Stella 8000. Kelihatan ikan dengan mudah menarik keluar tali dari Shimano Stella 8000.



Kali ini seekor lagi ikan Plabuk bersaiz monster seberat 60kg berjaya ditawan Berg selepas lebih sejam bertarung. Ikan didapati false-hook dan menyebabkan ikan amat sukar ditewaskan


Berg kelihatan amat gembira kerana ini merupakan ikan paling besar pernah ditangkap beliau.

Selepas berjaya mendarat kan 2 ekor ikan monster di Bungsamran Fishing Pond, kami masih lagi menerima banyak tangkapan pada siang hari. Kami masih meneruskan memancing sehingga lewat petang.

Kami masih menerima asakan bertubi-tubi sehingga lewat petang
Antara hasil lewat petang



Kami masih meneruskan aktiviti memancing sehingga malam




Di sini, ikan didapati tidak jemu-jemu memakan umpan yang dihulurkan. Selepas pukul 2 pagi barulah suasana menjadi sunyi sepi. Kami menamatkan aktiviti memancing lebih kurang pukul 3.00 am. Kami melelapkan mata untuk selepas seharian memancing tanpa henti. Keesokan harinya kami pun check-out pada pukul 9.00am. Ternyata kolam ini amat hebat dengan stock ikan yang banyak. Selain itu struktur kolam yang mempunyai ke dalam sehingga lebih 12 meter menyebabkan ikan yang ditangkap amat kuat dan sukar dikalahkan.

Cost memancing di Bungsamran

Pada tahun 2010 ketika kunjungan saya yang pertama kali ke Bungsamran Fishing Pond, kos memancing yang dikenakan ialah sebanyak 1000bath untuk sebatang pancing. Upah untuk guide pula ialah 1000 bath untuk satu sesi dan tambahan sebanyak 500bath untuk umpan dan aksesories lain.

Tetapi pada kunjungan saya kali ini, kadar bayaran memancing seperti ini hanya dikenakan pada pemancing yang berasal dari Thailand sahaja. Bagi pengunjung luar Thailand seperti saya, kadar bayaran yang berlainan dikenakan seperti demikian.

1 sesi (9.00am-9.00pm) = 4000bath including guide, umpan dan accesories memancing seperti mata kail, pelampung dan lain-lain.
Kos ini tidak termasuk kos chalet untuk penginapan. Untuk chalet bersaiz banglo dengan kemudahan bilik air dan 2 bilik untuk kemudahan 6 orang, 5000bath dikenakan untuk satu sesi. Bagi normal chalet, bayaran sebanyak 1500bath hinggan 3000bath dikenakan mengikut saiz chalet dan kemudahan.

Bagi saya, walaupun harga untuk memancing disini telah meningkat. Tetapi masih berbaloi kerana kolam ini mampu memberi kepuasan maximum kepada penggunjung dengan syarat, guide mesti diambil untuk membantu anda. Pengalaman dari mereka amat diperlukan kerana dari pemerhatian saya, terdapat pengunjung yang tidak menggunakan khidmat guide hanya mampu menaikkan 1-2 ekor sahaja plabuk untuk satu sesi. Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan untuk ke kolam ini, boleh menghubungi Joe iaitu pemilik kolam di alamat email: info@7seasproshop.com

8 ulasan:

  1. Terbaik.....pas ni bleh buru Siamese carb plak..

    BalasPadam
  2. Thanks Fahiz,macam tu la perancangan nya..kena pegi dengan sifu fahiz kalo nak cari Siamese Carb...tahun depan..ada bran...ambik package siamese carp je

    BalasPadam
  3. Boleh Kanang, bila dah plan betul2..baru boleh ajak..

    BalasPadam
  4. Tuan boleh whasaap say x 0149067735sy dh lama berminat nak merasa kesana danerasi kepuasan mcam tuan rasa...just tnya detail kos kesana...pleasa whassap saya tuan.meor

    BalasPadam
  5. uan boleh whasaap say x 0149067735sy dh lama berminat nak merasa kesana melalui kepuasan mcam tuan rasa hihi...just tnya detail kos kesana...pleasa whassap saya tuan.meor

    BalasPadam

    BalasPadam
  6. Tuan boleh whasaap say x 0149067735sy dh lama berminat nak merasa kesana danerasi kepuasan mcam tuan rasa...just tnya detail kos kesana...pleasa whassap saya tuan.meor

    BalasPadam
  7. mohon tuan email saya terus ke maxx.peacock@gmail.com

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...