Rabu, 2 November 2016

Slow Pitch - Apek Port Dickson


Throwback - Port Dickson terkenal sebagai lokasi pelancongan. Selain itu Port Dickson juga merupakan lokasi yang sangat berpotensi untuk Slow Pitch jigging. Selepas demam slow pitch jigging melanda, Port Dickson sentiasa menerima kunjungan pemancing yang gilakan teknik jigging terutamanya Slow Pitch jigging. Bagi saya ianya memberi impak yang sihat kepada persekitaran Port Dickson dan secara tidak langsung menjana pendapatan kepada pengusaha bot memancing di sana. Boleh dikatakan perkembangan industri memancing di Port Dickson berkembang pesat dengan kunjungan pemancing dari pelusuk negeri terutamanya dari Kuala Lumpur. Dari Kota raya Kuala Lumpur hanya memakan masa selama 2 jam perjalanan dengan menggunakan lebuhraya. Kerana itulah di Port Dickson kini terdapat ramai tekong-tekong yang hebat dan berpengalaman terutamanya dalam bidang pancingan dasar dan teknik jigging. Kali ini kunjungan saya ke Port Dickson  ialah menggunakan khimat tekong terkenal di Port Dickson iaitu Apek. 

Walaupun pertama kali kami bertemu dengan Apek, beliau menyambut kami dengan senyuman mesra. Beliau bersiap sedia untuk melabuhkan bot dan kami mengambil kesempatan untuk menyediakan senjata kami.  Kelihatan Apek sangat mesra dan melayan pelanggannya dengan baik sekali. Sepanjang perjalanan menuju ke lubuk pertama, beliau sempat menerangkan potensi lubuk yang ditujui dan memberi tips bergunua kepada kami. 

Bot Berlabuh dari tepi pantai sahaja

Menuju ke lubuk pertama

Warna pink dikatakan warna killer di sini. Standby Pintail warna pink untuk tenggiri

Tidak sampai 1/2 jam kami tiba di lubuk pertama. Kami memulakan Slow pitch Jigging dengan penuh semangat. Arus kitika itu sederhana laju, jig seberat 100g-150g sudah memadai. Selain menggunakan jig berwarna Pink, kami juga mencuba-cuba warna lain untuk menguji selera ikan di dasar laut. Selepas sejam kami singgah di lubuk pertama, Tekong Apek mula bergegas ke lubuk berikutnya. Sikap tekong Apek yang gemar berpindah lubuk amat menyenangkan kami. Jika beliau mendapati lubuk yang disinggahnya pasif, dengan segera beliau berpindah ke lubuk lain. Seterusnya tekong membawa kami di perairan antarabangsa untuk mencuba nasib.


Lubuk yang sibuk dengan laluan kapal besar.

Isnin, 17 Oktober 2016

Slow Pitch - Tioman



Throwback -  Ketika demam Slow Picth di negara ini, saya menerima cadangan seorang pengusaha bot di Rompin untuk mencuba potensi Slow Picth jigging di perairan Pulau Tioman. Walaupun Pulau Tioman kaya dengan taman laut dan kehidupan marin, saya di maklumkan banyak kawasan yang berpotensi untuk memancing di perairan pulau tersebut. Banyak kawasan yang tidak digezetkan sebagai taman laut boleh di cuba. Setibanya kami di jeti Rompin, kami bergerak menuju ke perairan Pulau Tioman. Target kami ialah untuk mencuba spot berpotensi dengan menggunakan teknik Slow Picth jigging di sini. Selepas 1 jam 30 min perjalanan, kami memulakan aktiviti jigging kami. Tidak banyak yang saya dapat coretkan dalam perjalanan saya kali ini. Sepanjang hari usaha kami tidak membuahkan hasil. kami berpindah-randah mencari spot berpotensi tetapi masih tidak mendatangkan apa-apa hasil. Boleh dikatakan kami "Kumpau" teruk di sini. Pelbagai usaha telah kami lakukan untuk mendapatkan hasil tetapi masih tidak berjaya. Malah beberapa rakan kami mula menukar strategi kepada teknik menghanyut, popping, Casting dan pancingkan dasar. Hanya saya dan beberapa orang rakan lain yang masih setia jigging menggunakan teknik Slow Picth. Memang bukan rezeki kami hari tersebut kami pulang dengan hasil yang tidak boleh dibanggakan. Hanya seekor kerapu sahaja yang diperolehi, itu pun menggunakan teknik dasar berumpankan isi udang dan seekor ikan cermin sesat yang menghentam jig salah seorang ahli kami.

Jigging dari pagi sampai ke petang tanpa hasil


Bosan dengan Jigging, Teknik Driff pula di gunakan

Sabtu, 1 Oktober 2016

Jelajah Empangan Mistik


Throwback - Pada mulanya saya menerima jemputan khas dari rakan FB untuk mencuba memancing di sebuah empangan yang berhampiran dengan rumahnya. Saya mula mencari infomasi di internet tentang tempat yang di maksudkan oleh beliau. Saya memohon maaf kerana tidak boleh mendedahkan lokasi empangan ini kerana beberapa faktor keselamatan. Empangan ini  dijaga ketat oleh pihak berkuasa dan terkenal dengan faktor-faktor mistik, Maka perjalanan saya ke kediaman rakan saya bermula. 

Untuk sampai ke empangan ini, perjalanannya sangat sukar. Mujur kami datang dengan pacuan 4 roda. Kami terpaksa melalui jalan balak selama hampir 3 jam. Perjalanan semakin sukar kerana faktor hujan menyebabkan perjalanan kami mengambil masa lama. Setibanya di sana, kami menyewa beberapa buah bot fibre kepunyaan pemilik kebun yang terletak di tepi empangan ini. Kami bercadang untuk menginap dan berkhemah di sini selama 2 hari 2 malam.

Group photo sebelum memancing.

Bot fibre yang disewa oleh kami.

Nasib tidak begitu meyebelahi kami, Walaupun hujan sering turun, keadaan empangan ini amat berbeza sekali. Keadaan empangan ini sangat kering dan surut. Keadaan ini menyukarkan lagi aktiviti kami dan ianya amat berisiko tinggi. Tunggul kayu banyak timbul dipermukaan air dan ianya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka. Saya dimaklumkan bahawa pihak pengurusan empangan ini terpaksa membuang air yang berlebihan untuk mengelakan banjir.  Memandangkan kami telah tiba di sini, kami tetap meneruskan rancangan kami walaupun sedar risiko yang bakal kami hadapi.

Lihatlah betapa surutnya air ketika kunjungan kami.


I'm Back..!! - Malaysian Fish Hunter



Ramai yang bertanya kenapa Blog ini menyepi begitu lama. Banyak pertanyaan tersebut datangnya dari rakan-rakan memacing dan pengunjung blog. Saya sedar sudah lebih setahun Blog ini tidak di update dengan coretan pengalaman dan info daripada penulis. Pertama kali saya ingin memohon maaf kerana membuat pengunjung blog tertunggu-tunggu. Sebenarnya kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan pekerjaan di tempat baru. Selain itu saya  telah menyambung pelajaran ke peringkat Master. Banyak assignment dan tesis yang perlu saya siapkan dan menyebabkan masa saya terbatas untuk menulis di blog ini. Walaupun begitu, saya sempat meluangkan sedikit masa untuk memancing terutamanya ketika cuti semester. Kini pelajaran Master saya telah selesai dan kini saya kembali lagi. Kali ini saya akan berkongsi cerita denga pengunjung blog tentang pengalaman dan trip-trip lepas yang sempat saya sertai sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Semoga coretan penulis dapat memberi manfaat dan info kepada semua penggunjung. Sekali lagi saya memohon maaf dan teruskan mengikuti perkembangan saya di blog Malaysian Fish Hunter. 

Sekian.
W'salam

Ahad, 22 Mei 2016

Monster Of Phuket


Sekali lagi saya tiba ke Phuket, Thailand untuk memancing. Seperti trip-trip yang lepas, kami memandu dari Kuala Lumpur ke Phuket. Kali ini kami menggunakkan khidmat bot Arnajuk 9 untuk memancing. Setibanya kami ke Phukut, kami bermalam di sana untuk merehatkan badan. Keesokkan harinya, kami terus menuju ke jeti di pinggir bandar Phuket untuk menaiki bot.


Dari jeti untuk transit ke bot Arnajuk 9


Arnajuk 9


Tekong Bot







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...