Khamis, 22 Ogos 2013

KUMPAU.....!!!



Definasi KUMPAU!!

KUMPAU  adalah istilah dan gelaran para pemancing di Malaysia ketika gagal mendapat ikan yang disasarkan atau tiada hasil pancingan yang memuaskan ketika memancing ikan. Pemancing yang memancing dan pulang dengan tangan kosong akan di gelar KUMPAU.

Pendapat saya tentang perkara KUMPAU terbahagi kepada 2 definasi.


A.KUMPAU TRIPS/BERKUMPULAN

Ini berlaku ketika sesuatu trips dan kumpulan memancing gagal menaikan ikan sasaran atau hasil yang tidak memuaskan. Jumlah ikan yang di pancing pula amat sedikit dan tidak berbaloi jika di bandingkan dengan harga kos memancing.
 
kumpau jenis ini lebih melibatkan secara berkumpulan.

Sebab berlakunya KUMPAU TRIPS ini.

  1. Tekong atau boatman yang mengendalikan bot yang kurang berpengalaman. Tekong membawa pemancing ke kawasan yang tiada ikan. Faktor tekong malas untuk menukar lokasi tempat memancing juga boleh membawa kepada faktor trips menjadi kumpau. Bot yang tidak di lengkap sonar atau GPS menyukarkan pemancing untuk mencapai ikan sasaran
  2. Faktor cuaca dan pasang surut - kesilapan membaca carta pasang surut dan silap tafsiran oleh ketua kumpulan trips juga menjadi faktor perkara ini berlaku. Seperti diketahui, ikan di laut amat pasif ketika tiada arus ataupun air mati. Cuaca ribut dan ombak yang kuat pasti boleh melemahkan ahli trips. Cuaca sebegini pasti membataskan pemancing untuk memancing. Pemancing juga boleh mabuk dan melemahkan kekuatan kumpulan.
  3. Kesilapan dalam pengendalian sesuatu trips - Missed communication atau salah faham antara ketua organize dan tekong sering terjadi. Selain itu kesilapan untuk mengambil kira kos-kos tersembunyi dalam sesuatu aktiviti memancing banyak memberi kesan negatif kepada ahli kumpulan.
  4. Kegagalan mendapat informasi terkini sebelum trips - Maklumat amat penting sebelum pergi memancing, Umpan, ikan sasaran, lokasi jeti, lokasi lubuk, kos, tekong dan bot perlu di ketahui supaya pemancing lebih bersedia.

Pencegahan:
  • Pastikan kita benar-benar biasa menggunakan khidmat tekong ketika membuat sesuatu trips. Jika pertama kali, pastikan bertanya pada kawan-kawan pemancing yang lain yang pernah mengunakan khidmat tekong tersebut.
  • Pastikan mendapatkan info tentang cuaca dan pasang surut sebelum mengendalikan sesuatu trips.
  • setiap trips mestilah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira tentang makanan, kemudahah, pengangkutan dan etc
  • maklumkan kepada ahli trips tentang sasaran ikan yg disasarkan supaya ahli lain lebih bersedia dengan set-set pancingan yang sesuai.
  • ambil tips-tips pada pemancing yang lebih berpengalaman terlebih dahulu sebelum pergi ke trips memancing terutamanya di tempat yang baru.
  • Postmortem dan perbincangan sesama ahli untuk menggenali punca berlakunya kegagalan trips dan menjadikannya sebagai pedoman pada trips akan datang.
  • Black list tekong dan bot jika kegagalan berpunca dari sikap dan service tekong yang tidak berpengalaman/buruk/malas/kuat tidur/etc yang menyukarkan pemancing untuk memancing supaya kejadian kumpau ini tidak berulang kembali pada trips akan datang.

B.KUMPAU PERSEORANGAN.

Berlaku ketika kita seorang sahaja tidak mendapat ikan yg disasarkan atau tiada apa-apa hasil yang boleh dibanggakan tetapi rakan-rakan lain yang memancing bersama kita berjaya mendapat hasil yg lebih baik daripada kita.

Sebab berlakunya KUMPAU perseorangan ini.

1. Kurang berpengalaman
2. kurang maklumat terperinci
3. kurangnya skill dan teknik pancingan
4. salah guna umpan
5. Set pancingan yang digunakan tidak sesuai.
6. Mabuk laut.


Pencegahan:
  • banyakkan bertanya kepada kawan-kawan pemancing kita yang lebih berpengalaman.
  • rajin-rajinlah mencari maklumat dan ilmu mengenai pancingan dan teknik di forum pancingan, majalah,blog dan sumber lain dari internet
  • sentiasa belajar dari pengalaman
  • kenal pasti sasaran ikan kita.
  • pastikan set yang digunakan sesuai dengan ikan sasaran kita
  • Sentiasa membuat perbincangan dengan kawan-kawan yangg lain untuk mengenal pasti punca berlakunya kumpau ini
  • Sediakan ubat tahan mabuk jika anda seorang yang mabuk laut.

2 ulasan:

  1. as salam tuan. antara blog pancing yg bagus. tp kebanyakan entry tu ulasannya ditaip dgn jarak yg amat dekat (padat). boleh tuan buat 6-7 baris ayat shj bg setiap perenggan. susah untuk pembaca untuk jika terlalu byk baris mcm tu. jd kompius bila baca. sekadar memberi pandangan. huhuhu

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum. Semuanya ketentuan tuhan juga..hehe... Saya pernah terkena sumpahan kumpau ni juga...hehe.. Kawansemua pakai umpan yg sama teknik yang sama... Tp diorang dpt sy kumpau juga.... Pasrah ja la cuba lagi... Hehe..jemput la dtg ke blog saya tuan pikok.. ( baru blajar buat blog) asalamualaikum

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...