Selepas melalui perjalanan dari Pulau Bintan ke Anambas Island selama lebih 10 jam. Kami akhirnya tiba di lokasi. Memang benar! Kelihatan di screen sonar bot Sea Star kelihatan imej sebuah kapal setinggi 25 meter. Selain itu kelihatan banyak ikan yang sedang berkeliaran di sekitar kapal karam.
Jam ketika itu sedang menunjukkan pukul 11.00 malam. Kami sangat bersemangat untuk memancing. Selepas bot berlabuh, kami memancing tanpa membuang masa. Perkara pertama yang kami lakukan ialah memancing menggunakan pancingan dasar. Ini adalah untuk mencari ikan gred A yang bernilai tinggi yang gemar tinggal di dasar. Tanpa menunggu lama, banyak jenis ikan berjaya diperolehi seperti ikan Merah, Jenahak dan Jemuduk.
Jenahak hasil pancingan malam.
Ketika memancing dasar, terdapat juga hasil tangkapan yang terdiri dari ikan Cupak (Big Eye Trevally). Saiz ikan tersebut juga memuaskan. Kesempatan itu juga, kami segera berhenti sebentar untuk memancing ikan tersebut. Set jigging pantas digunakan. Saya yang menggunakan jig luminous seberat 80 gram bersama rod PE 3-5 digandingkan bersama kekili Shimano Stella SW 5000 tidak perlu menunggu lama. Hanya beberapa kali membuat henjutan, jig saya telah disambar oleh ikan Cupak (Big Eye Trevally) yang rakus dan banyak di kapal Karam ini. Malam pertama sahaja telah memenuhkan 2 tong yang berada di dalam bot dengan hasil ikan Cupak (Big Eye Trevally) dan ikan gred A yang lain.
Antara gambar yang sempat dirakam.
Day 2.
Selepas bersarapan, bot masih berada di dalam kawasan kapal karam di perairan Anambas Island. Selepas tekong membetulkan posisi bot. Kami meneruskan aktiviti memancing. Kelihatan waktu pagi jigging kurang laku berbanding malam. Oleh itu kami bertukar semula kepada teknik memancing dasar.
Set Pancing yang digunakan untuk misi kali ini.