Isnin, 30 Mac 2015

Umpan Patin Abg Fabio Part I


Hendak dijadikan cerita, saya mempunyai seorang rakan yang merupakan pemancing  hardcore di kolam bayar, tidak sah jika beliau tidak turun ke kolam dalam sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Beliau juga begitu aktif menyertai pertandingan yang di adakan di kolam-kolam comercial. Jika berkenaan tentang Jackpot, memang selalu beliau mendominasikan carta jackpot di kolam. Pelik sungguh melihat umpan yang digunakan oleh beliau sentiasa menjadi. Malah beliau mempunyai puluhan jenis resepi umpan untuk menjerat ikan kolam. Walaupun saya kini sudah jarang-jarang memancing kolam kerana terjebak dengan kegilaan jigging dan memancing laut dalam. Walaupu begitu, saya cuba-cuba mengorek rahsia umpan yang digunakan beliau kerana perasaan ingin tahu yang begitu mendalam. Akhir saya berjaya memperolehi beberapa ramuan umpan patin  dari beliau dan saya ingin kongsikan di blog ini. 

Ramuannya:


Santan kelapa


Sepeket Mauripan


Sebiji Telur Itik

Khamis, 19 Mac 2015

Kenali dan Cara-cara memancing Ikan Siakap


Siapa yang tidak kenal ikan siakap. Ikan Siakap atau lebih dikenali dengan nama Barramundi atau Kakap Putih merupakan ikan yang sangat popular di negara kita. Ini kerana ikan Siakap amat mudah didapati di mana jua. Tidak kira di restoran budget ataupun restoran mewah, ikan siakap pasti merupakan hidangan lazat dan istimewa. 

Begitu juga dikolam-kolam memancing. Ikan siakap yang mempunyai sifat yang tahan lasak serta kuat melawan membuatkannya menjadikan ikan pilihan utama di setiap kolam memancing. Harganya yang murah tetapi mendapat permintaan terlalu tinggi membuatkan ikan Siakap diternak secara besar-besaran. Tidak hairanlah jika kita ke pasar-pasar ikan, ikan siakap menjadi pilihan wajib ada di setiap gerai. Jika di nilai secara rambang mengenai harga ikan ini, kebiasaanya ikan ini di jual dengan harga RM10 – RM12 sekilo. Berbeza dengan ikan siakap yang dibela, ikan siakap liar atau lebih dikenali sebagai siakap ekor kuning mempunyai harga yang lebih bernilai tinggi setinggi RM15-RM20 sekilo. Dengan harga ikan ini dipasaran membuktikan ikan ini mampu dibeli oleh kebanyakan masyarakat dan melonjakkan permintaan terhadap ikan ini.


Berbeza dengan pandangan pemancing, ikan siakap merupakan ikan wajib menjadi koleksi peribadi. Ikan siakap mempunyai daya juang yang kuat dan amat bijak meloloskan diri memberi cabaran kepada memamancing. Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

Siakap muda makan zooplankton. Ikan ini tinggal di sungai paya bakau dan mampu menyusur sungai air tawar semata-mata untuk  bertelur. Anak-anak ikan siakap yang belum matang akan tinggal di sungai air payau di kawasan paya bakau. Ikan ini mempunyai kemampuan untuk hidup di air masin dan air tawar. Selepas matang ikan ini akan ke lautan untuk berdikari. Apabila berada dilautan, ikan ini gemar menjadikan kawasan berstruktur sebagai tempat tinggal dan menggendap mangsa. Tidak hairanlah ikan ini banyak ditangkap di kawasan kapal karam dan kawasan pemecah ombak di tebing-tebing pantai.

Set Memancing


Walaupun ikan ini mempunyai daya juang yang tinggi, memadailah jika kita menggunakan rod berkekuatan Pe1-2 dipadankan dengan mesin yang berkekuatan 2000 atau 3000 siries. Saya juga mencadangkan menggunakan tali utama berkekuatan 10lb-20lb. Selain itu penggunaan perambut mono berkekuatan 20lb-30lb amat penting untuk memancing ikan siakap. Ikan siakap mempunyai struktur tulang seakan-akan pisau dikedua pipinya. Ikan siakap akan melompat di permukaan air untuk mencari peluang melepaskan diri dengan memutuskan tali perambut dengan menggunakan senjata tersebut. Oleh itu perambut mono yang hendak digunakan haruslah tahan lasak.

Isnin, 2 Mac 2015

Cormorant Fishing



Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk memancing. Tetapi tahukah anda Teknik Cormorant  merupakan teknik memancing ikan yang paling lama di gunakan dan teknik tersebut masih digunakan hingga kini. Teknik tersebut menggunakan burung terlatih untuk menangkap ikan. Cormorant Fishing atau Memancing dengan Cormorant adalah teknik memancing tradisional di mana nelayan menggunakan burung Cormorant yang terlatih untuk menangkap ikan di sungai.

Sejarahnya, teknik ini banyak digunakan di Jepun dan China sejak tahun 960 dan diwariskan secara turun temurun. Di Jepun, tradisi memancing ikan dengan menggunakan burung Cormorant ini disebut ukai. Dahulu, selain China negara-negara lain juga banyak mengunakan teknik ini, namun Cormorant Fishing semakin ditelan zaman dan pada masa kini teknik tersebut masih boleh dilihat di negara China.

Biasanya teknik ini dilakukan bersama-sama dengan nelayan lainnya yang semuanya memiliki burung ini. Dengan menaiki perahu, para nelayan membentuk sebuah formasi lingkaran dan burung-burung Cormorant diarahkan untuk mengejar ikan dengan arah ke tengah dari lingkaran. Teknik Cormorant sangat berkesan ketika waktu malam kerana nelayan mengunakan cahaya api dari obor untuk menarik perhatian ikan.

Burung Cormorant merupakan burung air yang memiliki kaki berselaput dan mempunyai paruh yang berkantung. Makanan utamanya ialah ikan. Setelah burung Cormorant dilepas dari perahu oleh nelayan, mereka dengan segera akan menyelam dan menangkap ikan dengan paruhnya.
Untuk mengendalikan burung, para nelayan memasang tali pengikat di bahagian leher burung. Ini dilakukan untuk mencegah burung daripada menelan ikan yang bersaiz besar, namun burung Cormorant masih boleh menelan ikan yang berukuran lebih kecil atau ikan yang tidak menepati saiz yang di ingikan oleh nelayan. 

Setiap kali dilepas ke dalam air, burung Cormorant akan terus mencari ikan dan hasilnya akan diambil oleh nelayan sehingga nelayan dapat mengumpulkan ikan dalam jumlah yang di ingini. Saat ini teknik Cormorant fishing merupakan khazanah memancing yang semakin pupus di telan zaman. Malangnya teknik ini hanya dilakukan oleh nelayan yang berusia dimana nelayan muda lebih gemar menggunakan jaring dan pukat. 







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...