Sejak kebelakangan ini kami dari Team D7L sudah jarang-jarang bersua muka. Kami lebih aktif di group di FB (Click Here) dan di aplikasi Whatapps. Mungkin kesibukan kerja dan komitment bersama keluarga masing-masing menyebabkan kami jarang bertemu. Oleh itu sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami mengambil kesempatan bulan mulia ini untuk iftar bersama-sama semua ahli team D7L bagi mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli.
Maka Hotel Grand Dorset Subang menjadi pilihan kami untuk berbuka puasa. Ternyata iftar kali ini sangat bermakna buat team D7L yang hadir. Selain dapat menikmati banyak makanan yang enak, pelbagai issue dan perancangan trip pada masa akan datang telah dapat dirancang dan dibincangkan. Perbualan kami menjadi rancak memandangkan agak lama juga kami tidak bertemu. Alhamdullilah, Iftar Ramadhan kali ini berlangsung dengan jayanya dan penuh makna.
Antara Juadah yang terdapat di Grand Dorset
Iftar Ramadhan bersama Team D7L