Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012



Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pengunjung blog, rakan-rakan blog dan kepada semua pemancing di seluruh dunia yang bersama-sama menyambut hari mulia ini Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika pernah melakukan kesalahan tanpa saya sedari di dalam atau di luar blog ini.


Bagi yang pulang ke kampung halaman sempena perayaan ini, berhati-hatilah ketika memandu, ingatlah orang tersayang. Saya doakan semoga semua selamat pergi dan pulang.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ahad, 12 Ogos 2012

Singgah Sahur di Natural Exotic Fishing Pond


Inilah dia satu-satunya ikan yang berjaya saya perolehi di Natural Exotic Fishing Pond, Rawang.  Memandangkan bulan ramadan ini telah membataskan aktiviti memancing serta perjumpaan bersama-sama saya dan rakan-rakan yang lain maka satu perjumpaan untuk melepaskan gian memancing telah diatur oleh saya. Kunjungan singkat saya dan rakan-rakan dari D7L ini  telah berlangsung pada pukul 12.30 a.m di Natural Exotic Fishing Pond, Rawang sebelum kami pergi bersahur bersama-sama.

Walaupun hanya seekor Amazon Red Tail Catfish yang berjaya diperolehi saya. Itu sudah cukup untuk melepaskan gian saya selepas sebulan lebih tidak pergi  memancing. Boy Serdang yang pertama kali datang ke sini berjaya memperolehi tangkapan yang paling banyak.

Rakan-rakan lain yang turut serta

Jelawat dari Boy Serdang

Masa 3 jam memancing terasa seketika. Selepas kami selesai memancing, kami pun bersahur bersama-sama. Sedikit sebanyak aktiviti ini mengeratkan lagi silatulrahim antara kami. Yang penting sekali, dapat melepas gian memancing. Kita sambung memancing lagi selepas raya nanti.



Rabu, 1 Ogos 2012

Dewan Kegemilangan - 13



Alhamdulillah dan syukur. Sekali lagi artikal saya berjaya ditempatkan di majalah Umpan terbitan Karangkraf Volume 4 (July-Aug). Ucapan setinggi terima kasih kepada editor Majalah Umpan iaitu En. Hazrizal Mohd Hanapiah kerana sudi menempatkan penulisan saya di majalah ini.

Bagi pemancing yang belum memiliki majalah ini, bolehlah mendapatkannya di kedai buku dan majalah berhampiran. Dengan harga RM8.00 senaskah, pelbagai maklumat dan coretan berkaitan memancing yang dapat diperolehi di majalah ini seperti 25 ikatan perambut, tips umpan isi ikan, Trips di Kenyir dan banyak lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...