Ahad, 30 Oktober 2011

Dewan Kegemilangan - 7


Dengan penuh kesyukuran, salah satu trips yang telah diuruskan oleh saya untuk memancing Layaran di Kuala Rompin bulan lepas telah menjadi salah satu tajuk utama di akhbar Berita Harian pada hari Sabtu (29 Oct 11). Ucapan terima kasih  dan beribu penghargaan kepada wartawan SISIPAN JORAN dari akhbar Berita Harian iaitu En Zulhilmi Hat kerana sudi menerbitkan artikal berkenaan trip ini. Di sini saya sertakan coretan laporan memancing yang ditulis oleh wartawan Berita Harian Zulhimi Hat yang saya copy dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layaranterkulaididakapan/Article/index

AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
AKASHAH (kiri) bergambar dengan seekor layaran 60kg iaitu ikan terbesar 
pernah dinaikkan atas bot Abang Mat.
 

Layaran terkulai di dakapan
Oleh Zulhilmi Mat
hilmi@bharian.com.my
2011/10/29

Akashah Rashid senyum puas ikan idaman mampu ditewaskan

HAJAT Akashah Rashid untuk bergambar dengan ikan layaran perairan Rompin, Pahang tercapai apabila spesies berparuh seberat 60 kilogram (kg) terkulai di atas dakapannya awal bulan lalu.

Sejak menceburi bidang memancing selama 10 tahun, pelbagai spesies dan aktiviti memancing sudah dikecapinya kecuali menawan layaran. Justeru satu trip memancing layaran diatur khas yang turut ditemani rakannya iaitu Saiful, Fadli dan Hasrizal. 
 
Trip itu dirancang saat akhir sejurus selepas tamat acara Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2011 yang berakhir September lalu.
Tambahan pula, trip berkenaan wajar disegerakan selepas menerima khabar bahawa musim layaran akan berakhir dan diganti musim tengkujuh hujung tahun ini.

Selepas bertolak dari jeti Rompin, empat sekawan dengan tekong Abang Mat memandu bot gentian kaca menuju ke unjam yang terletak di sekitar perairan Rompin. Perjalanan memakan masa kira-kira 45 minit.

Beberapa unjam milik nelayan tempatan dikunjungi mereka seperti unjam batu, 69, Tok Moh dan Pak Misai untuk mencari umpan tamban dan selar dengan menggunakan teknik mengunjun ‘apollo’. Namun hasil umpan ikan selar dan kembung hidup tidak memberangsangkan sepanjang dua jam berada di empat unjam itu.
Dalam perjalanan ke lokasi ditanda Abang Mat, beberapa kumpulan ikan bilis kelihatan berenang lintang pukang seperti dikejar pemangsa dari bawah permukaan air. Tanpa berlengah lagi, Abang Mat bergegas mengarahkan mereka melabuhkan umpan selar atau kembung hidup dan membaling ke arah kumpulan bilis tadi.

Belum sempat Saiful mengikat belon pada tali utama, joran beliau terus disentap pemangsa dengan pantas. Namun begitu, nasib tidak memihak kepada beliau apabila mangsa berjaya melepaskan siri akibat sistem regangan kekili yang belum dikunci kemas.

Sementara itu, Akashah, Fadli dan Hasrizal turut menerima nasib sama apabila perambut 80 paun jenis halimunan (fluorocarbon) putus dikerjakan ikan, dipercayai tenggiri berkongsi habuan bilis dengan layaran.

Selepas tali putus berkali-kali, masing-masing berhasrat membalas dendam dengan menggantikan perambut dawai untuk menjerat tenggiri yang kerap mengacau pemburuan layaran mereka itu. Teknik mereka nampaknya berjaya apabila Akashah menaikkan tenggiri pertamanya dengan berumpankan selar hidup sebesar tiga jari orang dewasa.

Sehingga jam dua petang, empat sekawan puas berpesta tenggiri apabila layaran mengunci mulut memakan umpan yang dihulurkan kepadanya itu, Akashah mencuba untuk kali terakhir sebelum pulang dengan mempertaruhkan ikan kembung yang dicangkuk mata kail 7/0.

Umpan ikan dibaling pada kumpulan bilis dan kemudian tali utama bebas dari gegelung kekili membuahkan hasil apabila mangsa menyentap ikan yang diumpan kepadanya.

Joran tempahan khas PE-6-8 yang dipadankan kekili Shimano SW12000 milik Akashah melentur dahsyat menerima asakan daripada layaran. Lompatan demi lompatan layaran dengan menampakkan separuh badannya memaksa beliau mengetatkan sistem regangan kekili sehingga 90 peratus untuk mengekang tali dari terus keluar.

Aksi tarik menarik tali berlangsung sehingga 30 minit kerana mangsa enggan mengalah walaupun sirip dorsal layaran berada hampir sebelah bot mereka.


Hasil bantuan rakan-rakan kira-kira 15 minit berikutnya, layaran anggaran seberat 60kg didaratkan dengan jayanya dan selepas bergambar, ikan terbabit dilepaskan kembali untuk kesinambungan aktiviti memancing empat sekawan ini pada tahun depan

4 ulasan:

  1. bro,kalo nak ngail layaran trip pulau berhala nenasi pekan pahang,rm350 sehari..bot fiber enjin 40.boleh muat 4 orang termasuk tekong.naik di kg tanjung batu nenasi.rpbic baru2 ni pon sume bot pancing pakat lari g tibai layaran kat pulau berhala.kalo x caye g tanye tekong2 bot rompin.ni no tuan bot.019-9355934(nazri)..tahun depan boleh r g...sekarang nie ombak kuat dah..

    BalasPadam
  2. Thanks & good info..so cuma tiga org yang boleh muat satu bot...and masuk tekong 4 org..tu naik kat jetty rompin,merchong atau nenasi...
    yang saya selalu naik bot enjin dia 175hp dan boleh muat 6 org..masuk tekong dan pembantu total 8 org...insyallah saya akan cuba bot ni thn depan..

    BalasPadam
  3. wc.ha..maksudnye pemancing cume 3 orang ajelah...naik di kuala sungai tering(pantai tanjung batu) di kg tanjung batu(dekat ngan kolam udang agrobest pekan),10 minit dari nenasi.ni trip bajet..sebab tue murah ckit.(sepadan ngan saiz bot n enjin r)...kalo bot enjin 175hp memang mahal sebab kuat melahap minyak petrol..petrol dahla mahal...tapi die punya speed memang syok r..sekadar memberi info sahaja..keputusan mengikut para pemancing..terpulang pada bajet anda..

    BalasPadam
  4. Thanks for info..pasal bot tu tak de masalah, yg penting services yang diberikan sahaja..lagi pon tak semua mampu naik bot yang mahal2...bot yang tuan cadangkan akan saya panjangkan pada kawan2 pancing saya yg lain..insyallah..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...