Rabu, 4 Julai 2012

Memburu Ikan Kelah Taman Negara - Part I


Setelah lama merancang, akhirnya seramai 8 orang dari D7L & Friends menuju ke Taman Negara Pahang untuk memancing ikan Kelah Merah (Red Masheer) yang dikatakan banyak mendiami sungai pendalaman di Taman Negara Pahang. Trip ini di ketuai dan diuruskan oleh saya dan  Abg. Kasmadi selaku guide kumpulan kami.
Lokasi pilihan kami  kali ini ialah di Sungai Keniyam. Lata Syed merupakan base camp yang akan menjadi lokasi penginapan kami nanti.

Day 1

Kami tiba di Kuala Tahan awal-awal pagi lagi. Guide kami juga telah menempah beberapa buah chelet untuk kami berehat dan melelapkan mata seketika. Tepat pukul 8 pagi kami bersarapan di restoran di Kuala Tahan. Selepas itu kami bersiap untuk menaiki bot.

Bersiap sedia dengan kelengkapan makanan dan khemah
Bot yang akan kami naiki

Selepas membuat pendaftaran masuk di pejabat Taman Negara Pahang, kami bergerak menuju ke Sungai Keniyam. Perjalanan kami mengambil masa 4 jam untuk sampai ke base camp kami.

Pukul 3 pagi kami tiba di base camp kami. Amat bertuah bagi kami kerana air sungai Keniyam tidak terlalu cetek dan menjimatkan masa perjalanan kami.

Tapak Khemah kami di Lata Syed

My palace

Selepas kami mendirikan khemah dan makan tengahari, kami tanpa membuang masa terus memancing di kawasan berhampiran khemah kami. Keletihan kerana mengharungi perjalanan yang jauh membataskan aktiviti memancing. Kami lebih banyak berehat dan bersantai di khemah keranan keletihan.

Day 2

Awal-awal pagi lagi kami telah bangun dari tidur. Awal pagi ialah waktu sesuai untuk mengilat ikan sebarau di kawasan jeram-jeram yang terdapat di Sungai Keniyam.

Sebarau yang menghentam spoon pada awal pagi.

Selepas puas mengilat, kami bersiap sedia untuk menuju ke lubuk rahsia guide kami. Kami akan treking ke dalam hutan selama sejam untuk sampai ke sana.



Kami terpaksa meredah sungai yang deras untuk sampai ke lubuk rahsia.

Meredah hutan rimba.

Akhirnya kami tiba di lubuk yang diperkatakan. Memang cantik dan kelihatan amat berpotensi untuk memancing ikan Kelah.


Lubuk yang kelihatan amat berpotensi untuk memancing ikan Kelah

Tanpa tunggu lama, Cho'ort berjaya memperolehi lesen ikan Kelah

Kami masih menunggu dengan sabar

Sekali lagi Cho'ort memperolehi ikan Kelah yang lebih besar

Dia lagi....!!

Cho'ort menjadi champion di lubuk ini. kebanyakan hasil tangkapan milik beliau.

Apabila petang, kami bergerak pulang ke base camp. Sekali lagi kami terpaksa melalui perjalanan yang berliku di dalam hutan. Sempat pula dalam perjalan pulang kami mencari cacing sungai untuk memancing pada waktu malam.

Abg Yusuf selaku 2nd guide mencari cacing sungai untuk dijadikan umpan.

Cacing Sungai.

Selepas sampai ke base camp, kami berehat dan menjamu hasil tangkapan kami pada pagi tadi.
Ikan Kelah masak asam tempoyak, memang terangkat dan lazat.


Ikan selebihnya digoreng.

Dinner...!!

Bersambung part II


2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...