Dengan penuh kesyukuran, salah satu trips yang telah diuruskan oleh saya untuk memancing Layaran di Kuala Rompin bulan lepas telah menjadi salah satu tajuk utama di akhbar Berita Harian pada hari Sabtu (29 Oct 11). Ucapan terima kasih dan beribu penghargaan kepada wartawan SISIPAN JORAN dari akhbar Berita Harian iaitu En Zulhilmi Hat kerana sudi menerbitkan artikal berkenaan trip ini. Di sini saya sertakan coretan laporan memancing yang ditulis oleh wartawan Berita Harian Zulhimi Hat yang saya copy dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layaranterkulaididakapan/Article/index
Ahad, 30 Oktober 2011
Khamis, 20 Oktober 2011
Re-New License SailFish
Pertama kali saya berjaya memancing ikan Sailfish ialah pada tahun 2003, semasa itu saya mengikut rakan saya di Kuala Rompin untuk memancing secara santai. Kuala Rompin sangat berhampiran dengan kampung saya di Mersing, Johor. Perjalanan ke Rompin dari kampung saya hanya mengambil masa selama satu jam sahaja. Ketika itu saya yang sedang cuti semestar semasa belajar di UiTM. Waktu itu saya telah berjaya mendaratkan ikan Sailfish Kuala Rompin seberat 14kg dengan dibantu oleh rakan saya yang lebih old timer. Malangnya pada waktu itu kami tidak membawa sebarang camera untuk mengambil gambar. Oleh itu saya hanya mampu bercerita kejayaan saya tanpa ada bukti bergambar.
Setelah sekian lama, akhirnya peluang memancing Sailfish kembali lagi. Baru-baru ini saya berpeluang ke Kuala Rompin untuk memancing Sailfish. Kali ini saya bersama Airpool D7L, Geddo D'Ugat dan Hazrizal yang merupakan editior majalah umpan terbitan Karangkraff. Dengan kelengkapan yang sesuai kami bergerak dari Shah Alam ke Kuala Rompin. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam untuk tiba di Kuala Rompin.
Di sana kami menyewa bot milik Nuries untuk memancing ikan Sailfish.
Isnin, 10 Oktober 2011
Malaysian SailFish
Sailfish adalah spesis ikan dalam golongan Istiophorus genus, yang tinggal di lautan yang mempunyai keadaan cuaca lebih panas daripada semua lautan dunia. Mereka sebahagian besar berwarna biru kelabu dan mempunyai ciri-ciri erektil sirip dorsal yang dikenali sebagai layar, yang sering membentang keseluruhan panjang belakang. Satu lagi ciri yang ketara ialah rang pada muncung ikan yang memanjang, menyerupai ikan todak dan marlin lain. Oleh itu, Mereka digambarkan sebagai billfish dalam arena sukan memancing.
Sailfish mampu membesar dengan cepat dan mampu mencapai 1.2-1.5 meter panjang dalam masa satu tahun. Ikan ini gemar mencari makanan di permukaan atau di pertengahan laut mencari ikan umpan yang lebih kecil seperti ikan sardin, ikan kembung, ikan selar, ikan tamban dan sotong.
Sailfish mampu berenang dan mencatatkan pada kelajuan sehingga 110 kilometer sejam (68 mph). Secara umumnya, sailfish tidak boleh membesar lebih daripada 3 meter (9.8 kaki) panjang dan jarang berat ikan ini lebih daripada 90 kilogram (200 lb). Ini berbeza dengan saudara rapatnya iaitu ikan Marlin yang mampu membesar sehingga mencapai berat lebih 300 kilogram.
Ahad, 2 Oktober 2011
Singgah Ke Kolam Bedong
Kolam Bedong yang terletak di Sungai Petani sememangnya sudah dikenali oleh kaki pancing. Sudah beberapa kali laporan memancing di kolam ini yang mengamalkan catch & release telah diperkatakan di forum memancing mahupun di majalah. Keasyikan memancing di sini sering menjadi buah mulut pemancing yang telah ke sini.
Beberapa minggu yang lepas, saya telah pulang ke kampung mertua saya di Kulim Kedah. Kesempatan beberapa hari di utara tanahair ini tidak saya sia-siakan. Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan di kampung, saya sempat bertandang beberapa jam bersama ahli-ahli dari COFA team di Kolam Bedong yang terkenal ini. Di sini saya sertakan beberapa foto untuk dikongsi bersama ketika saya bertandang di Kolam Bedong
Langgan:
Catatan (Atom)