Isnin, 9 Julai 2012

Memburu Ikan Kelah Taman Negara - Part II


Selepas melalui 2 hari di Taman Negara Pahang, kami meneruskan aktiviti kami pada hari ke 3 dan ke 4. Walaupun perlu melalui perjalanan yang sukar, kami tetap bertekad untuk memancing ikan Kelah yang dikatakan ikan paling sensitif sekali. Hari ke-3 kami meneruskan perjalanan kami ke lubuk yang lebih jauh dari semalam. Perjalanan nyata lebih sukar dan mencabar. Sebanyak 4 batang sungai terpaksa kami harungi untuk ke lubuk ini. Perjalanan trekking mengambil masa hampir 3 jam untuk ke sana.
Day 3

Kami sekali lagi treaking pada hari ke 3
 ke lubuk lagi jauh.


Kelah Heaven

Sebarau hasil casting di jeram berhampiran lubuk.

Sekor lagi sebarau dari Boy

Cho'ort pun dapat sebarau

Casting lagi...

Selepas puas casting, kami pun bertukar pada acara memancing dasar

Ikan Terbul dari Berg


Ikan Tengas berumpankan  kelapa sawit

Gambar ini yang sempat diambil sebelum Ikan Kelah berjaya melarikan diri.

lagi hasil dilubuk ini.

Selepas seharian memancing, kami pulang ke base camp dan tiba pada waktu malam.

Serang...!!
Day 4

Awal-awal pagi lagi kami berkemas untuk pulang. kami penuhi masa kami bermandi manda dan berseronok sebelum pulang. Selepas siap berkemas kami dikejutkan dengan sambaran ikan kelah pada set pancing milik boatman berhadapan base camp kami.

Berkemas pulang

Ikan kelah 2.kg saat-saat akhir milik boatman, kami tumpang bergambar saja.

Bergambar bersama sebelum pulang sebagai kenangan

Ternyata trip 4 hari 3 malam terasa amat singkat. Walaupun kepenatan kami amat puas memancing di sini. Trips kali ini tidak tercapai target kerana hanya 9 ekor kelah sahaja yang berjaya di perolehi. Kami juga tidak dapat bermalam di lubuk yang kami singgah kerana kekurangan persediaan. Saya juga telah berkira-kira untuk mengatur satu lagi trips ke sini yang lebih adventure pada tahun hadapan. Banyak yang kami pelajari berkenaan teknik memancing dan sifat ikan kelah di sini. Ini pasti menjadikan persediaan kami lebih baik dan mantap pada trips akan datang.

10 ulasan:

  1. Salam...bestnya...
    dapat riadah menghirup udara segar sambil melunaskan hobi mancing...

    BalasPadam
  2. Salam singgah...tahniah dan syabas atas trip bro n the gang nie..walau KELAH terakhir tu cuma milik boatman..kurang2 dapat jugak tengok secara live mcm mana rupa KELAH tu..kawan belum pernah tengok kelah hidup2..apa lagi dapat rasa mcm mana menarik dan melayan KELAH tu...tahniah sekali lagi..nice trip back to nature...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Shahril, mancing ikan kelah ni memang mencabar, banyak perkara kena belajar sebelum boleh memancing ikan ni...ikan ni susah dan cerewet utk di pancing...tapi semua tu berbaloi kerana ikan kelah ni memang sedap dimakan...

      Padam
  3. Memang tenang dan hilang segala stress..paling best...line telephone tak de....aman je..

    BalasPadam
  4. mr maxx peacock, apa umpan sesuai utk menjerat Kelah n sebarau ni.da org cakap buah sawit. sebab sy teringin nak mancing kelah n sebarau ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Hizrian, Memang sedia maklum umpan kelah yang paling berkesan ialah sawit peram.
      Tp umpan buah ara masak juga dikatakan umpan yg berkesan utk ikan kelah. utk sebarau pula, casting menggunakan gewang dan spoon banyak kali menjerat ikan ini. Jika tuan berminat utk memancing dasar.. umpan ikan seluang atau anak ikan sesuai digunakan.
      harap membantu.

      Padam
    2. kalau kita guna gewang,wana pa yg mr maxx peacock cadangkan,maksud sy wana killer utk spesis ni

      Padam
    3. dari pengalaman memancing saya..sebarau kerap menghentam gewang saya yang berwarna terang seperti warna oren & Kuning...utk spoon pula saya sarankan tuan menggunakan spoon Abu Island II atau spoon Yuzori Altima....spoon ini tidak mengecewakan jika digunakan utk casting sebarau

      Padam
  5. Boleh share bgmna perambut/setting utk memancing kelah cara dasar?

    BalasPadam
  6. Boleh share bgmna perambut/setting utk memancing kelah cara dasar?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...